BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 23 May 2017

Mei & Satsuki's House : My Neighbour Totoro


Aku agak lambat mengikuti filem2 anime2 Jepun. Rasanya dah nak masuk tahun ketiga kot baru aku tengok. Sebab aku tak berapa suka tengok cerita kartun. Sejak kecik memang tak suka kartun. Kalau orang citer pasal mickey mouse ke, donald duck ke haper, aku sekadar tau je. Entah lah tak tau kenapa. Filem2 animasi kat wayang tu pun aku tak berapa suka. Pakkal citer frozen tu viral, kan. Kalau tak, aku pun tak terfikir nak tengok. Jadi aku ingat anime jepun ni pun lebih kurang sama la kan. 

Rupanya tidak! Anime jepun lain lor. Dia memang ada kartun2 sikit, tapi banyak juga cerita2 betul dalam bentuk animasi. Best lah! Suka bila tengok suasana sekitar jepun dilukis sebegitu rupa. Kira boleh relate lah. Dulu tengok doraemon sekadar tengok je. Sekarang tengok sambil dok perati rumah dia, pokok dia, tiang letrik dia, jalan raya dia, kira semua la aku perati. 

Jadi, apa kaitannya dengan entry ini? Ok, dalam banyak2 anime yang popular tu, ada satu anime yang sangat popular di jepun iaitu My Neighbour Totoro. Sejak aku tengok citer ni, mana2 pergi aku boleh nampak gambar totoro ni. Sampaikan noritake pun ada buat pinggan mangkuk totoro ni. Dan kebetulan pula, kat Nagoya ni ada satu tempat yang dibuat sempena memperingati anime totoro ni, iaitu rumah mei dan satsuki. Kalau saper2 tengok citer ni mesti tau lah cemana rupa rumah mei ni. 

Maka, pada bulan Januari yang lepas, sehari sebelum rumah tu ditutup selama 2 bulan for maintenance, kami telah berkunjung ke rumah tersebut. Terpaksa pergi time tu jugak sebab kalau tak memang tak sempat lah nak pergi dah. Time tu suhu tengah betul2 sejuk. Hari pulak hujan. Aku pulak pakai kasut sukan. Encik suami tak bawak glove. Memang mendapat lah beku kaki tangan. Nak sampai ke sana pulak, jem kat depan aeon yang baru bukak kat Nagakute. Kira bukan masa yang tepat lah untuk pergi sepatutnya. 

Sampai2 je sana, kena berjalan kaki sejauh 500m untuk ke rumah tu. Ada disediakan shuttle bus, tapi macam jauh la pulak bas tu nak pusing taman tu sebelum sampai ke rumah tu. Time pulak dah petang, dah nak tutup dah tempat tu. Kami sampai tu pun dapat trip terakhir. Kaedahnya derang bawa masuk sekitar 30 orang untuk sekali trip 30 minit. Rumah tu kecik je, memang tak muat pun kalau masuk ramai2. Pastu dia ada guide yang akan bagi penerangan. Tapi dalam nihongo la. Kami buat2 paham je lah. 

Ok, jom tengok gambo. Aku nak cerita banyak pun dah lupa. 

Di pintu masuk.

Ada jambangan bunga dan buluh di kiri kanan pagar rumah dia. Jambangan tu sempena new year. 

Walau pun aku kata 30 orang 1 trip, tapi masa kami pergi tu, trip kami ada 4 orang jek hihi. Hujan2 cenggitu, sape lah yang nak datang situ, kan. 

Kalau dengar pun dia cakap, bukannya faham. Elok kiter bergambar.

Ni kat depan pintu rumah diorang. Aku tak perasan pintu ni dalam filem tu.

Kat dalam tak boleh ambik gambar. Encik suami suruh bukak pintu tu untuk ambik gambar dalam dari luar. Tapi aku adalah penakut, tu yang bukak kecik je tu hehe.

Depan rumah. Kat dalam tu ialah ruang study bapak diorang. Kan bapak dia lecturer kan. Banyak la buku2 lama kat situ.

Diorang sengaja buat tiang rumah macam tu, sama macam dalam filem. 

Kat lubang ni lah Mei nampak anak2 totoro tu masuk.

Baldi berlubang ni pun ada.

Perigi.



Tepi rumah,

Kat sini boleh ambik gambar yang nampak dalam rumah.


Oh, actually diorang ada bagi satu kertas yang mengandungi gambar benda2 yang kita kena cari dalam rumah ni. Kira macam permainan la kan. Antara bendanya tu ialah kasut, bento box, baju dll. Tapi yang best nya bila kat dalam rumah tu ialah bila tengok bilik air dia, tangga naik ke loteng dan dapur. Kira boleh relate la. Macam comel je gitu.

Guide tolong ambikkan gambar. Awkward kan gambar ni? Sebab dua2 pakai payung, tak boleh nak rapat2 haha.


Kat depan rumah ni diorang letak tiang bus stop ni. Bus stop di mana diorang tunggu bapak diorang balik sampai Mei tertidur dan Satsuki pertama kali jumpa Totoro.

Kebetulan scene tu pun hujan dan satsuki bagi payung dia kat totoro. Kecik je payung tu banding ngan totoro.


Depan rumah pun ada sungai. Tapi sungai ni agak besar la. Dalam filem tu kecik je sungainya.

Cuaca gelap, tak geti nak adjust kemre ni cemana.

Guide tu sabar je menunggu kami keluar. Dah lebih 30 minit nih.




Tido pun tido la. Nak jugak taruk gambar ni. Satsuki to Mei no Uchi.

Bila kami keluar je, dia terus tutup. Tutup 2 bulan terus.

Sekian dulu buat masa ini. Byebye!

0 komen: