Ini gara2 puasa pertama berbuka dengan air soya siam dalam kotak lah ni. Terus datang semangat nak buat air soya sendiri. Mesti sedap dapat minum soya segar panas2 gitu kan. Maka pada suatu subuh nan hening, aku pun merendam kacang soya ini di dalam air. Try buat 200 gram je dulu. Kang tak jadi takde lah terkilan sangat nak dihumbankan.
Menjelang waktu berbuka, aku pun mengisar kekacang ini dengan nisbah kacang:air iaitu 1:3. Lalu air itu ditapis menggunakan kain original japanaese cotton hehehe. Aku korek la kain2 perca lebih tu. Penapisan dilakukan secara pemeringkatan 2 kali dimana kain itu diletakkan di atas penapis/pengayak tepung. Bukan lah nak tapis 2x sangat pun. Tujuannya cuma kalau tertumpah pun takde lah masuk dalam air yang sudah di perah tu.
Dengan 2x perah (2 cawan je pun kacangnya), terhasillah seperiuk susu soya bertapis yang putih suci. Lalu aku menjerangkan susu itu di atas api yang sederhana sambil dikacau selalu. Juga tak dilupakan seikat daun pandan untuk membangkit kan aroma. Tapi macam pelik pulak bau nya bila taruk daun pandan.
Susu soya yang sedang dijerang. |
Dan ketika azan maghrib berkumandang, dapat lah aku menikmati air soya yang enak berkrim ini sepuas2nya. Memang cukup untuk 2 hari. Tapi hari kedua dia dah jadi air soya sejuk la pulak. |
Siapa kata susah dan leceh nak buat air soya ni? Kalau dah malas tu cakap je lah...
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.