Sebelum sambung, aku teringat kejadian hari isnin arituh. Bukan kejadian sebenarnya. Adegan kot. Arituh aku ada kasik assignment, so ari isnin tu aku kutip ler. Aku kalo kasik asignment, mesti suh tulis tangan. Nyampah aku baca assignment yang main edit2 tulisan jek, jawapan sebijik sebijon. Sekali ada sorang budak nih antar last dan lambat sikit. Aku pon selak2 la paper dia. Tetiba aku terus tergelak. Bebudak ni pon kompius la kan. Aku pon cakap la, kawan awak ni, terlupa agaknya dia ter tekan caps lock. Jawapan dia sumer tulisan besar. Apa? Korang tak paham? Lantak ler...
Okeh, sambung balik citer ari sabtu.
Lepas kuar dari opis, kami terus gi makan kat bukit pasir. Padahal kedai benang dah dekat bebeno tadik. Ok, takyah la bagitau aku makan apa, paham2 sendiri sudah.
Lepas makan baru lah kami patah balik ke pusat bandar. Tah, ye ke area tu pusat bandar? Memula dah lalu satu kedai nih. Pernah pergi sekali jek. Kedai dia kecik, tapi, ko cakap je nak benang kaler apa, kun kaler apa, selalunya tak menghampakan. Tapi, tah apa ke hey tah, aku tak suka gi kedai tuh. Aku lagi suka gi kedai yang siap ada barang2 kraftangan dan jahit tepi sekali tuh. Masuk kedai tuh, non ado benang kaler krim. Patut ker? Hello, benang hitam putih dan krim adalah kaler2 benang yang wajib ada ok? Kaler universal tu. Terus kena banned kedai tuh pasnih. So, terpaksa lah pusing semula ke kedai kecik tadik. Ok, pasnih ikut cakap suami. Suami dah nak singgah tadi, ko yang takmo. Dah... pening kepala, pusing2.
Sekejapan je aku dah dapat apa yang aku cari. Kedai tu letak benang dalam kotak asal dan disusun dalam display cabinet. So, ko cakap nak benang kaler apa, dia dah hapal kod pada kotak benang tuh, ok? Tak perlu self service. Dan kalo kaler benang yang ko nak tu agak2 bombastik, dia akan kasik buku katalog benang untuk ko pilih (ni macam kedai kat kompleks pkns s alam kekdahnya). Ok, pasni aku akan pergi situ lagi. Kedai kat parit raja tu, mahal nak mampos! Jangan harap aku nak beli kat situ. Tapi, agak terkilan la juga kerana tak bawak kain2 yang nak dibeli benang dan kunnya itu. Uhuks...
Pastu, kami singgah kedai elektronik plak. Dalam bulan ni ajer, ada la dekat 5 kali kot aku gi kedai nih. Kali ni nak cari soket ala2 adaport tuh. Tetiba terbakar pulak yang kat dapo tuh. Ingat brand tu tak bagus ke kan. Sekali tengok kat kedai, brand tuuuuuu jugak. Pegi pasifik pon brand tuuuuu jugak. Hello, mana pelabur2 lain hah? Takmo bukak kilang adaport lagi ker? Kasik arrr banyak sket pilihan. Last2 tak beli pon. Terpaksa la beli brand tu jugak. Tapi nak beli kat kedai tadik sebab kat pasifik rege tetap, kedai tu banyak diskaun huahuahua. Serius ok... Aku beli remote control estro baru rm15 kat situ. Kat pasaraya rm19.90 kan? Ok ok aku bias sebab aku orang elektronik hahaha. Ada kaitan ker?
Ermmm kendian gi mana plak ek? Ok, gi summit. Tujuannya nak beli besi cangkuk kepala langsir kat nagoiya. Tengok2, ada 3 jenis cangkuk. Satu, 4 jari cangkuk kat tengah2. Dua, 4 jari cangkuk kat atas. Tiga, 1 jari cangkuk kat tengah. Menurut teori encik hairul, yang 4 jari cangkuk kat atas tu, sesuai untuk langsir yang selalu di gerak2 kan, seperti day curtain. Yang 4 jari cangkuk kat tengah tu sesuai untuk langsir yang statik, seperti night curtain. Sementara yang satu jari sesuai untuk kepala langsir yang statik dan tidak memerlukan kedutan. So, untuk tidak menderhaka, aku beli yang 1 jari, rm5 untuk 50 ketul. Lagi pon dia yang nak memasangnya nanti kan. Errr sebenarnya memang betul pun teori tersebut hihihi. Tetiba bangga mendapat suami yang genius. Actually ada 1 jenis lagi yang ada lock. Ni jenis 4 jari.
Selesai kat summit, singgah pasar malam ler. Kuat tul la pelaris makcik kebab ngan mamat taufufa tuh. Salah kan derang. Pastu gi bpmol pulak. Isyyy aku ni suka betul membazir. Kalau balik terus, kan dah jimat duit? Ni, nak jugak singgah tempat yang menghabiskan duit. Kali ni aku rasa seperti kembali ke zaman remaja. Sebab aku beli benda alah yang gantung kat henpon tuuu hahaha poyo. Alaaa masa remaja dulu mana dapat benda tu semua. Lagi pon mana ada uwang nya. Selain tu aku beli tali penyangkut. Alaaa yang orang sangkutkan henfon, pen drive tuh. Aku rasa, pen drive ialah benda yang paling senang kiter ter misplace dan cepat lupa kat mana. Kira ni langkah pencegahan la.
Ok, tak banyak soping kat bpmol. Bila aku tutup akaun, tak abis pon 200 yang tadik tuh. Selamat...
Cukup lah nih. Sekian.
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.