Ok, balik ke alam realiti. Kisahnya, pad alternate ni hah tiba2 je tercabut. Sambil aku nak menepek nyer semula, sambil jantung berdegup kencang. Last2, aku tekan je kuat2, dia pun masuk. Baru lah aku tau struktur kat bawah keypad tuh. Kalo dia tak tercabot, idak ler aku tau cemana rupanya kat bawah tuh kan. Hehehe sedap kan ati.
Ni pulak gambo kalkulator yang abang tp belikan time aku masuk yuitm dulu. Model ni fx-57os vpam, dah tak de dah. Lepas model ni, dia kuar svpam plak. Kendian baru kuar yang ada jalan pengiraan kat display dia seperti yang dipakai budak2 sekarang. Tapi yang ni jugak yang best. Kat luar tu aku tepek ngan stiker emwey. Kisahnya dulu yayu distributor emwey.
Belah dalam pulak, kat bawah kertas formula tu aku letak kalendar2 kecik. Biasanya untuk tanda tarikh period ar. Kat situ jugak tempat letak toyol. Bukan aku la. Student aku dulu pernah arrr aku jumpa. Pastu aku tulis nama, kod kursus dan no matrik. Tapi tu nombor diploma.
Walau pun kalkulator nih tak secanggih yang sekarang, tapi function dia sebenarnya setanding ngan yang ada sekarang. Cuma kena tau la hidden2 button dia. Kena belek manual la kan. Kalkulator ni jugak pernah hilang selama 2 tahun. Jumpa dalam kete lepas repair kete ni sebab eksiden. Tersorok kat bawah seat belakang kot.
Baru2 ni, derang wat announcement, sesiapa kehilangan mesin kira, sila datang ke... Kami kat opis ni kompius2, apa ke benda tu? Sehinggalah sorang ni cakap, kalkulator la... Hihihi tak biasa orang sebut mesin kira. Apa da...
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.