Tuesday 18 August 2009

Borak Panjang


Hiyargh!!! Meletup2 otot ku. Di rumah, line streamyx macam hampeh. Bukan sekejap2 ilang, tapi sekejap2 je ada. Yang lama nya tak ada. Signal strength boleh tahan excellent nyer. Aku tak bayar bil ker ek?

Sudah lama tak bercerita pasal aktiviti hari minggu. Mana tak nyer, memang tak gi ke mana2 pon. Saje takmo citer pasal aktiviti konvo sil 2 minggu lepas. Hahaha bukan blog dia, kan?

Seperti yang sedia maklum, minggu lepas aku pergi sepang. Ikut schedule memang ler dari ari selasa sampai ari ahad, tapi aku pendekkan sampai ari jumaat jek. Tak kosser aku nak berlama2 kat situ. Dah puas dah.

Selasa pagi, aku tak masuk opis. Terus bertolak dari rumah jek. Tu pon lambat jugak aku pergi. Sempat lah abang pegi keje dan balik semula selepas konvo insep. Tak senonos tau budak2 insep nih. Ko tu dah la penganggur terhormat. Orang dah kasik training bagai pon takmo datang konvo. Memang la tak seberapa sangat, tapi at least respek arrr orang yang bersusah payah mengorganize benda tuh kan. Eh, aku lak yang over.

Sampai di sepang, terus je check in. Alamakkk roomate aku batuk lorrr. Memburukkan lagi keadaan, dapat katil double kooo. Kekdah mana aku nak tido supaya tak dekat2 atau menghadap beliau? Tapi dia cakap, dia dah gi klinik dah, takde mende. Mana aku tak risau, ilp dia baru je tutup minggu lepas. Risiko tinggi la kan?

Petang, kami kuar bersiar2 kat area tuh. Survey la, kat mana bank, kat mana kedai tepon. Kendian terus makan. Makan sikit je sebab pikir banyak hari lagi kan. Malam ada briefing. Jumpa kawan ilp mersing jek.

Malam tu takleh tido la pulak. Tertengok citer world trade centre kat tv. Ropanya citer tu mengenai 2 orang polis yang terselamat dalam kejadian 11 september tuh.

Esok tu, bermula la keje memilih soalan. Fenin kepalak. Syaratnya, takleh sama ngan semester lepas, tapi takleh lain dari soalan yang lepas2. Camne tuh? Maknanya, soalan tu takleh sama sebijik ngan soalan semester yang baru lepas ni. Dan maknanya kiter ambik soalan dari semester sebelum semester lepas la kan? Sebelum pergi ni, kami disuruh buat soalan baru yang lain dari yang lepas2. Pon, takleh ambik soalan baru. Berpinar2 mata ku. Menambah buruk keadaan, soalan semester lepas pon banyak di ambil dari soalan yang lepas2, cemana nak pilih soalan yang lepas2 yang tak masuk dalam soalan semester yang lepas? Huih... nak terlepas cakap pulak. Lepas ni lepas tu sebelum selepas. Sila teruskan jika tidak mahu kompius. Cukup lah aku faham. Tapi kalau cuba difahami, memang boleh faham tau. Kehkkehkeh saje wat orang tak paham.

Dipendekkan cerita, tiba hari jumaat, roomate aku dah bising2, nak balik ari ni, nak siapkan ari ni, nak balik ari ni jugak huhahuha sampai aku pon terpengaruh. Tapi sebenarnya aku memang dah siap dulu dari dia pon. Cuma bila kawan tu ala2 kelam kabut mengejar dateline sendiri tu, aku pon ala2 tercekik jugak la nak menyiapkan sebelum dia siap. Tah pape tah aku ni. Takde pendirian. Tapi memang ramai balik ari jumaat tuh. Tengahari tu dah ramai dah chow. Lagi la tercabar, kan...

Petang, lepas jumaat aku pegi lambat2 sebab aku dah submit untuk di check format. Sekali aku datang, mak aihhh tak usik lagi? Aku pon tercegat la sebelah mamat tu. Lepas dia siap check satu paper tu, terus aku hulur aku punya. Ini tidak boleh jadi! Kiter kena pro aktif dalam kes2 sebegini.

Lepas dia check, kena check pulak, soalan tu sama tak ngan soalan semester lepas. Sorang pompuan ni yang check. Komputer ada satu je, katanya. Pompuan2 yang lain tukang tengok jek. Heee nak je aku kasi laptop aku, suh dia check segera. Semakin lambat, semakin banyak la yang queue kan. Sampai kul 5.30pm, tak jugak sampai turn aku. Aku pon blah. Malam, aku pergi cecepat. Huh, dia tengah check paper aku. Adoi laaa cemana nak balik ari ni? Kalau ada silap, nak kena edit lagi. Ermmm balik esok je la nampaknya.

Sambil2 dia check tu, aku mintak yang dah di check, bleh aku edit sesiap. Ropanya takde pon yang perlu di edit. Yahooooo!!! Goooooogle!!! Eh eh takde kena mengena. Adalah salah format sesikit, tapi sekejapan je dah siap. Cecepat aku print dan submit. Yes! Yes! Nak balik. Waktu ketika itu, jam 10pm. Kawan2 dah cucuk, balik esok je la. Bahaya, dah malam ni. Esok balik ler pepagi, lepas subuh. Hahahahahaha dia tak kenal aku. Kalau esok, jawabnya tengahari la baru aku balik kot huhuhu. Welllll...

Kendian, aku call suami ku, boleh balik tak sekarang? Berani tak? Berani jer... Stand by henfon, pakai hands free. Motif? Apa2 kecemasan boleh terus tefon. Ok, korang patut marah suami ku kerana tidak prihatin terhadap keselamatan isterinya. Bahaya tak pilih orang yang berani atau tak berani tau. Ok, nasihat diterima.

Kendian, cecepat aku menyhred (shred) kertas2. Haihhh orang nak cepat, lagi kena shred sendiri. Pastu aku terus naik bilik, solat dan terus check out. Aku bergerak pukul 10.20pm.

Sepanjang perjalanan, kenderaan adalah sangat banyak. Jumaat kannn. Suami ku call setiap satu jam. Aku dah cakap, kalau takut nanti suh dia tunggu kat tol yong peng. Tah, kenapa tol yong peng eh? Aku pon tak paham.

Keluar tol yong peng, huh, lega. Selamat dari dugaan di lebuh raya. Sekarang ni, dugaan nak lalu jalan parit yaani tu pulak. Sebenarnya aku takut nak lalu jambatan yang aritu ada apek bunuh diri tuuu. Aiyokkk! Takut hantu ropanya. Bila lalu je jambatan tu, terus aku baca surah2 lazim. Hihihi penakut gak. Sampai rumah, lagi beberapa minit nak pukul 1am. Alhamdulillah... selamat. Terima kasih korang, kerana mendoakan aku selamat pergi dan selamat kembali. Ustaz cakap tadi, antara doa yang makbul ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain, yang saudara lain itu tidak diketahui.

Hari sabtu, tolong tengok suami ku mengecat. Huru hara rumah ku. Sambil2 tu, aku menebuk leher baju raya. Siap tebuk 4 leher, potong kain baju raya yayu pulak, 4 pasang. Ceh! Mati2 aku ingat 3 pasang je. Banyak nyerrr. Kendian, malamnya pulak, roh memotong datang lagi. Potong kain baju aku lagi 2 pasang. Kendian, tebuk sumer leher2 yang 6 lai baru dipotong tuh. Tebuk bukan tebuk kosong ok... Siap cantum dan jelujur lagi. Tinggal nak jahit mata lalat atau tulang belut jek. Keseluruhannya, ada 10 bentuk/batang/helai leher yang perlu ku jahit tangan. Yah! Yah! Senam sikit. Wat tambah stamina. Boleh kah aku melakukannya? Tu tak masuk lagi 2 pasang yang lum potong plus 2 lai yang dah tulang belut separuh jalan tuh. Malaysia Boleh! Blah!

Hari ahad, keluar ke bp nak tambah cat. Nampak gaya macam tak rata plak cat tu. Sekali, sumer kedai cat tutup. Balik je lah. Sempat singgah bpmol lagi. Pakai mask ler. Berani nyer nak mendedahkan diri kepada risiko. Aku tengok, dalam bpmol tu saja, ada la dalam 5 orang kot yang pakai mask. Cashier pasifik pon sorang je yang pakai. Sukati ko lah.

Hujung minggu yang lalu ditutup dengan menggosok baju. Abis sumer baju aku gosok. Demikian lah cara saya menghabiskan cuti persekolahan yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.