BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 7 November 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 3 - Trauma

Siap kena paksa Yayu komen nak bagi cukup 5 komen hahaha. Kalau tak sampai tahun depan tak bersambung cerita ni. Okeh, sambung lagi...

Tiba hari selasa, aku dah mula cuak. Biasa lah aku. Sedangkan interview bahasa melayu pun takut, ini kan pulak bahasa jepun. Masa tu aku fikir, entah apa yang aku cuba buktikan sebenarnya ni? Berani benar! Bukan berani sebenarnya. Buat2 berani. Bila tiba hari rabu, mula lah rasa tak nak pergi. Interview tu pukul 1 tengahari. Encik suami pulak tak boleh nak hantar atau temankan. Maknanya aku kena pergi sendiri. Ya Allah... kalau tak pergi apa jadi ek? Kena black list tak? Eh, yang aku takut sangat kena black list tu dah kenapa? Bukan perlu pun aku bekerja. Yes! Itu lah yang aku fikir masa tu. Kenapa aku nak menyiksa diri melalui semua ini sedangkan aku sebenarnya tak perlu pun melaluinya. Takde keje cari keje! Takde sakit cari penyakit! Kebingungan apakah ini???

Hari rabu tu, aku gerak dari rumah dalam 11.30 pagi gitu. Jauh jugak nak pergi tu. Kat mega donki hote yang hala ke gifu. Pernah lah jugak kami pergi donki hote tu. Tu yang aku kompiden je pergi sendiri. Kedai repair ipong ni nama nya ringo apa ke tah, lupa pulak. Tapi ada ringo2 la bunyi dia. Sebab ringo =  apple dalam nihongo. Aku dah siap study dah website diorang ok. Tak pepasal aku tau berapa charge kalau skrin ipong pecah hehe. Diorang bukan service centre apple. Kira bukan untuk repair ipong yang under warranty la.

Sampai2 je situ, aku terus parking kereta. Masa ni masih lagi berbelah bahagi, nak pergi ke tidak. Masalahnya bahasa jer. Tapi itu lah masalah terbesarnya pun. Pastu aku pun masuk la donki hote tu, nak riki2 kedai tu. Aku saje tak lalu betul2 depan kedai tu sebab taknak diorang perasan itu adalah aku. Sebab dia mesti dah tau yang nak datang interview tu gaijin. Bukan banyak pun gaijin kat situ kan. Dari jauh aku perati, kedai ni ada kaunter, pastu ada satu bilik kecik kat tepi dia. Tempat dia repair ipong tu lah agaknya, kan?

Sempat post status kat fb. Kat belakang tu lah kedai ringo tu.

Bila dah pukul 1, aku pun keluar ke pintu masuk utama dan kengkonon telefon orang tu, cakap baru sampai. Bahasa apa aku cakap? Nihongo uolsss. Sila kagum. Tapi entah apa yang aku cakap, aku pun tak pasti. Janji dia faham. Dia faham lah kan sebab pastu dia datang kat aku kat depan pintu masuk tu hahaha. Pastu dia bawak ke kedai dia. Aku pun duduk la kat kerusi customer. Ok, encik ni memang tak boleh cakap english ok. Ko dapat bayangkan tak? Aku dah fikir, mesti tak dapat keje punya lah ni. Cemana nak keje kalau tak boleh berkomunikasi? Rasa nak balik terus je dan2 tu. Sibbaik lah dia cerdik, bukak google translate. Dan dia pun taip lah dalam bahasa jepun, pastu translate english, kendian tunjuk kat aku. Ada la certain2 part yang aku paham apa yang dia cakap. Tapi tak semua la.

Memula dia tengok cv aku. Pastu dia terangkan lah, kalau keje kat sini, memula dia akan hantar gi kursus dulu kat osaka. OSAKA ok. Kursus tu seminggu, semua dia sponsor. Pengajar nya terer cakap english katanya. Masa tu aku pinjam henfon encik suami. So, aku boleh lah tanya encik suami, cemana kalau aku kena pergi osaka seminggu? Beliau ok je. Aku yang tak ok! Kiter ni memikirkan cemana beliau nak makan minum selama seminggu tu. Tapi aku takde langsung keyakinan bahawa itu semua akan terjadi sebab, takkan lah aku boleh dapat kerja ni? Tapi dalam masa yang sama, aku fikir lah jugak, macamana aku nak aturkan masa bila kena pergi kursus tu. Pastu cemana aku nak pergi kerja setiap hari sebab agak jauh tempat tu. Public transport agak sukar sebab kena tukar2 train dan bas. Tak kuasa ar kan. Kalau naik kereta, kena kira duit minyak pulak. Tak tau lah kalau boleh claim ke kan. Sebab kalau naik public transport biasanya boleh claim. Parking takde masalah sebab free je park kat situ. Waktu kerja pun flexible. Aku dah plan nak masuk keje pukul 1pm, balik pukul 6pm. Fikir dah fikir, cuma tak yakin pun boleh dapat. Kalau tak dapat pun takpe. Takyah kerja langsung pun takpe lah.

Eh, apa cerita dengan permohonan kerja housekeeping yang mula2 aku hantar cv tu ek? Ceritanya, dalam seminggu kemudian diorang ada call, tapi nombor telefon encik suami lah kan. Orang tu pulak cakap jepun, manalah beliau faham. Last2 diorang hantar surat, pulangkan balik cv dan bagitau tak berjaya sebab aku hantar lambat. Selepas tu baru aku pergi halo work yang kali kedua tu rasanya.

Ok, berbalik kepada kedai ipong. Habis je interview tu, aku terus je balik. Dia cakap apa2 hal dia akan call. Masa tu macam dia nak suruh aku masuk kelas nihongo kat halo work tu ke haper tah. Huaaa tak sanggup aku! Biarlah tak dapat keje pun.

Selang beberapa hari, orang halo work call bagitau tak berjaya jugak. Feh! Lega pulak aku rasa. Boleh?

Bersambung... Next, berehat dari job hunting. Teruskan beri 5 komen ek. Tak tergamak nak up kan sampai 10 komen huhuhu.

Tuesday, 24 October 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 2 - Job Hunting


Haha sebenarnya sepatutnya senang je nak dapat 5 komen. Post je kat fb. Tapi aku seperti biasa, segan tak bertempat. Tapi sebenarnya aku ada share gambar yang aku share kat fb semasa aku pergi interview satu kerja ni. Tapi semorang tak faham kot. Ok, jom sambung.

Bila dah dapat permit, maka lebih mudah lah urusan mencari kerja. Kira kalau dapat kerja boleh terus kerja dah. Kalau nak cari kerja dulu baru buat permit pun boleh juga.

Seterusnya, aku perlu pergi ke halo work. Seperti juga pergi imigresen, pergi halo work pun aku kena sendiri. Entah di mana aku dapat keberanian tu tah. Sebab aku kan sejenis penakut tak bertempat. So, aku memilih untuk pergi ke situ pada hari Jumaat. Kali pertama tu aku pergi naik bas ke sakae. Ofis halo work tu betul2 sebelah stesen bas sakae tu. Tingkat 12. Dan ofis dia agak isolated. Sunyi dan kau masuk tu macam seorang alien. Patut lah dulu nama residence card tu alien card. Memang fefeeling alien pun bila jadi foreigner (gaijin) di jepun ni. Tapi, dalam pada alien tu, bukan lah ko jadi alien sorang2 sebab nama pun tempat mencari kerja untuk gaijin kan, maka ada lah jugak alien lagi kat situ. Cuma hari tu hari jumaat kot, so tak ramai orang. Eh, kenapa pulak? Bukannya diorang pergi solat jumaat pun? Ke sebab aku pergi waktu lunch hour? Haaa ya lah. Aku sampai situ dalam pukul 12 lebih. Memang lah waktu lunch hour diorang. Tapi dia tak tutup office. Aku boleh je masuk dan tunggu dalam tu. Sambil2 tu boleh la aku membelek fail iklan jawatan kosong.

Fail tu ada 3 ke 4 bahasa tah. Jepun, English, Spain. Tah tak ingat lah aku. Aku bukak yang english je. Setiap satu bahasa tu ada 3 ke 4 fail. Dia susun ikut kronologi. Selain fail tu, kita boleh juga tengok iklan2 tu secara online. Aku pun dah tengok dah. Cuma yang online tu dia tak detail. Yang dalam fail ni ada semua maklumat yang kita nak tau pasal kerja tu. Macam gaji, elaun, syarat, cuti, jenis kerja, alamat majikan, eh macam2 lah ada dalam satu kertas A4 tu.

Bila ofis tu bukak semula, dia pun register kan aku dalam sistem halo work. Lebih kurang macam jobsmalaysia la kan. Dia boleh juga match kan dengan pekerjaan yang kita nak. Mula2 tu aku tak cari kerja housekeeping hotel ni. Aku ingat nak kerja dobi. Aku kan suka gosok baju. Konon nak kerja yang aku enjoy melakukan la. Tapi, selama aku cari tu, takde satu pun kerja sedemikian. Eh, orang jepun ni tak guna gaijin ke untuk mengiron? Akhirnya aku terpaksa lah juga cari kerja sebagai cleaner. Mula2 tu tak nak housekeeper hotel sebab takut aku tak larat nak angkat tilam. Tapi bila tengok cleaner opis dia nak yang boleh cakap basic nihongo. Maksudnya boleh berbual perkara harian la. Banyak la kerja2 yang aku rasa tak layak memohon sebab tak boleh cakap nihongo ni.

Sudahnya, pada hari itu, aku cuma dapat apply satu kerja housekeeper. Kekdahnya, kat jepun ni, hotel tak ambik pekerja housekeeping dia sendiri. Dia outsource kan kepada company lain. Ada lah beberapa company yang aku jumpa dalam fail tu yang serve beberapa buah hotel berbeza. Makanya, aku mohon lah kat satu company ni. Kekdahnya, halo work akan keluarkan satu cover letter yang menyatakan yang kita nak apply kerja sekian2, pastu kita kena tulis cv dan poskan kedua2 dokumen ni sekali.

Nak dijadikan cerita, rupanya format cv ni seragam satu jepun. Siap dijual kat kombini ok. Tapi aku print je dari website halo work ni. Yang asal saiz A3 lipat 2 jadi A4. Tapi boleh je ikut saiz sendiri.

Ok, cv ni menjadi masalah sikit bagi aku. Dia tak boleh tulis romaji (tulisan rumi). Kena tulis tulisan jepun, hiragana, katakana atau kanji. Ada takde kena mintak tolong adik2 kouhai la tolong tuliskan. Mula tu mintak tolong gg tuliskan. Sekali ada tersilap sikit. Terpaksa lah aku ni menekap tulisan kanji dia tu. Sibbaik la ada google translate kan. Boleh la jugak cari tulisan sebenar. Kalau harapkan tulisan tangan tu, entah apa2 tah jadi maknanya. Proses menulis ni sahaja makan masa 2 minggu. Aku pun giri2, nak hantar ke tidak sebab macam dah lambat benar. Last2 aku pos lah juga. Dalam tempoh menunggu tu, aku masih membelek iklan jawatan kosong secara online. Menariknya diorang update iklan tu 2x sebulan. 11hb ngan 26hb. So, setiap haribulan tulah aku excited membelek iklan sambil2 mencatit option2 yang ada.

Kali kedua aku pergi ke halo work tu, pun takde hasil. Ada beberapa company yang diorang call, tapi kebanyakannya nak nihongo atau diorang ada uniform dan ini akan menyusahkan orang berhijab. Aku pun malas nak cakap apa2. Kalau tak salah, aku pergi setiap hari jumaat sebab hari jumaat antara hari yang ada translator english. Tapi tak juga. Ada juga masanya aku pergi tapi orang jepun jugak yang layan. Aku main hait2 je, tah apa dia cakap pun aku tak tau. Untuk kali kedua tu encik suami hantar, tapi balik sendiri naik bas. Naik bas ni untung nya murah la sikit, 210 yen dan tak perlu berjalan jauh. Turun je bangunan tu terus jumpa stesen bas. Pastu sampai bus stand uni, jalan sikit je dah sampai rumah. Kalau naik subway kat sakae tu, penat la menapak nak sampai ke train. Berbelit2 jalan. Serabut. Cuma cepat la sampainya. Naik bas takde lah lambat sangat. Yang bagusnya bas kat jepun ni, dia dah set time dia tu mengambil kira waktu berenti kat trafiklite, kesesakan trafik ngan berenti2 turunkan atau ambik orang. So, kalau kata dia sampai time tu, time tu lah dia akan sampai. Time gerak pun sama. Seminit pun dia tak nak tunggu.

Kali ketiga aku pergi dengan 2 orang dak kouhai; siham dan eleen. Diorang ni bukan tak cukup duit, tapi terlebih rajin dan masa agaknya haha. Semester tu diorang banyak masa free, so boleh lah nak baito sikit2. Kitorang pergi naik bas, balik pun naik bas. Eh jap. Rasanya aku balik sorang, diorang nak jenjalan sakae. Kali ni aku pulak yang guide diorang pergi situ kekeke. Bagus nya aku bawak translator sendiri, takyah harapkan translator diorang. Tapi yang tambah bagusnya, dah sampai situ baru perasan yang siham ni tak bawak residence card haha. Ni samalah macam masa nak translate lesen memandu dulu. Orang yang nak translate tu lah yang tak bawak lesen. Bila dah sorang tak lengkap, maka diorang pun postpone la nak register kat situ. Tolong aku je cari kerja. Dan kali ni, aku dapat satu appointment untuk interview. Bukan kerja housekeeping uols... kerja repair Iphone! Gila tak excited? Untung oi kalau geti repair henfon. Boleh buat duit sampai ke malaysia kot. Tapi... takyah nak excited sangat. Karang aku ceritakan kenapa. Aku pergi tu hari jumaat, dan interview tu hari rabu minggu depannya. Pun sama, diorang printkan cover letter dan aku kena bawak cv time interview tu nanti.

Ok, ini ialah contoh job posting yang ada dalam fail2 cari kerja tu. Ini untuk post repair iphone tu. Agak detail la isi kandungan dokumen ni. 

Oh, apa cerita ngan dak jaha? Time ni dia masih kat mesia, tak balik lagi.

Ok, bersambung lagi. Next, kisah interview pertama yang bikin trauma hihi. Kali ni pun kena ada 5 komen jugak ok? Next 10 komen pulak hahaha...


Monday, 16 October 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 1


Kisah ini tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa kecuali adik-beradik, kawan terdekat dan kawan2 Nagoya. Mungkin aku ada bagi hint sikit2, tapi takde orang yang bertanya lebih lanjut mengenainya. Dan kalau ada yang bertanyakan soalan yang menjurus kepada perkara tersebut di media sosial, aku selalu menjawab sepatah jer. Bukan lah rahsia besar atau pun sulit pun, cuma perkara ni melanggar peraturan ctg sebenarnya. Aku kan sejenis manusia skema. Takut tak tentu pasal. Orang lain buat siap tulis buku lagi. Biasa lah. Aku. Takut tak bertempat.

Ianya mengenai bekerja di Jepun. Ya, aku pernah bekerja semasa di Jepun selama 1 tahun 1 bulan 9 hari. Bermula 22 November 2015 hingga 31 Disember 2016. Selama itu aku menyimpan rahsia. Takut ada orang report kat... siapa ek? JP@?

Kenapa sampai kena kerja? Perlu ke? Tak cukup duit ke? Pada awalnya aku suka2 je cari kerja. Konon dapat duit boleh buat beli pinggan noritake ke, beli kain cotton ke, beli handbag ke, eh beli apa2 je lah yang aku rasa nak beli. Tapi bila sebulan selepas mula bekerja tu aku beli kereta, aku ada sebab lain iaitu untuk kumpul duit nak bawak balik kereta itu lor. Mana tidaknya, harga kereta tu dah lari bajet lebih 1 juta yen uols! Mana nak cekau bayar cukai kat mesia nanti? Eh, tapi bukan sebab cukai tu sebenarnya. Tapi sebab aku dah cilok bajet untuk beli kereta encik suami. So kena lah ganti balik. Kiranya gaji selama 6 bulan pertama tu lah aku gunakan untuk top up balik bajet kereta beliau. Kemudian 6 bulan berikutnya tu lah baru aku boleh berjimba.

Jadi hari ni aku nak ceritakan serba sedikit tentang proses aku mencari kerja, pengalaman ketika bekerja sehinggalah berhenti kerja. Bukan senang sebenarnya bekerja dengan orang yang kita tak berapa paham apa yang dia cakap hahaha. Main agak2 je. Untung2 mengena, betul lah apa yang diteka tu. Kalau salah, kena bebel pun kita tak paham dia cakap apa. Dia marah ke apa, kita pun tak tau hahaha. Berbekalkan pengetahuan dari kelas nihongo yang 4 semester sampai kelas 3 tu lah aku bertahan selama setahun lebih tu. Mula2 tu tak terfikir yang orang yang tak boleh cakap jepun boleh bekerja di jepun. Macamana nak berkomunikasi?

Okeh, macamana ia bermula? Kisahnya, di sana kami ada seorang kawan lelaki yang mengikut isterinya belajar. Jaha memang nama sebenar haha. Mereka dikurniakan seorang baby comel Nuha chan yang berusia 2 tahun lebih ketika itu. Nuha mula masuk nursery seawal usia 8 bulan kalau tak salah. Sebelum tu daddy dia jaga. Maka nak dipendekkan cerita, kat jepun ni, kalau nak hantar anak ke nursery awam, kedua ibu bapa mestilah beraktiviti, samada bekerja atau belajar. Kalau tak, mula2 tu boleh lagi kata tengah cari kerja. Tapi lama2 dia tengok macam tak kerja je bapak dia ni?... maka mereka akan suruh cari kerja jugak. Begitu lah yang berlaku ke atas pasangan ini. Tapi sebenarnya ikut ward jugak. Macam showa ward tempat tinggal aku ni, ramai je yang tak bekerja dan tak mencari kerja yang boleh dan diorang pun tak tanya. Mula2 je cakap tengah cari kerja, pastu teruskan je lah buat tak tau. Tapi chikusa ward ni cerewet sikit. Dia bagi tempoh 3 bulan. Kalau tak kerja jugak dia boleh quit kan anak ni dari nursery tu. Atau macam kes diorang ni, orang tu kasi lanjutan 3 bulan lagi untuk cari kerja. Masa tu lah si jaha ni mula kalut kena cari kerja.

Kerja di jepun sangat banyak. Kerja part time (atau dipanggil baito - arubaito) terutamanya. Pergi lah mana2 kedai, mesti ada iklan arubaito. Kedai makan la paling banyak. Masa aku masih pergi kelas nihongo dulu ada lah juga classmate yang buat baito ni. Kadang tu datang kelas lambat sebab baru lepas baito. Kadang tu bergegas balik bila habis kelas sebab nak pergi baito. Masa tu aku ada 2 rasa. Satu, gigih nya lah hai diorang ni dengan belajar nihongo nya, dengan baito nya. Kalau aku, memang hampeh lah. Ku rela membuta dari membuat kedua2nya sekali. Nak pergi kelas tu pun kira untung. Kira terkorban lah juga tido tu seminggu 2x. Kedua, aku rasa terer nya nihongo diorang sampai boleh kerja kat jepun. Nihongo aku? Dalam kelas je ingat, balik rumah terus lupa. Usahkan nak bercakap dengan orang, orang bercakap pun aku tak paham. Kalau macam bahasa banjar tu iye lah, memang aku tak geti cakap, tapi bila orang cakap aku paham lah jugak hihihi. Apa punya analogi la. Tak kena langsung. Sebab dalam kes nihongo ni memang aku tak paham dan tak geti. Main teka2 boleh la.

So, macamana aku boleh cari kerja, padahal aku tak terlibat pun dalam urusan nursery anak ni? Masa tu bulan 9. Lepas balik dari cuti2 ke Hiroshima. Time tu aku takde buat apa. Dah lepas raya, jahitan pun takde. Sepatutnya time tu lah aku nak berehat makan tido tengok movie drama tak guna otak tak guna tenaga, kan? Ada setahun lebih lagi nak menikmati tu semua sebelum balik dan meneruskan rutin seperti biasa. Dalam masa tu, jaha dah mula misi mencari kerja. Katanya orang ward office ada bagitau, kalau nak cari kerja, boleh pergi ke pejabat 'halo work' di sakae. Itu tempat foreigner mencari kerja. Halo work ni sebuah agensi kerajaan yang menjadi ejen atau orang tengah bagi majikan dan foreigner. Laaa baru ku tahu adanya benda seumpama ini.

Kali pertama tu jaha pergi ke situ hari jumaat. Pastu dia pergi interview dan dapat kerja di sebuah hotel. Tapi, hujung bulan 9 tu dia nak balik mesia sempena hari raya haji plus mama nuha nak pergi australia, ada konferens. Jadinya, orang tu kata, by the time jaha balik jepun, kalau dia belum dapat pekerja, boleh la dia mula bekerja. Kalau tak, kira tak jadi lah kerja tu. Dan ditakdirkan, bila jaha balik jepun semula, kekosongan jawatan itu telah pun terisi. Maka, back to square la.

Dalam masa yang sama juga (masa jaha balik mesia), aku pula telah mendapat semangat untuk cuba mencari kerja juga. Sedangkan jaha yang gi kelas nihongo sekejap je tu pun boleh dapat kerja, ini kan pula aku yang nihongo sukoshi wakarimasen ni. Jadi, sebagai permulaan, aku pergi ke imigresen untuk mendapatkan permit bekerja. Nama permit ni, bukan permit kerja, tapi permit membuat aktiviti selain yang dinyatakan dalam visa. Visa aku ialah visa dependent, iaitu orang yang bergantung kepada suaminya yang bervisa student. Gitu lah lebih kurang definisi nya hihi. Jadi, dengan permit yang tersebut, maka boleh la kiranya aku kalau nak bekerja dengan syarat2 tertentu.

Jadi, pada suatu petang, aku telah pergi ke imigresen yang terletak di minato. Alaaa tempat aku buat residence card masa mula2 datang dulu. Kiranya 4x lah aku pernah pergi imigresen ni. Kali pertama dan kedua masa nak mohon tukar visa aku daripada pelancong kepada residence untuk tempoh 1 tahun (encik suami sebagai research student). Selepas setahun, sebelum visa tu mati, kami pergi kali ke 3 dan 4 tu untuk extend visa tu 3 tahun lagi selepas encik suami berstatus phd student. Jadi, kiranya ini kali ke-5 lah aku ke imigresen. Dan kali ini aku pergi sendiri. Sensorang. Berani kan? Tah masa tu encik suami busy kot, aku malas nak kacau. Oh ye lah... kan baru lepas cuti obon yang panjang kan, memang lah beliau busy.

Kekdahnya, kat sana aku kena isi borang 'permohonan untuk melakukan aktiviti selain yang dinyatakan dalam visa'. Kat situ dia ada suruh tulis nama majikan, kalau dah dapat kerja. Tapi oleh kerana aku baru nak cari kerja, aku isi 'sedang mencari' jer. Dalam bahasa jepun nya mitte ke mitai ke haper tah, tak ingat. Tapi orang tu yang suruh tulis camtu. Lepas isi borang tu kat bawah, aku kena hantar borang tu kat kaunter kat atas. Sekali dengan passport dan residence card. Pastu dia akan kasi nombor dan tunggu lah dia buat apa yang patut. Tak lama kemudian, dia pun panggil dan pulangkan passport dan residence card. Pada passport dia tampal permit tu, pada residence card dia cop kat belakang, cakap boleh bekerja tidak lebih 28 jam seminggu. Itu lah syarat seorang dependent yang baito di jepun. Kalau student pun sama, cuma dia ada limit sehari berapa jam ke haper tah. Tapi tak penting sangat pun. Dah siap tu, aku pun happy dan untuk menghiburkan hati, aku terus pergi ke 2nd street dan bookoff minato hehe. Macam biasa lah, belek pinggan mangkuk.

Okeh, kita sambung dalam entry seterusnya la ek. Kalau nak tau kisah selanjutnya, sila komen #sayanaktau di ruangan komen. Cukup 5 komen baru aku sambung hahaha. Sekali takde orang komen, sampai tahun depan la takde sambungan huhuhu. Ja, matta...

Tuesday, 10 October 2017

Pending Comment Awaiting Moderation


Semenjak dua menjak aku menapis ruangan komen ni, ruangan komen aku sentiasa kosong. Mana tak nya, kalau pun ada yang nak mengomen, semuanya spam. Promosi viagra la, apa la. Tak kosser aku. Selain tu, aku juga menapis komen yang menyentapkan tangkai jantung ku. Gitewww. Kuat sentap jugak aku ni kan? Pagi ni aku tengok semula komen2 yang masih belum diterbitkan, terjumpa lah komen yang satu ni. Komen ni aku dapat dari entry bertajuk Panas pada tahun 2015. Masa tu kabinet baru dirombak rentetan dari kes TPM. Punya lah aku sentap, sampai ke sudah aku tak lepaskan komen tu. Hari ni baru aku tekan publish sebab nak copy-paste kat sini. Kalau masih kat situ dia tak boleh copy. Kenapa tah. Jadi terpaksa lah publish jugak. Ok, mari baca apakah komen tersebut. Kalau rasa tak boleh relate kan, boleh baca entry tu jugak. Tapi, aku pun tak boleh nak relate huhuhu.

Anonymous said...
Jgn risau najib akan turun. But small talk camni patut di hentikan. Awak suami isteri naik kerana bumi.. kalau ahbeng perjnrah (mungkin dia maksudkan perintah) kita kelas bawah atau takde ke mana nya. Dah dia nak semua merit. But org dia yg tak layak pun dapat.. so toksah meludah banyak banya kelangit.
saya bekerja dgn ahbeng perintah..sama je. Paspon..

kalau tak kerana bumi muka mcm indon korang jadi bibik je.

Sebenarnya, selain sentap, aku jugak kurang faham apa yang ingin disampaikan. Eh lantak dia lah. 




Monday, 10 July 2017

Nanohana Matsuri : Festival Bunga Canola di Tahara City


Siapa tau lagu hindustan tujhe dekha toye jana sanem dari filem dilwale dulhania le jayenge? Korang mesti ingat dalam video lagu tu kajol menari2 dengan shah rukh khan di celah2 pokok bunga kuning kan? Begitu lah perasaan ku ketika masuk ke taman nanohana ini. Rasa nak guling2 ala hindustan di situ. 

Entah kat mana tah encik suami jumpa cerita pasal festival nanohana ni tah. Kalau tau tidak lah aku memakai baju hijau ni. Tenggelam iols dalam gambar dibuatnya. Rupa2nya bersekali dengan sakura tadi, ada juga pesta bunga canola ni. Tak jauh sangat la jarak antara sakura ngan canola ni. Sebenarnya kat tempat sakura tadi tu pun ada matsuri jugak pada hujung minggu sebelum tu.

Tapi sebelum nak sampai ke situ, kami terjumpa sekebun bunga canola ni jugak. Tanah persendirian kot. Berenti lah jugak ambik2 gambar.




Sebab ada kincir angin tu sebenarnya.











Ada empangan juga dekat2 situ.

Oh besar juga kincir angin ni ya? Brand mitsubishi.













Nak masuk ke taman ni free je sebenarnya. Tapi dia ada taruk tabung sumbangan hyakuen kat pintu masuk. Segan pulak kalau tak masukkan pape kan. Takde orang jaga pun.



Masukkan sorang 100 yen.

Suka la taman ni... ada prop untuk ambik gambar.

















































Motip gaya macam ni??? Entah.

























Sejuk oi! Makin petang makin la sejuk.





























Ada sakura jugak kat situ!






Bro cuba.






Macam pokok ceri di tengah sawah.






































Ok dah habis gambar bunga kuning. Berpinor mata tengok. Sebelum pulang, kami pusing2 tahara city. Ada jeti dan rumah api kat tepi pantai. Tapi kereta tak boleh masuk untuk naik ke rumah api tu. Dah nak senja pulak tu. So, kami jalan2 tepi pantai je lah.






Air datanggg...

Lariii...

Ok, air tak sampai ke sini.




Akhir sekali, gambar bersama kincir angin. Tak jumpa jalan nak pergi ke situ. So, ambik gambar dari jauh je lah.

Tepi2 tu kebun kobis.

Sekian. Terima kasih kerana sudi berkunjung di hari raya yang mulia ini. Salam Aidilfitri!