BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 23 May 2017

Mei & Satsuki's House : My Neighbour Totoro


Aku agak lambat mengikuti filem2 anime2 Jepun. Rasanya dah nak masuk tahun ketiga kot baru aku tengok. Sebab aku tak berapa suka tengok cerita kartun. Sejak kecik memang tak suka kartun. Kalau orang citer pasal mickey mouse ke, donald duck ke haper, aku sekadar tau je. Entah lah tak tau kenapa. Filem2 animasi kat wayang tu pun aku tak berapa suka. Pakkal citer frozen tu viral, kan. Kalau tak, aku pun tak terfikir nak tengok. Jadi aku ingat anime jepun ni pun lebih kurang sama la kan. 

Rupanya tidak! Anime jepun lain lor. Dia memang ada kartun2 sikit, tapi banyak juga cerita2 betul dalam bentuk animasi. Best lah! Suka bila tengok suasana sekitar jepun dilukis sebegitu rupa. Kira boleh relate lah. Dulu tengok doraemon sekadar tengok je. Sekarang tengok sambil dok perati rumah dia, pokok dia, tiang letrik dia, jalan raya dia, kira semua la aku perati. 

Jadi, apa kaitannya dengan entry ini? Ok, dalam banyak2 anime yang popular tu, ada satu anime yang sangat popular di jepun iaitu My Neighbour Totoro. Sejak aku tengok citer ni, mana2 pergi aku boleh nampak gambar totoro ni. Sampaikan noritake pun ada buat pinggan mangkuk totoro ni. Dan kebetulan pula, kat Nagoya ni ada satu tempat yang dibuat sempena memperingati anime totoro ni, iaitu rumah mei dan satsuki. Kalau saper2 tengok citer ni mesti tau lah cemana rupa rumah mei ni. 

Maka, pada bulan Januari yang lepas, sehari sebelum rumah tu ditutup selama 2 bulan for maintenance, kami telah berkunjung ke rumah tersebut. Terpaksa pergi time tu jugak sebab kalau tak memang tak sempat lah nak pergi dah. Time tu suhu tengah betul2 sejuk. Hari pulak hujan. Aku pulak pakai kasut sukan. Encik suami tak bawak glove. Memang mendapat lah beku kaki tangan. Nak sampai ke sana pulak, jem kat depan aeon yang baru bukak kat Nagakute. Kira bukan masa yang tepat lah untuk pergi sepatutnya. 

Sampai2 je sana, kena berjalan kaki sejauh 500m untuk ke rumah tu. Ada disediakan shuttle bus, tapi macam jauh la pulak bas tu nak pusing taman tu sebelum sampai ke rumah tu. Time pulak dah petang, dah nak tutup dah tempat tu. Kami sampai tu pun dapat trip terakhir. Kaedahnya derang bawa masuk sekitar 30 orang untuk sekali trip 30 minit. Rumah tu kecik je, memang tak muat pun kalau masuk ramai2. Pastu dia ada guide yang akan bagi penerangan. Tapi dalam nihongo la. Kami buat2 paham je lah. 

Ok, jom tengok gambo. Aku nak cerita banyak pun dah lupa. 

Di pintu masuk.

Ada jambangan bunga dan buluh di kiri kanan pagar rumah dia. Jambangan tu sempena new year. 

Walau pun aku kata 30 orang 1 trip, tapi masa kami pergi tu, trip kami ada 4 orang jek hihi. Hujan2 cenggitu, sape lah yang nak datang situ, kan. 

Kalau dengar pun dia cakap, bukannya faham. Elok kiter bergambar.

Ni kat depan pintu rumah diorang. Aku tak perasan pintu ni dalam filem tu.

Kat dalam tak boleh ambik gambar. Encik suami suruh bukak pintu tu untuk ambik gambar dalam dari luar. Tapi aku adalah penakut, tu yang bukak kecik je tu hehe.

Depan rumah. Kat dalam tu ialah ruang study bapak diorang. Kan bapak dia lecturer kan. Banyak la buku2 lama kat situ.

Diorang sengaja buat tiang rumah macam tu, sama macam dalam filem. 

Kat lubang ni lah Mei nampak anak2 totoro tu masuk.

Baldi berlubang ni pun ada.

Perigi.



Tepi rumah,

Kat sini boleh ambik gambar yang nampak dalam rumah.


Oh, actually diorang ada bagi satu kertas yang mengandungi gambar benda2 yang kita kena cari dalam rumah ni. Kira macam permainan la kan. Antara bendanya tu ialah kasut, bento box, baju dll. Tapi yang best nya bila kat dalam rumah tu ialah bila tengok bilik air dia, tangga naik ke loteng dan dapur. Kira boleh relate la. Macam comel je gitu.

Guide tolong ambikkan gambar. Awkward kan gambar ni? Sebab dua2 pakai payung, tak boleh nak rapat2 haha.


Kat depan rumah ni diorang letak tiang bus stop ni. Bus stop di mana diorang tunggu bapak diorang balik sampai Mei tertidur dan Satsuki pertama kali jumpa Totoro.

Kebetulan scene tu pun hujan dan satsuki bagi payung dia kat totoro. Kecik je payung tu banding ngan totoro.


Depan rumah pun ada sungai. Tapi sungai ni agak besar la. Dalam filem tu kecik je sungainya.

Cuaca gelap, tak geti nak adjust kemre ni cemana.

Guide tu sabar je menunggu kami keluar. Dah lebih 30 minit nih.




Tido pun tido la. Nak jugak taruk gambar ni. Satsuki to Mei no Uchi.

Bila kami keluar je, dia terus tutup. Tutup 2 bulan terus.

Sekian dulu buat masa ini. Byebye!

Thursday, 4 May 2017

Cuti - Cuti Jepun Edisi Kyoto Lagi : Romantic Train


Intro di bawah aku dah taip semasa kat jepun lagi. Sampai ke sudah tak terpost2 entry nya. Memang lah masa tu ada masa 3 bulan lagi sebelum balik, tapi masa tu kepala dah fokus nak balik je. Tak kuasa dah nak layan blog ke hape. Maka terbengkalai lah entry ni. Dah lama giler. Bulan 11 kot aku pergi kyoto nih. Tapi lantak pi lah kan. Alang2 dah upload gambar semua kan. Kiter proceed je lah kan. Sila bayangkan aku masih lagi kat jepun eh. Konnichiwa!

Sejujurnya... ku tak bisa... hidup tanpa ada kamu, aku gila...

Eh tak2. Takde la sampai gila. Cuma sejujurnya nak cakap bahawa aku kecewa dengan diri aku sendiri dalam bab blogging ni. Serius, aku tak nak sebenarnya membiarkan blog ni bersawang lama, lebih2 lagi selama mana aku masih tinggal di jepun ni ha. Sebab ini lah sahaja kot medium yang aku boleh mengeradau cakap apa saja yang terlintas di kepala aku. Sebab kalau di media sosial aku banyak reserve. Kalau kat fb aku selalu set privacy setting kepada only me. Bukan aku tak rajin update status tau. Sebenarnya banyak, cuma tu lah. Aku set cenggitu. Makanya untuk aku sorang je lah. Kalau di ig pulak, memang selalu aku post gambar, tapi tak sama la feel dia dengan fb. Kat fb kita boleh tulis bila2 masa je, tapi ig kena ada gambo la pulak kan. Tak geti pulak aku nak taruk tulisan kat ig semata2 sebab nak menyatakan sesuatu di situ. Bukan tak geti 'tak tau cemana nak buat'. Macam tak sanggup nak buat gitu. Sebab bagi aku ig tu tempat sharing gambo. Takde saper larang pun kan. Cuma, tu lah. Itu lah aku. Jadinya, blog yang hado ni lah sahaja landasan terbaiknya untuk aku membebel cenggini.

Aku rindu sebenarnya zaman mula2 aku sampai di jepun dulu. Setiap benda aku nak cerita, kan? Nyampah pulak kite nak baca ekekek. Sampai satu tahap, aku cuma cerita benda2 besar je, macam pasal aku gi jenjalan ke mana ke, atau pasal aktiviti bersama rakan2 yang lain seperti piknik, jamuan itu jamuan ini dll. Selain dari itu, senyap sunyi je kan? Sampai lah ke hujung tahun 2015 sehingga ke hari ini, krik krik krik je yang kedengaran bila lalu kat blog ni. Kenapa eh?

Tapi aku pun memang perasan, kebanyakan blogger yang duduk oversea ni pun sama dengan je. Bila dah hujung2 nak balik tu, derang pun membisu seribu bahasa. Tau2 dah balik malaysia setahun baru muncul balik. Itu pun sekadar nak buang sawang. Pastu sambung krik krik krik semula. Aku kalau boleh tak nak macam tu sebenarnya. Aku nak catatkan banyak kenangan di jepun ni sebab bukan selalu pun ia akan berlaku. Entah2 ini lah satu2 nya peluang aku dapat merantau ke luar negara. Lain la kalau encik suami ada hati nak buat post doc ke kan huhuhu. Doc pun huru-hara, lagi nak ber post-doc kan. Nak harapkan aku yang further study, memang TAK ar. Ha kau! bold capital lagi tak aku. Memang aku malas nak belajar lagi dah. Boleh dikatakan pembaziran kapasiti otak jugak la kan. Boleh je lagi menerima ilmu, ambik exam segala bagai. Cuma aku malas. Tak boleh nak buat apa lah kalau gitu kan. Tapi tak tau lah kalau satu hari nanti tiba2 aku mendapat hidayah ke kan. Asal usul kemalasan tu pun sebenarnya sebab aku tak nak pindah kerja ke tempat lain. Sama macam ctg, kalau cuti belajar pun nama kan pool ke jpa. Maknanya kena posting baru. Lain lah kalau kot2 nanti ni aku kena posting ke mana2 yang tidak diingini ke kan. Masa tu mungkin lah boleh aku fikirkan semula. Eh tapi bukan ke syarat umur hlp master 35 tahun kan? Ok abaikan.

Ok, nak dipendekkan cerita, kejadian ini berlaku pada penghujung musim luruh yang lalu. Musim luruh atau aki merupakan salah satu musim yang paling aku suka, selain musim bunga. Selain suhu ketika itu yang sedap, nyaman dan selesa, pemandangan sekitar alam juga tersangat lah indahnya. Berwarna-warni. Untungnya aku dapat melalui 4x musim luruh. Tak payah pergi ke tempat2 tertentu pun kita boleh tengok pemandangan yang indah2 tu. Tapi tempat2 tertentu tu lagi baik lah kan. 2 kali pertama musim luruh yang lalu, aku pergi ke korankei. Tahun lepas aku tak pergi ke mana2. Dan kali ini, sekali lagi aku ke kyoto. Eh, masa femli datang dulu pun kami pergi kyoto time autumn. Tapi masa tu lebih kepada nak pergi kyoto, bukan sebab autumn tu. Kebetulan je. 

Okeh, kali ni kami pergi bersama kawan2. Naik 2 kereta, 3 family 1 bujang. Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi, isi minyak dulu, kemudian jemput An & Rody kat rumah. Pastu terus ke kyoto ikut highway Okeh, kita teruskan tengok gambar je lah ek. 

Dah sampai di Arashiyama, Kyoto.

Terus pergi cari stesen romantic train sebab itu lah tujuan utama pergi ke sini.

Orang terlalu ramai. Berlingkar2 barisan nak membeli tiket.

Baru sampai depan pintu.

Nama stesen romantic train itu.

Syahmi dan Tina.


Dah dekat kaunter dah.

Memang la ramai, waktu puncak musim luruh.


Lepas beli tiket, bentang tikar dan makan kat tepi jalan je haha. Lantak la takde orang buat.

Alkisahnya, ada 3 option untuk naik romantic train (RT) ni. Satu, naik RT dari sini, pastu patah balik pun naik RT. Kalau ambik option ni, kena bayar 2x la untuk 2 hala. Satu hala je dah 1k+ (tak ingat dah). Kedua, naik RT dari sini, pastu patah balik naik train biasa. Train biasa tu murah je. Dalam 200+ gitu. Ketiga, naik train biasa dari sini, pastu patah balik naik RT. Dan keempat, naik RT dari sini, pastu patah balik naik sampan. Kalau suka thrill boleh la naik sampan ni. Kosnya sekitar 4k+. Kalau tak naik RT, naik je lah train biasa tu pergi balik. Tapi no point lah kan. Tak dapat tengok pemandangan cantik tepi sungai tu. Itu lah pun tujuan pergi ke sini kan. So, kami pilih option yang mana? Pilihan ketiga! Mulanya nak pilih option kedua, tapi sampai kat kaunter tu, tinggal tiket terawal jam 2 petang. Dah lambat nor. Tiket yang patah balik naik RT awal sikit, lebih kurang pukul 12+ gitu. So, kami akan naik train dari sini sejam sebelum waktu RT bergerak dari sana. Perjalanan dalam 20 minit gitu. Pastu kena berjalan kaki dalam 10 minit ke stesen RT. Ok, tak dapat imagine kan? Meh tengok gambar kot boleh faham.

Sementara tunggu time nak naik train, kami pergi jenjalan dulu sekitar arashiyama. 

Pokok maple sedang galak bertukar warna oren dan merah. Saya sangat suka!







Masuk ke perkarangan temple terbesar di arashiyama. Pemandangan gunung arashi tersangat lah cantiknya. Subhanallah...






Weols berlatarbelakangkan Arashiyama dan momiji.











Erk... batang buluh tu bergerak.

3 wifey.




Tak puas mata memandang.


Ok. Ni kami dah naik train dan turun di sebelah sana punya stesen RT. Kena berjalan sikit nak sampai ke stesen RT tu.

Tak nampak pulak nama stesen train tu. Namanya pun dah lupa.




Ah rindunya suasana ni...

Tu dia cakap lagi 400m nak sampai stesen Torokko tu. Lebih kurang 6 minit perjalanan jalan kaki.

Sebelum nak sampai tu, ada sawah padi pulak.




Nak lompat...

Ok abaikan.




























Ni tengah tunggu RT. Dia akan berenti kat sini sekejap turun dan ambil penumpang dan patah balik semula.


Yey dah sampai!

Apa yang romantic? Mula2 aku ingat dia dipanggil romantic sebab jalan slow macam bercinta gitu kan. Tapi lepas tengok jejak jepun zizan, dia kata sebab tempat duduk dia macam bangku, takde tempat letak tangan kat tengah. So ala2 romantik la  kalo duduk berdua. Gitu pulak hihi.

Antara pemandangan yang sempat ditangkap. Sepanjang sungai ni pokok2 momiji. Kalau musim bunga, pokok sakura pun banyak. Tak sempat dah la nak pi time musim bunga.



Tergezut hakak tau!




Ada jambatan landasan keretapi. Tu keretapi yang kami naik masa pergi tadi lah. Train tu banyak lalu bawah tanah. Gelap gulita je.



Boleh la lambai2 orang yang naik sampan tu.

Blur pun blur la. Itu je gambo yang ada.

Pastu kami turun di stesen arashiyama, bukan di stesen saga tadi sebab nak jenjalan kat bamboo forest.









Ummi tengah tido.



















Yang kiri sekali tu malaysian yang kami jumpa masa naik RT tadi. Derang dari kagoshima ke mana tah.


Manusia macam semut banyaknya.



















Sejuk2 pun beli aistrim. Aiskrim matcha dan soya.

Sudah di bamboo forest, kami pergi kimono forest pulak. Dah 3 kali aku pergi sini. Derang semua baru first time.










Takde gambar lain, tepek la jugak, tido2 pon.
Setiap tempat mesti nak ambik gambo ramai2 camni. Dah, selalu kami berjalan berdua je kan.



Selesai di situ, nak cari tempat solat. Tergezut badak masing2 tengok berapa kena charge parking. Cekik darah betul kyoto ni. Kalau tempat2 lain, tempat parking biasanya ada kadar maksimum yang bersamaan kadar parking sehari. Tapi kat sini, dia jalan terus. Sibbaik dah last dah pergi sini.

Memula kami pergi ke pusat islam, sekali tutup pulak hari ahad. Menjajo la cari tempat nak solat sebab dah nak maghrib. Last2 jumpa tempat parking temple dekat kiyomizudera. Sempat la solat zohor, asar, maghrib dan isyak kat situ. Pastu ada hati lagi nak pergi kiyomizudera. Ikut plannya, (aku yang buat plan, derang ngikut je) kami nak pergi 3 tempat. Tapi oleh kerana romantic train ni dah makan sehari, maka kami pergi 2 tempat je lah. Itu pun separuh jalan je. Sebabnya...

Manusia kat sini lagi lah macam ulat. Dari bawah lagi dah ramai orang. Sampai kat entrance dia lagi lah. Siap kena masuk batch by batch untuk beli tiket. Tu baru beli tiket. Dah lepas beli tiket, masuk tu dia lepaskan semua orang. Kiranya sape dah beli tiket boleh masuk. Maka jem la dalam tu.








Kami dapat masuk sampai platform belah sini je. Tak boleh nak ambik gambar dari arah sana sebab kat sana tu dah stuck. Maka kami pun patah balik terus keluar.





Nak dijadikan cerita, kami yang masuk tadi tu tak termasuk encik suami dan rody. Derang terpaksa cari tempat parking. By the time derang dapat parking, kami pun dah keluar. So, jumpa kat tangga masuk ni je lah.

Macam musim haji ramainya manusia.

Pastu jalan2 cuci2 mata je. Encik suami ngan rody dah siap makan dah laksa yang aku bawak. Kami ni je yang kelaparan. Mana tak nya, last makan yang tepi jalan pagi tadi tu. Tapi best la cuci mata kat kedai2 souvenir ni. Paling suka kedai kipas ni. Macam nak beli semua!

Paling murah 1000 yen. Itu pun coraknya printed. Yang mahal2 tu ada yang lukis tangan. Tak beli apa2 pun masa ni.

























Sebelum balik, kami singgah makan di Naritaya. Kononnnya nak makan ramen. Sekali kuahnya dah habis. Kalau nak kena tunggu sejam. Makanya kami pergi kedai sebelah dia, makan yakiniku.


Tapi aku order nasi daging aka gyudon.

Sedap!








Yakiniku pun sedap.


Pastu kami pun balik. On the way tu pasang gegar vaganza live hehe. Apa jadi laksa jdt ku yang tak dimakan tu? Balik tu aku panaskan, pastu besoknya aku bagi2 kan pada ahli rombongan. Sibbaik musim sejuk, tak sempat la dia basi.

Sekian sahaja. Jumpa lagi!