Thursday 15 October 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Okayama & Hiroshima : Masjid Kobe dan Himeji Castle


Minggu raya haji itu hari merupakan minggu cuti di jepun. Silver week katanya. Eh? Macam first time je dengar? Memang pun. Selalu tiap2 tahun ada golden week. Ni memang komfem ada. Silver week ni muncul sekali sekala je. Tahun ni ada, tahun 2020 besok baru dia muncul balik. Tapi rasanya kalau compare ngan golden week tahun ni, silver week ni lagi panjang cutinya. Start hari sabtu sampai hari rabu. Golden week baru ni jatuh hari weekend, tu yang jadi pendek tu. 

Kekdahnya, hari isnin tu bermula cuti, iaitu hari menghormati warga tua. Gitu nama dia. Pastu hari selasa dipanggil bridge holiday. Mula2 aku ingat cuti memperingati jembatan ke hape. Rupanya cuti yang menghubungkan cuti hari isnin dan hari rabu. Gitu pulak. Ye lah, kalau tak dibagi cuti kang, ko pandai2 ambik cuti sendiri kan (kalo kat mesia la hehe). So, dia kasik la cuti siap2. Dan hari rabu tu pulak cuti autumnal equinox. Nak senang paham, cuti sambut musim luruh. Dia ada penjelasan saintifik pasal kejadian musim luruh ni. Dan kalau kat jepun ni, ada ritual jugak sebenarnya. Setahu aku ada 2 kali je cuti equinox ni. Satu time autumn ni, satu lagi time spring.

Nak dijadikan cerita, hari sabtu sebelum tu, encik suami dijadualkan ada zemi (seminar/monthly presentation). Zemi nya dibuat 2 kali biasanya sebab student lab tu dah semakin ramai. Kalau buat sekali, dari pagi sampai ke malam tak abis. Macam awal2 datang dulu. Sekarang dia dah pecahkan jadi 2 hari. Selepas hari sabtu tu, zemi kedua ialah pada hari khamis iaitu hari raya haji. Biasanya hari pertama tu untuk student undergrad, tapi tah kenapa hari sabtu tu, sensei panggil dak post grad yang present dulu. Maka, encik suami pun settle lah presentation pada hari sabtu tu. 

Dan aku memang takde plan nak berjalan ke mana2 pun. Sebab tau zemi hari raya haji tu kan. Lupakan je lah nak berjalan2 time dah dekat2 nak zemi tu. Tapi, bila dah terzemi awal, balik2 je tengahari tu, encik suami suh buat research nak pegi jalan2 ke mana. Dia balik petang nanti boleh terus booking hotel. Haiyoh...

Setelah mengambil kira hari raya haji yang bakal menjelma, maka aku buat lah itinery perjalanan sekitar Hyogo dan Fukui. Ala2 mengelilingi biwa-ko la kononnya. Sekali balik petang tu, encik suami kata nak singgah rumah kawan kat okayama. Kawan tamanwirajayayangbest yang aritu pernah tido rumah aku dulu tu. Eh, macam tak pernah cerita jek? Tak kisah lah. Yang penting, dia dah offer tido rumah dia hehe. Dan kebetulan pulak, dia plan nak pergi tottori time cuti tu. Eh, memang ada dalam plan kami tu! Jadi, bagai kan mengantuk disorongkan bantal, terus lah aku memperpanjangkan itinery aku tu terus ke hiroshima sebab dah dekat dah okayama ngan hiroshima.

Dah settle di situ, aku cuma sempat masak sambal tumis jek. Pastu pagi ahad tu aku masak nasi goreng untuk bekalan dalam perjalanan nanti. 

Dan, pada pagi ahad, plan asal nak bertolak jam 8 pagi, tapi terlajak ke pukul 9 pagi. Kami sarap dalam kete je. Takut terlambat sampai ke destinasi. 

Terjumpa botol2 air ni kat rnr. Bukan air minum. Air untuk maintenance. Nak buat wudhuk pun boleh kot. 

Setelah lebih 3 jam perjalanan, maka sampai lah kami ke bandar Kobe. Tujuannya nak pergi masjid kobe je. Masjid ini dikatakan terselamat ketika kejadian gempa bumi besar yang melanda kobe pada tahun 1995. Masjid ini juga merupakan masjid tertua di jepun. Itu je lah cerita yang aku tau pasal kobe ni hehe. Oh, dan kobe juga merupakan sebuah bandar pelabuhan. Itu kena gugel sendiri la kalau nak tau cerita ek.

Dalam masjid kobe. Kecik je masjidnya. Struktur dia macam masjid india sikit, tapi lagi kecik. Gambar ni aku ambik dari bahagian solat pompuan di tingkat atas.

Simple je rekaan dalaman dia.



Masa nak masuk masjid, berjumpa dengan imam masjid ni. Orang mesia rupanya. Bukan setakat orang mesia, orang joho lagi! Dari senai katanya. Baru je dia jadi imam kat sini katanya. Ooo... tak sangka, kan?

Masjid ni takde tempat parking sendiri. So, kena parking berbayar macam biasa. Banyak gak nampak kedai halal sekitar masjid ni. Kami sempat masuk satu kedai barang halal kat depan masjid.

Cubaan selfie masjid yang macam fail jek?

Ada 2 orang nihonjin offer ambikkan gambar. Ok, tak nampak tulisan.

Depan pintu masjid. Tapi masuk ikut tepi.

Dari situ, kami keluar highway semula untuk ke himeji. Tadi masuk tol barat, ni keluar tol timur pulak (ke terbalik?) Aku sampai sekarang kompius higashi-nishi tu mana satu timur-barat haha.

Sampai di himeji castle, dah pukul 4 lebih. Dia tutup pukul 5, tapi kul 4 dah tak boleh masuk dalam castle nya. Jalan2 luar castle je boleh. Haihhh kenapa lah aku takde luck ngan castle2 ni hah? Dulu gi nagoya castle pun sama. Tapi dah terlanjur sampai tu, kami masuk lah jugak.  Janji dapat tengok dari dekat je lah. Memang rugi sebab tak dapat tengok dalam castle dan baca sejarah2 dia. Tak rasa kami akan datang lagi dah lain kali.

Himeji castle ni baru je siap renovation dalam tahun ni rasanya. Sejak awal2 dulu lagi aku dah berangan nak pergi himeji castle ni, tapi belum ada kesempatan. Tempat ni terletak ke bawah lagi dari osaka. So, kalau nak singgah sini kena lah sebab nak ke arah selatan. Dindingnya diperbuat daripada kayu. Warna putih tu yang nampak cantik tu. Dinding tu diplaster dengan plaster yang kali api. Katanya castle ni pernah terbakar tapi tak hangus kerana plaster tu.

Jalan masuk ke himeji castle. Kemas, bersih dan cantik. Langit pun biru cemerlang hari tu. Memang sesuai untuk sesi fotografi.

Luas kawasan istana ni. Memang kebiasaannya istana dikelilingi air.

Nampak dari luar. Istana ni dok atas bukit.



Ni masih di luar pintu masuk. Walau pun dah nak tutup, tapi masih ramai yang nak masuk ke dalam macam kami. Alang2 dah sampai kan...







Ni dah masuk dalam.














Benda alah ni asalnya duduk kat hujung rabung bumbung. Kat sini dia pamerkan yang pernah dipasang pada zaman2 dulu. Yang ni masa zaman Meiji.

Yang ni zaman Showa.

Yang ni zaman Heisei.





Lubang senapang.

Segiempat.

Bulat.

Segitiga.

Keliling istana ada lubang2 ni.

Favourite spot!



Rupa2nya sama je rupa bentuk luaran istana ni kalau dilihat dari semua sudut.



Bila lagu sayounara dah main...






Yang ni cerita pasal ada sebuah perigi. Kelakar lak bila baca. Ada jugak konspirasi nak membunuh maharaja pada masa tu.

Ini periginya.

Tak nampak pape pun.


Ooo... engineering ni!



Ok, satu kali lagi sebelum keluar.



Pose wajib hihi.




Dah... jom cari FM!

Jalan menghala ke stesen himeji. Dekat je. Senang la kalau datang naik public transport.

Ingat kenapa la derang beratur ni. Nak beli eskrem rupanya.

Tapi memang nampak menarik pun eskrem ni.

Ada ke orang yang muka besar camtu?

Dah habis. Dari situ, kami terus pergi ke rumah kawan di okayama. Dia kasi address... sampai2, kat sebuah mall. Sebelah mall tu je rumah dia. Best nya! Parking kete kat mall tu sampai pukul 2 pagi. Pastu tumpang parking kat dalam rumah oyasan sebab oyasan tu takde kat rumah. Rumah sewa dia kat dalam kawasan rumah oyasan tu.

Masa nak keluar highway kat himeji tadi, terjumpa kedai chuko hard-off ngan 2nd street hehe. Kat hard-off terbeli piuk vision besar tapi leper, 1000 yen jek. Murah sangat, tu yang terpaksa beli tu hihi. 100 meter dari hard-off, ada 2nd street. kat situ, terbeli tea-set noritake. Memang aku sedang dalam misi memburu set noritake pun sekarang huhuhu. Beli sikit2 lama2 jadi bukit. Dasar cheapskate kan... Dah hampir complete dah beberapa design. Nak cukupkan 8pcs je setiap satu sebab meja makan aku kan untuk 8 orang hehe.

Bersambung...

2 comments:

  1. Tak boleh masuk dalam istana tu ke Ayu..
    Akak tengok dari luar macam teruja jer nak masuk..
    Boleh buat poskad gambar2 yg ayu ambil..
    Cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. boleh masuk, tapi saya sampai tu dah nak tutup, so dia tak kasi masuk ke dalam sejam sebelum tutup. rugi la jugak sebab dah bayar tiket kan...

    ReplyDelete

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.