Tuesday 18 October 2016

Review Geli2 Gegar Vaganza 2016 - Minggu Pertama

Haluuu! Hehehe dengan tak malunya iols muncul kembali di arena gegar vaganza untuk musim ketiga ini demi melakukan sedikit review geli2 sebagai hiburan diri sendiri dan para pembaca sekalian. Kenapa aku kata 'tak tau malu' tuh? Sebab dalam korang sedar atau tidak, sebenarnya aku belum atau tidak atau tak sempat lagi membuat review bagi konsert akhir gv2 yang lalu. Boleh? Ko ade? hahaha. Bukan tak nak. Bukan jugak tak cuba. Tah dah berapa kali tah aku ulang tayang konsert akhir tu semata2 sebab nak wat review. Tapi apakan daya, serunya tak sampai. Habis je tengok tu terus lupa nak tulis, lalu lupa la semula apa yang berlaku. Atau sebenarnya aku takde masa la kot. Aik? Cuti tanpa gaji pun takde masa ke? Erkkk nanti lah aku cerita pasal tu. Sekarang takleh cerita lagi. Tengok lah nanti, kot2 sampai serunya, ada lah. Review ajl pun tak sempat uols. Adeh... macam takkan berlaku je?

So, ada apa dengan gv3? Awal2 lagi aku dah tau yang gv3 akan muncul sebaik sahaja selepas tamat af2016. Sebelum tu aku ada juga terjumpa video audition gv3 ni kat youtube. Tau lah siapa yang pergi audition tu. Ada siti sarah, safura, rem tah sape lagi tah. Harap sangat safura dapat masuk, tapi hampa. Aku dah siap terfikir dah nanti apa nak tulis kat review ni pasal safura tau. Sampai ke situ dah.

Sejujurnya peserta tahun ni takde yang betul2 aku minat. Semua sama rata. Tah, musim2 yang lepas ada jugak feveret dari awal. Ni macam kena tengok dulu baru tau nak minat sapa.

Ok, jom kiter ulas persembahan setiap peserta pada minggu pertama ini...

Nora - Di Persimpangan Dilema

Bila dengar lagu ni, memoriku terus terbayangkan suasana rumah lama kami. Lokasinya di ruang tamu atas yang ada kerusi kusyen dengan sarung warna biru muda. Ada corak kipas kat sarung tu. 1994 tu aku baru form 3, rumah belum renovate lagi. Bagi aku nora ni mempunyai vokal yang power dan bersih. Kalau dengar dia tarik tinggi2 tu takde lah sakit telinga sebab dia bukan nyaring, tapi lantang. Lagu ni aku takde lah suka sangat2. Biasa2 je. Aku lagi suka lagu dendam dalam diam. Lagu sandiwara pun best. Tapi lagu ni paling popular kot antara yang lain2 tu kan.

Persembahan beliau pada malam tu agak rileks. Ala... lagu sendiri kan, takyah berusaha sangat pun boleh keluar sebiji macam dalam kaset. Rasanya dalam bab vokal, takyah risau sangat lah dengan nora ni. Tinggal lagu la pulak, sesuai ke tidak dengan dia. Pastu macamana dia deliver lagu tu. Kalau setakat lagu pop, balada atau tradisional aku rasa takde masalah kot.

G-mie Screen - Tak Suka Tak Apa

Zaman group S. Masa tu banyak nama group bermula dengan huruf S. Screen, Spoon, Sting, Scoin, Spring, Success, Sweetchild, Samudera etc. Dalam banyak2 ni aku paling suka kumpulan Sting kot. Selain lagu tak suka tak apa ni, lagu yang lebih popular ialah lagu bila cinta didusta. Tapi rasanya lagu tu dah selalu dia nyanyikan kalau jadi jemputan kilauan emas ke hape.

Eh, mengenai persembahan pada malam itu, biasa2 jer. Macam nyanyi kat kenduri kawen je kekdahnya. Derang semua ni tau yang minggu pertama ni takde penyingkiran, sebab tu takde usaha gigih sangat nak memikat hati juri.

Intan Sarafina - Kembali

Entah kenapa sejak dulu aku memang tak minat intan ni. Tak gemar suara dia yang kepit tu. Alaaa cuba dengar ada part2 yang dia kepit suara dia. Intan ni seangkatan dengan nana, syura. Angkatan yang, bagus la macamana pun tetap takleh celen tokti. Asal pompuan je semua suara macam tokti. Maka seeloknya balik kampung dan kawen je lah. Tapi intan ni akal panjang sikit, dia join AA sebagai FA. Tak perasan pulak aku bila masa dia kawin dan beranak pinak dan berenti keje fa tu. Agak lama la kot sebab sempat beranak 3 kan.

Lagu ni keluar dalam tahun 2000. Sampai sekarang pun aku tak tau tajuknya. Macam tak kena je tajuk ngan lagu dari album pertama. Orang kalau buat comeback baru la sesuai tajuk album dan tajuk lagu kembali ni kan? hihi. Pastu intan ni memang susah nak senyum ke hape tah. Ketat je muka. Sampai abam tu masuk pun ketat je.

Persembahan pulak takde apa nak dibanggakan sangat. Terganggu dengan suara kepit dia kot. Jap aku nak tengok part mana suara kepit tu keluar... ok, aku perasan ada 3 tempat. Satu, masa awal2; cinta yang makin terpendam dalam meniti 'USIA'. Kedua, tak jauh; berputik dihati kita yang kian ditinggalkan jauh oleh 'MASA'. Dan ketiga, kat tengah2; mengulangi kesilapan 'SEMALAM' biarkan berlalu. Tak banyak pun, tapi i is terganggu ok. Eh, rasanya macam kebanyakan perkataan yang hujung nya huruf A dia kepit cenggitu.

Rem - Semua Orang Tahu

Musim pertama dia pernah berduet dengan zarina (lupa lak nama penuh dia, tapi yang lagu langit ketujuh tu) lagu muara kasih ke ombak rindu tah. Dua2 orang tak mendapat komen positif kiki. Lagu ni keluar tahun 1997, zaman aku lepas spm. Aku tak berapa suka lagu ni berbanding lagu selingkar kasih. Isy, kalau tengok list album dia, macam tetiap tahun buat album dari 1997 sampai 2004, tapi kenapa aku macam tak pernah dengar je lagu2 dia selain sot dan selingkar kasih eh? Lagu raya ngan ajai tu tau lah.

Mendengar lagu ini, terus teringat persembahan aidil dalam af3. Sumbang mambang. Tapi bila rem nyanyi sedap jek. Eh, dah memang lagu dia kan, mesti lah sedap. Tapi tetap lah tak menjadikan aku minat kat lagu ni. Kalau tengok gv yang lepas, nana sorang je yang dapat nyanyi lagu sendiri 2 kali. Kan? Jadi, peluang nak tengok persembahan selingkar kasih heols agak tipis la.

Azharina - Elegi Sepi

Suka lagu ni! Seingat aku lagu ni boleh dikatakan 'fenomena' la jugak pada masa tu. Sekitar tahun 2004 2005 gitu. Zaman aku baru2 kawen. Pernah menang pertandingan nyanyi2 kat rtm yang azwan ali jadi hos nya tu. Hits1 kot ek? Dengar lagu ni terbayang2 rumah sewa kami kat bukit perdana sebab aku tengok hits1 tu kat rumah tu rasanya.

Tapi persembahan sheols sekarang dah ala2 dayang nurfaizah la pulak. Sangkut2 nak sebut satu perkataan tu. Keseluruhannya, best jer bagi aku.

Zur Eda - Lama Tak Jumpa

Sejak kemunculannya selepas persembahan haiza tahun lepas, aku berharap sangat dia tak masuk gv3 kekeke. Sekali masuk la pulak. Patut masukkan safura tu lagi best. Mintak2 sekejapan je lah sheols berada dalam gv3 ni.

Lagu ni tahun bila entah. Sekitar 80-an la kot. Dah, itu je.

Zarul Umbrella - Ramalanku Benar Belaka

Lagu wajib karok! Eh, korang tau tak asal usul karaoke? Aku pun baru tau yang dia berasal dari jepun. Perkataan karaoke tu gabungan perkataan kara dan oke. Kara tu maksudnya kosong. Oke tu pulak kependekan bagi orkestra. Jadi karaoke tu kira orkestra kosong la. Haaa menarik tak?

Zarul umbrella ni tersangat lah femes semasa zamannya sebab kehenskeman beliau. Sekitar tahun 1994 gitu, maksudnya aku form 3. Lagu ni mengimbau kenangan aku ke rumah kak onnie kat chini. Kenapa ek? Pernah masuk ajl ke lagu ni ek? Logik la. Lagi pun zaman tu aku kerap jugak pergi rumah tu time cuti sekolah hujung tahun. Ajl kan selalu hujung2 tahun gitu. Bila kak onnie balik kota je, baliknya aku ikut balik chini sekali.

Persembahan dia malam itu agak ok. Suara masih sama macam dulu2 jugak.

Shidi Data - Permaisuri

Bila dikaji2, ada 2 3 lagu kumpulan data yang best. Mengulit kenangan, nyanyian rindu buat kekasih, tunduk  mengalah dan permaisuri. Eh, aku suka la semua lagu2 ni! Di zaman kumpulan S dulu, tiba2 data ni je tak S. Lagu permaisuri ni sejenis lagu yang di hujung2 bibir. Tengah basuh pinggan pun kekadang tiba2 ternyanyi lagu ni. Satu lagi lagu cenderawasih - kris. Sape biasa camtu? Biasanya lagu yang kita ternyanyi ni lagu yang kita baru lepas dengar ke kan. Yang ni tak. Bila2 boleh datang ilham tu.

Kalau lagu permaisuri ni pulak memang ada dalam playlist aku. Kat laptop dan kat kete. So, memang selalu jugak lah dengar. Bila tengok video klip data ni nampak beriya2 ar shidi ni nyanyi. hiks. Persembahan dia malam tu pulak ala2 santai je. Macam sekadar menghiburkan je gitu. Bukan nak bertanding sangat. Tapi ok lah.

Razis Ismail - Kepulangan

Ingat tak last year aku pernah cakap, penyanyi ni, kalau boleh hit high note kita takde heran sangat. Tapi kalau boleh turun low note, tu baru lah power! Dan lagu ni adalah lagu yang paling lowest note sekali. Susah kot nak bawak lagu rendah camni. Persembahan beliau pun agak struggle part low note tu kan. Tapi rasanya persembahan beliau juga yang paling cantik dinamik nya. Best je dengar semua penonton nyanyi sama2 kan? Dramatik gitu. Walaupun lagu ni teramat lah lama nya, tapi sentiasa segar di telinga kita, kan? Rasanya bukan sinarfm je yang selalu pasang lagu ni. Radio2 biasa pun kita boleh dengar lagu ni.

Lagi satu, aku pernah blog pasal razis ismail ni. Ingat tak entry buku drama ala komik? Aku asal dengar je lagu dia, mesti ingat buku drama tu. Selain lagu wahai kekasih jugak (sila klik link di atas kalau nak tau). Alahai... lagu kepulangan ni tahun 1986 kot. Aku baru darjah satu hoi! Tapi terasa masih segar lagi. Ni baru betul lagu yang evergreen.

Dan satu lagi, razis ismail ni masih henskem macam dulu kan? kikiki. Dia bukan lah awet muda macam nassierwahab sangat, tapi tetap kelihatan menawan, gitu. Mungkin sebab muka dia jenis smiling face gitu kan. Macam sentiasa senyum jek sepanjang masa. Dulu2 nampak lonjong muka dia. Sekarang dah nampak bulat pulak. Mungkin sebab dulu rambut dia panjang tu yang melonjongkan muka tu. Bak kata pepatah aku cipta sendiri, bulat air kerana pembentung, bulat muka kerana tudung hehe. Tapi dalam kes ni bulat muka kerana rambut ar. Tak rhyme la tapi.

Eh dah melalut pulak. Ko nak review pasal gv3 ke pasal razis ismail? Alaaa, nak ulas apa pasal persembahan heols tu. Best je lah. Yang penting review geli2 aku mesti nostalgia lagu yang dinyanyikan. Gitew konsepnya.

Siti Sarah - Jangan Kau Mimpi

Ok, dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku adalah #teamsitisarah hehe. Dalam banyak2 peserta yang aku tak minat sangat, siti sarah ni yang paling aku minat la kot. Paling aku suka lagu dia ke hujung dunia.

Nak dijadikan cerita, baru2 ni, dalam 2 3 minggu lepas kot, time dalam kereta, terkeluar lah lagu ke hujung dunia ni. Tapi versi rakaman sendiri kat rumah ke kat mana tah. Memang teruk giler bunyi nya, bergaung katanya. Encik suami marah betul bila aku download lagu cenggitu. Cecepat disuruh delete. Sebenarnya aku baru je download lagu tu. Biasanya aku download kat 4shared. Kan selalunya ada banyak file. Aku pun download je lah mana2 tak dengar dulu pun. Dan selepas download versi bergema tu pun aku dah download yang elok punya. Kalau tak silap aku dah delete pun file lagu bergema tu. Tapi tak sangka pulak aku delete tu selepas transfer ke pen drive fm modulator tu. Maka keluar lah lagu tu dalam kereta. Tu pun nak cerita hehehe.

Sayangnya... dia tak dapat nyanyi lagu kesetiaan dalam konsert pertama ni. Maybe production nak cukupkan lagu rancak kot kan. Tapi persembahan jangan kau mimpi tu pun meletup jugak apa. Memang layak lah dapat hadiah apa tah dari dsv tu. Tapi kalau dapat lagu kesetiaan atau ke hujung dunia tu aku lagi suka la. Rasanya aku suka suara dia kot. Ini aku panggil lunak.

Kalau bercakap pasal dia ni, aku ada 2 kenangan je kot. Satu, aku pernah ternampak dia kat jalan TAR suatu ketika dulu. Zaman dia rambut karat boipren oramputih tu. Tak sangka akhirnya dia kawin ngan shuib sebab tengok dulu dia ni macam ala2 urban gitu kan. Tapi aku suka la couple ni. Sweet jek.

Dan kenangan kedua pula ialah semasa aku pergi tengok konsert apa entah kat stadium shah alam sempena hari keputeraan sultan selangor. Tahun berapa tak ingat. Sekitar 2000-2002 gitu lah kot. Konsert tu free je rasanya. Pastu masa konsert tu dia nyanyi duet ngan jamal abdillah lagu sandarkan pada kenangan. Memang tengah meletup2 lagu tu masa tu. Dah, itu je ceritanya. Kesimpulannya, tak sabar nak tengok persembahan teratai layu di tasik madu minggu depan.

Elly Mazlein - Usah Disimpan Bara Yang Tersimpan

Ni sorang lagi penyanyi klon tokti katanya. Tapi kenapa aku tak ingat elly ni popular dengan lagu ni eh? Biasa la dengar lagu ni. Tapi rasanya lagu yang mempopularkan dia ialah lagu sutera kasih kot. Tetiba teringat yang aku suka lagu sutera kasih tu masa tu. Pastu lagu biar pilu ada penawarnya, tega, janji kekasih pun best2. Tapi lagu bara ni pun sedap jugak. Dengar sekali je terus perasan melodi dan instrument yang digunakan lebih kurang lagu tokti, nian dihati, sekaligus kenal ini lagu azmeer. Gitu. Kalau lagu nian dihati tu aku ingat sekitar tahun 1999 zaman aku duduk kolej seroja 2. Eh, betul la. Sama lagu ni pun 1999 jugak. Agaknya masa tu azmeer suka instrument tu kot. Tak tau apa nama benda alah tu.

Oh, rupanya baru2 ni dia ada single juga ek. Lagu sabar lah hati terbitan kru. Patut rasa macam kenal suara penyanyi dalam lagu tu. Sekali dengar intro ingat lagu tokti. Part dia sebut 'lagi lagi lagi' tu macam selalu dengar. Best jugak lagu ni. Lagu ni ost untuk cerita apa ek? Macam biasa dengar la. Tak ingat pulak.

Persembahan pada malam tu bagi aku best. Di topup pulak dengan kemunculan abam di hujungnya, tambah menampakkan keberadaan dia dalam gv3 ni. Boleh la buat bahan.

Ameng Spring - Sejiwa

Setiap musim mesti ada peserta sejenis ni ek? Mula2 mamat, pastu ezad, sekarang ameng pulak. Next year saleem kot. Ingat tahun ni zamani.

Lagu sejiwa ni membawa aku ke sekolah bandar mas. Jap nak tengok. Ok, 1991 aku darjah enam. Maksudnya aku dengar lagu ni time dah form 1 lah kot. Mungkin 1991 tu dah hujung2 tahun ke kan hehe. Bila sesekali terdengar lagu ni memang terimbas ke sekolah tu. Takde lah peristiwa penting ke hape. Cuma teringat.

Persembahan beliau biasa2 nya bagi aku. Tapi suara dia masih sedap la. Tapi tak selemak ezad dan sedalam mamat la. Nak kata bukan suara taste aku la sebenarnya hehe.

Okeh, seperti yang sudah dijangka, tiada penyingkiran. Dan lagu2 minggu depan kebanyakannya sesuai dengan diri masing2. Jadi, nanti review kedua minggu depan (kalau sempat)!



0 komen: