Sebabnya, aku rasa, macam ok jugak kalo buat mezzanine floor tuh ngan wak joe tuh. Takde la buruk beno hasil keje dia tuh. Cuba kiter bagi masa dan material yang baik dan mencukupi, tentu setanding dengan hasil kerja professional jugak. Makanya, aku pon dah terbuka hati nak buat benda alah tuh. Ni mesti encik hairul dah doa sambil menangis2 nih, tu yang cepat makbul kihkihkih.
Ok, tanpa mendapat kebenaran pemilik rumah, aku nak tunjuk la hasil kerja wak joe nih ke atas rumah beliau. Abang, tolong mintakkan kebenaran ngan dia eh. Dan aku tunjukkan juga sedikit perbandingan dengan apa yang aku kehendaki, hasil rujukan dari blog ini. Harap2 berhasil lah...




Dan berikut ini ialah struktur yang menyebabkan aku sanggup merajuk dengan suami ku hihihi. Sila fokus kepada tangga okeh.

Yang tangga ni pulak, takde pemegang. Lagi menguatkan hujah tak cukup kayu di situ. Dan jarak anak tangga jugak agak jauh. Puas la mengangkang nak naik tu karang.


Jadi, selepas eksperimen ini dapatlah kiter buat sedikit recommendation untuk improvement. Antaranya :
1. Jarak antara steps perlu dikecilkan. Tapi memerlukan slope yang sesuai juga. Kang rapat2, slope plak tak kena, habis tersadung kaki setiap kali melangkah (faham, kan fizik nyer?)
2. Pemegang tangga adalah perlu di setiap tangga. Strukturnya perlu lah lebih kemas dan menarik dengan menambah kayu besar berukir2 sikit pada permulaan dan selekoh tangga.
3. Kayu penghadang juga perlu lebih rapat2 supaya tiada mangsa jatuh dari tingkat atas.
4. Untuk menambah ruang bilik atas, struktur seperti ini adalah sesuai dibuat.

5. Instead of papan lapis, gunakan papan sekeping2 untuk membuat lantai bilik atas. Lebih kemas dan kukuh kot. Ada duit lebih (atau ada sponsor ker), kiter pasang laminated floor ker huhuhuh



7. Kalau tulang rangka bilik tu macam tak menarik, kiter pasang siling ar, kemas sikit, kan?
Itu je kot. Eeeee tak sabar nyer nak buat benda niiii. Pasni, maybe kabinet buku boleh naik tingkat atas kerrr. Best2. Takpon, si putih gebu je kiter hangkut ke atas. Eh, berat ler. Tak sabar nyerrrrrrrrrrrrrr. Jom beli kayu jom! Eh, kayu resak tu mahal eh?


p/s Kos bahan2 termasuk upah untuk member tu tak sampai rm2k tau. Murahhhhhhhhhhhhhhhh sangat, kan??? Tu dia siap pecah2 bagai tu. Aku punya mesti lagi murah, kan? So, kiter contra kat kayu arrr. Beli kayu baik sikit kot.
saya pun baru buat renovation tangga umah... RM 2K siap barang semua.... tangga konkrit...
ReplyDeletetepek ler gambonyer kak. nak dapatkan inspirasi gak.
ReplyDeleteGiler la umah korang...siap ada ala2 loteng tu....x nak sewakan ke? haha
ReplyDeletehahaha ko balik nanti pon buat ar jugak hihihi. pastu sewakan kat budak ito 2-3 orang leh muat tuh huhuhu. tapi kena wat pintu masuk dari belakang rumah ar kot...
ReplyDeleteBleh bagi no phone orang yg buat ni tak?? Email ke hanaffiah@gmail.com
ReplyDeleteTq