Tengok, intro je pon dah tak masuk dalam tajuk. Belasah je lah.
Agak2, apa yang sedang aku fikir kan sehingga tertulisnya tajuk tersebut? Di mana fungsi bilik perbincangan yang aku ciptakan sendiri itu? Dah tak boleh tunggu kat rumah ke nak gado2? Bukan la... Aku tak cakap pasal aku.
Saper tengok melodi ari ahad lepas? Aku tengok! Time hari perbicaraan tu aku dah baca dah gosip2 pasal pertengkaran derang tuh. Tapi, tak terbayang la tahap mana tengkar tu kan. Agaknya ala2 abby-norman kot. Standard artis kan, gado2 kena la sopan sket. Lebih2 lagi depan kemre.
Tapi, tidak lah ku sangka cempedak dah jadi nangka yang pasangan satu ni bleh gado versi 'sulit tapi benar.' Memang la kiter tak boleh menilai seseorang itu, lebih2 lagi kiter tak mengenalinya. Tapi, kalo dah tunjuk depan tivi tu, terpaksa lah jugak kiter menilai, at least buruk baiknya. dah sah2 lah tak elok gaduh suami isteri di khalayak umum kan. Tapi, ok la, katakan kiter kasik kelonggaran, boleh gaduh, tapi, apa topik nyer? Takat gado2 manja laki tak belikan aiskrim haagen dasz tu, kira boleh diterima lagi la kan. Paling kuat pon orang kata, eiii gedik nyer, pasal aiskrim pon nak gado ker? Tak pon, hek elehhh macam tak pernah makan aiskrim pulak pempuan nih. Atau, mak aihhh agak2 la pempuan tu pon. Kalo ais krim mesia 3posen sebatang tu takpe la. Ni, laki pon naik motor kapchai je, bini demand lebih2. Okeh, aku tau pembaca ku cepat tangkap kan?
Ceritanya, dalam berita gosip yang aku dengar pada mulanya, derang masih sah suami isteri. Kemudian si isteri takleh terima hakikat tak berjaya tuntut cerai lalu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia telah membuat hubungan sulit dengan lelaki lain. Waduh... ini sudah gawat deh. Malu beb laki tuh. Apakah kurang keperkasaan ku sehingga dia sanggup mencari yang lain?
Biler kuar kat melodi plak, si isteri ngaku pulak bahawa dia tipu je pasal pengakuan tu supaya dia dapat tuntut cerai. Sumpah weiii. Berani ko buat main ngan sumpah? Huhahuha aku pon akhirnya tak faham. Tapi nampak cam kesian lak tengok laki tu, mintak penjelasan... Dah tak yah sibuk2 hal rumahtangga orang.
p/s tengok ini dan lu pikir la sendiri...
melodi pulak sangat ghairah merakam pergaduhan org...tersembul lens camera aku tengok..
ReplyDeleteadoiii apa nak jadi daaaa
kasi panas jer
a'ah kan, depan muka dia fokus. nengok kat melodi kemain sopan pempuan tu gi mahkamah. sekali tgk gambar, hambek ko...
ReplyDeletetak kisah blog ko caca marba ke hape. yg penting tiap kali akak masok sini akak senyom. ngeeeeee. awak lawak tau. i suka. huhuhu.
ReplyDeletelawak ker? ermmm (tersipu2 sambil terkeseng2 nih).
ReplyDeletesalam,itulah keistimewaan wanita.kat dapur boleh, kat luar rumah pun boleh.kan kan.ngeh ngeh
ReplyDeleteadakah maksudnya di dapo pandai menggoreng, di luar pon sama?
ReplyDelete