Monday 26 September 2016

Cuti - Cuti Jepun Edisi Sendai : Pertama Kali Naik Shinkansen


Alkisah kejadian ini berlaku sebulan yang lalu iaitu pada 22 hingga 25 Ogos 2016. Sebenarnya bukan pergi bercuti pun, tapi encik suami yang pergi konferens. Aku memang dari dulu dah teringin nak pergi ke sendai ni. Sebab nak tengok tempat tsunami 11 Mac 2011 tu. Tapi sudahnya tak dapat tengok jugak sebab kami tak pergi naik kereta. Memula tu memang nak pergi naik kereta sebab nak singgah Ibaraki kononnya. Nak tengok pokok bulat2 kat Hitachi Seaside Park tu. Sekali tengok kalendar rupanya pokok tu akan berwarna merah time autumn nanti. Apa ke hey nak tengok pokok hijau je kan. Walaupun bulat2. Jadi, cancel naik kereta dan jadi naik shinkansen. Yeay! Teruja nya pertama kali nak naik shinkansen hehehe. Kesian tau dah 3 tahun baru ni dapat naik shinkansen. Lagi pun encik suami boleh claim tiket shinkansen dan macam tak pernah pulak diorang claim mileage ke hape. Dah lah jauh 8 jam nak sampai ke sinun. Tetiba tak boleh claim pulak. Tak ke rugi tu. Jadi, mari lah mulakan cerita kembara ke Sendai menaiki shinkansen ini... (encik suami cakap, tulis best2 tau. apakah?)

Seperti biasa, bila menaiki kenderaan awam ni, benda yang paling aku takuti ialah kena tinggal ketapi hihihi. Jadi, walau pun tiket kami pukul 8.22 pagi dan perjalanan dari rumah ke meieki tu lebih kurang 30 minit jek, tapi pukul 7 pagi lagi kami dah gerak dari rumah. Sebabnya kena ambil kira nak bersesak2 dengan orang ramai yang nak pergi kerja kan. Memang betul pun! Baru naik subway dari rumah ni pun dah kena melekap kat pintu train tau. Orang sibuk smart2 coolbiz nak pergi keje, ko boleh pulak menyemak dengan luggage kan... Pastu dah sampai meieki manusia punya la ramai bergegas2 berlari2 bagai, ko pulak terhegeh2 menjinjit beg panjat tangga. Jadi kesimpulannya, memang benar lah tindakan keluar rumah awal2 itu. Tu belum kira tiba2 rasa nak terkucil terberi dan2 tu pulak kan. Hadoi... aku ni nak naik shinkansen pun sampai butterfly in my stomach tau. Tah pape.

So, kami sampai di meieki dan terus menuju ke shinkansen entrance. Sebenarnya aku tak dapat bayangkan macamana suasana track shinkansen tu hahaha. Atau lebih tepatkan lagi suasana sekitar tempat berlepas dia. Pastu aku risau kalau tersalah naik train. Masalah ini boleh berlaku kalau kami beli tiket non-reserved la. Tapi kami punya tiket adalah reserved. Maksudnya dah booked seat siap2. Kalau non-reserved kita boleh naik mana2 train kot dan kebarangkalian untuk kena berdiri juga. Teringat kisah member indonesia aku si milah yang baru datang semula ke nagoya minggu sebelum tu. Dah lah dia baru turun dari katebang kat tokyo tu. Pastu naik shinkansen ke nagoya kena berdiri pulak. Dengan anak kecik, dengan luggage besar, dengan kemain ramai orang sebab tengah cuti obon (musim panas). Sibbaik lah sejam pat puluh lima minit jer. Tapi tu pun terasa lama la jugak kalau dah berdiri tu kan. Jadi, lesson learned, kami book seat walau pun mahal lah jugak.

Di sini lah gate masuk nak naik shinkansen di Nagoya Station. Ada north dan south entrance. Lenkali kalau naik reserved car, sila masuk south entrance ya. Sama je platform nya, cuma tak perlu lah jalan jejauh.

Nak lalu gate ni pun satu hal jugak. Tiket yang dibeli tu ada 3 keping untuk sehala. Satu tiket utama laluan Nagoya-Sendai. Dua tiket reserved seat Nagoya-Tokyo. Tiga tiket reserved seat Tokyo-Sendai. Ceritanya kami kena tukar train kat tokyo tu sebab train dari nagoya ni sampai ke tokyo je. Jadi yang menjadi hal nya ialah, nak cucuk tiket yang mana kat gate tu? hahaha. Memula kami cucuk tiket utama je. Tapi lampu merah dan gate tak terbuka. Pastu tengok orang kiri kanan baru tau, kena masukkan 2-2 tiket; tiket utama dan reserved seat nagoya-tokyo. Kisahnya.

Dah masuk tu, baru pukul 8 pagi. Duduk lah dulu kat ruang menunggu tu. Sempat lah aku ke toilet memberikan diri yang nervous nih. Toilet pulak takde washlet. Hadoi... memang semua stesen keretapi kat nagoya ni takde washlet kot.

Kendian kami pun naik ke platform. Sedang menunggu, sebuah shinkansen berwarna putih. Tapi bukan yang kami akan naiki. Apa lagi, kena lah ambik gambar kat depan ketapi kan.

Gitu rupa kepala shinkansen dia. Buruk sikit lah sebab model lama.

Baru sampai sini je pun dah ketibas. Panasnya wehhh...

Yang tu waktu berlepas train kami. 8.22am.

Wefie dalam ketapi.




Ada pramugari jual jajan hihi.

Seterusnya ialah gambar2 pemandangan sepanjang perjalanan ke tokyo. Konon nak tengok fujisan, sekali tiba kat situ mendung la pulak. Langsung tak nampak bayang.

Sawah2 terbentang.



Jalan ke mana2 pun kat jepun ni, mesti ada sawah padi.

Sampai2 je kat tokyo, kami ada masa 20 minit untuk tukar train. Sebelum ni aku dah study dah pasal tokyo station ni. Katanya ada banyak track. Takutnya lah kalau tersalah track dan kena tinggal ketapi. Sibbaik jumpa! Tips nya, keluar2 je dari train tu, ikut je semua orang turun ke bawah. Sebab kat tingkat bawah tu je tempat pertukaran entrance gate dia. Kali ni nak cucuk tiket mana pulak? Ofkos la tiket utama dan reserved seat tokyo-sendai, kan? Tak!!! Tak terbuka pun gate tu kalau buat cenggitu. Sibbaik station master ada je berdiri kat tepi tu. Dia suruh masukkan 3-3 tiket termasuk tiket reserved seat nagoya-tokyo tadi. Dan tiket yang itu pun kena telan. Holoh... takleh simpan wat kenangan.

Jadi, sebelum tiket ni pun kena telan, kiter ambik la gambar dengan dia huhuhu.


Naik2 je kat platform, train kami dah sampai. Baru aku nak menuju ke pintu train, terus pintu dia tertutup. Oh my! Jangan tinggal dakuuu!!! Kencang giler jantung ku berdegup seperti genderang mau perang gitu. Tapi sempat terfikir, kenapa dia nak jalan awal? Ada lagi 10 minit kot. Sekali tengok ke dalam, takde orang duduk pun. Rupanya derang tengah bersihkan. Ooo yang 7 minit tu ek. Fuh! Kusss semangat. 

Kali ni tak dapat duduk sekali. Aku duduk dengan sorang obasan.


Dalam train sempat lah lelap sepicing dua. Dari nagoya tadi pun sempat lelap jugak. Terjaga terkejut sebab dengar suara announcement. Ingat dah nak sampai dah. Tak ingat pulak berapa kali dia berenti. Kalau dari nagoya tadi dia berenti 2x. Sekali kat yokohama, sekali dah dekat2 tokyo. Yang ni rasanya dia berneti kat fukushima kot. Ke dia slow down je tah. Ah dah lupa  lah. Sampai2 je di sendai, turun je dari train, cecepat berlari ke kepala keretapi nak ambik gambo.

Waaa train yang kita nak naik ni cantik la... macam muncung itik.



Dari sini kami terus ke stesen subway nak pergi ke lokasi konferens. Kat sendai ni ada 2 line je. Kami naik tozai line. Rupanya tozai line baru je beroperasi tahun ni. Line pun pendek je. Nak pergi ke sendai international centre (koukusai centre) tu pun 3 stesen je dari sendai eki.

Dah sampai koukusai centre.

Sampai di sana, encik suami nak register tutorial session, tapi person incharge pulak tengah lunch. Sementara tu duduk je kat situ. Jumpa ngan member meikoudai nagoya ngan sorang staf utm pompuan. Dalam pukul 1.30 petang, encik suami pergi tutorial dan aku melanguk lak kat lobi tu sampai tersengguk tah berapa kali tah. Lama giler kot. Katanya habis pukul 4 petang. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 5 kot baru habis. Lama giler rasanya. Nyesal pulak tak bawak buku cerita. Wifi ada tapi tak tau password. Dah last day baru tau password dia. Ceh! Sempat jugak rasa gegaran gempa. Oh, masa dalam shinkansen tadi ada banyak alert pasal taufan #9 yang akan menerpa sendai pada hari itu.

Tengah menunggu tu aku ternampak seseorang yang macam aku kenal. Rupanya arai sensei hehe. Ingat lagi aku muka dia rupanya. Nampak dia macam menunggu seseorang. Rupanya menunggu encik suami haha.


Lobi koukusai centre.

Benda alah ni macam 'trademark' sendai ar.

Setelah penat menunggu...

Pastu kami balik ke sendai eki dan check in hotel. Basah kuyup wehhh. Hujan lebat. Yelah, time2 taifu ni memang salu hujan lebat. Dah la kena panjat jejantas pulak tu nak smapai ke hotel tu. Syahdu je rasa.

My first hotel stay since... setiap inchi bilik aku belek hehe.




Lain.

Sempit giler bilik ni.



Memula tu plan ngan member uthm nak makan malam kat luar malam ni. Tapi oleh kerana tengah taifu ni kan, maka kiter amalkan perintah berkurung je lah. Sebenarnya tak kisah pun kalau tak makan kat luar sebab aku dah bawak lauk cukup untuk 3 hari 3 malam ni. So, malam ni kami makan lauk yang dibawa tu je lah.

Masak nasi dan panaskan lauk je. Tu bukan kari ayam.

Besok tu encik suami dah keluar pagi2. Sementara tu aku melepak je layan AF haha. Tengahari tu lepas zuhur baru lah aku keluar jenjalan di sekitar sendai eki. Cuaca masih mendung.


Masa berjalan dari shinkansen nak ke subway semalam ternampak bookoff. Tak berapa best sebab takde pinggan mangkuk hehe. Lebih kurang macam sakae punya. 



Best pulak loft ni. Kat nagoya punya pun aku pernah pergi sekali je. Itu pun terus pergi tingkat atas sekali sebab nak beli stokin montbell masa nak panjat fujisan dulu.











Hasil tangkapan ku. Tak tau nak buat apa lagi. Sayang pulak nak buat minum2 hihi.

Setelah penat dan sakit kaki, aku pun balik hotel. Tak lama tu encik suami pun balik. Sempat beliau jenjalan kat sini jugak. Siap beli kasut lagi. Sebabnya kasut formal yang bawak dari mesia dah sopak. Lama tak pakai kan. Duduk dalam gerobok tu jer panas sejuk panas sejuk8x.

Malam nya kami keluar makan dengan member uthm. Ada 3 orang kat sini, 2 electrical, sorang mechanical. Tapi yang mechanical tu buat postdoc. Derang jemput kami di hotel. Sekali rupanya kedai makan tu belakang hotel tu je. Balik tu kami jalan kaki je. Jumpa2 je derang, rupanya wife member mechanical tu sama2 kelab fotografi ngan encik suami masa kat utm kl dulu.

Restoran yang kami pergi ni ialah restoran palestin. Kira makanan arab ar. Diorang pun tak pernah makan kat sini sebenarnya. Giler lama order sampai. Ada sejam lebih kot.
Aku makan lamb shawarma. Takde menu nasi2 arab. Kalau nak kena order sehari sebelum.

Orang parit raja.


Hari rabu, aku tak keluar tengahari sebab nak keluar ngan encik suami petang nanti. Petang lepas asar encik suami balik dan kami pun keluar jenjalan di ichiban-cho. Ni tempat ala2 osukannon+sakae ar kalau kat nagoya ni. Besar jugak tempat ni. Dan kebanyakannya berbumbung.

Ada banyak lorong, tak sempat nak jalan semua.



Basikal idaman?








Terjumpa line store. Best! Comel2 semua benda.

Macam biasa, beli fridge magnet je la.
Besar betul brown tu. Gebu!


Cony pakai kimono. Comeyyy...




#teamcony






Jumpa kedai tottoro jugak.




Last sekali kami tunggu member semalam kat depan disney store ni sebab derang nak bawak kami makan sushi, yeay! Nama kedai sushinya ialah kirara sushi.


Jauh jugak nak pergi makan sushi ni. Memula dah sampai satu kedai ni, sekai tutup pulak. Pergi branch lagi satu baru bukak. Kat situ, jumpa member meikoudai sekali lagi. Dia geng orang bujang2 je.

Weols with masnani. Dulu kami duduk setaman sebelum dia beli rumah kat melewar3.

Ebi roll.

Bahagian sirip ikan.

Rasanya kat sendai ni macam tak jumpa unagi. Ini spesis asago. 

Hotate/scallop cheese. Sedap nya ya Allah! Bila jenjalan ni aku belasah je makan seafood ke hape. 

Kenapa banyak gambo wefie? Sebab aku tak bawak kamera hehehe. Harapkan pada kamera henfon je.

Bersambung...

0 komen: