Astaghfirullahal'azim...
Sabo asia sabo. Kadang2 aku ni terlupa tanggungjawab aku sebagai pendidik. Bukan setakat bersyarah di depan kelas, atau pon mengajar di bilik makmal.
Tetapi aku geram! Geram! Geram!
Aku punya prinsip ketika belajar dulu. Dan rasanya ramai lagi memegang prinsip ini.
WAJIB DATANG KULIAH TANPA MENGIRA SAKIT PENING.
Prinsip ini turut disokong oleh pusat kesihatan kolej yang hanya memberi mc kepada mereka yang ditahan di wad klinik dan ke atas. Kalo takat demam batuk selesema ni, jangan mimpi la nak dapat mc. Kecuali ko dah tak boleh bangun langsung, baru lah dia kasik mc. Ala... apa lah nak susah2 mintak mc kan? Ponteng je lah. Mintak kawan tolong sign kan attendance.
Ini bukan pasal mc. Cuti rehat tu penting bagi orang2 makan gaji supaya dia dapat bercuti ketika sakit sementara gajinya jalan. Apa pentingnya mc bagi seorang student? Ok, berehat di bilik tanpa memikirkan pelajaran selama 1 atau 2 hari. Selepas 1 atau 2 hari itu?
Aku takmo cite pasal sekolah sebab zaman sekolah memang laaa, tak pikir sangat masa depan. Ni cite pasal pusat pengajian tinggi. Katakan lah ko demam. Pagi gi klinik, doktor kasik mc 2 hari. Hello! Doktor klinik kesihatan batu pahat, sila jangan suka2 kasik bebudak ni mc 2 hari okeh? Kasik je 1 hari. Esok, kalo tak baik jugak, baru kasik 1, 2, 3 hari lagi. Dari pagi sampai ke malam tu, makan ubat 2 kali, insya Allah malam dah kebah. Remaja 20 tahun, mesti kuat. Paling kuat pon, worst case scenario, pagi la baru kebah. Pon masih sempat pegi kelas.
Apa kes sebenarnya nih?
Student aku ni tembel, dapat mc 2 hari. Hari ni aku kasik assignment dan kuiz berkaitan subjek yang dia tertinggal ituh. Pastu dia datang jumpa aku,
Cik, boleh ajar? Saya mc minggu lepas. Mata tembel, ngendap orang (buat lawak lagi)
Awak buat apa kat bilik? Tido? Kenapa tak datang kelas?
Tapi saya dapat mc cik.
Awak dapat mc, saya tak. Saya datang kelas. Awak suruh lah doktor yang kasik mc tu ajar.
Meh, sini bla bla bla (ajar la jugak, tapi nampak sangat tak eklas uhuksss).
Adoiyaiii aku rasa nak cepuk2 jek doktor nih tau. Budak tu tembel jek, kaki tangan badan sihat walafiat okeh. Kan dalam surat mc tu dia tulis, sipolan ini tidak dapat menjalankan tugas bla bla bla kan. Ni takat tembel pon leh dapat mc 2 hari. Tembel, okeh? Bukan sakit mata. Apakah tujuan pegi klinik adalah untuk mendapatkan surat cuti?
Ahhh aku tak kira korang nak cakap apa. Aku geram okeh, kena ulang ajar banyak2 kali. Kena balik kursus pedagogi nampaknya puan asiah nih. Ingat asia, beza antara guru, pengajar dan pensyarah. Ok... ingat ingat ingat. Huaaaaaaaaa..........
Sabo asia sabo.
No comments:
Post a Comment
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak komen buruk padahnya.