Yang terselamat dalam nahas itu
Pagi tadi, seperti biasa, aku bangun panaskan lauk. Cuba bayangkan. Sambal sardin dalam tupperware tahu panas. Sambal kacang dalam tupperware macam tahu panas gak tapi nipis sikit dan rendang dalam tupperware kecik dadih (paling kecik). Selepas dipanaskan, aku keluarkan dan stack up bekas2 tu. Tangan kanan pegang mug hitam power root berisi kopi pracampuran tongkat ali dan ginseng dengan suhu air didih. Tangan kanan pegang tupperware2 tadi. Dah boleh bayangkan?
Aku perasan, tudung tupperware yang bawah sekali tu tak rapat, tapi aku pegang jugak tupperware yang bawah sekali tu, dengan ibu jari pada penutupnya yang tak rapat. Aku hanya memerlukan 5 langkah untuk meletakkan semuanya di atas meja. Tapi, baru 2 langkah, penutup tupperware mula bergerak dan tangan kiri aku bergoncang sehingga menumpahkan power root ali cafe pada suhu didih ke lantai. Sebelum ke lantai, kena lalu tangan aku dulu, kan? Maka, aku pun menjerit manja sambil tak boleh berfikir. Akibat dari itu, tangan kanan semakin tidak stabil. Maka, telungkup la segala rendang dan kuah kacang ku di atas lantai yang sudah disirami kopi itu. Yang kelihatan, hanya sambal sardin yang masih tidak telungkup di atas lantai. Dan kopi yang separa penuh. Beserta tangan yang sudah kemerahan. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Jeritku di dalam hati. Terus aku letak kopi di atas meja.
Habis, nak buat apa sekarang? Lap dulu, kendian mop. Maka terbongkok2 la aku pagi2 buta tu. Banyak ok. Bukan macam ayam goreng jatuh. Ni cecair. Dengan dinding2 sekali terkena percikannya. Sakit ati plus sakit tangan huaaaaaaa. Yang buat sakit tangan tu sebenanrya sebab aku mengelap dengan tangan kiri. Kejap2 perah, kejap2 perah. Nak nangis pon ada.
Dalam pada tu, tak lupa mengejut suami. Dah dekat 5.15am. Konon kejut tu dengan harapan mendapat 2 tangan lagi. Harapan tinggal harapan je lah. Dia tak tengok versi initial condition tadi. Selesai lap, aku makan dulu. Laju2. Pas makan baru mop. Konon nak sambung tido, namun denyutan di tanganku menghalang mata ini dari terlena. Aku sapu antiseptik sket, tu yang dia nyut nyut tuh. Tapi sekarang, dah takde kesan apa2 pon. Tak sia2 aku pergi kursus pertolongan cemas itu hari hikhik. Cikgu tu kata, kalo melecur, takyah ler letak kicap la, colgate la. Lalukan aje kat air lama2. Alhamdulillah mujarab. Tapi tak tau la kot jap lagi dia mengelembung ke haper. Tapi, aku tengok bulu roma kat jari ni steady jek, tak tanggal pon. Tak de mende la kot.

Nak buat cemana, takde rezeki bersahur dengan sambal kacang dan rendang uhuksss.
Moral of the story,
1. tutup rapat penutup tupperware sebelum diangkat
2. gunakan dua tangan untuk mengangkat barang
3. free kan satu tangan semasa mengangkat benda yang panas untuk tujuan kestabilan
4. jangan susun tupperware tinggi2 (tak la tinggi sangat)
5. minum lah power root ali cafe!
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.