Tuesday 27 September 2016

Cuti - Cuti Jepun Edisi Sendai : Matsushima Bay & Fukuurajima





Hari khamis kami dah nak balik. Tapi program encik suami belum habis. Pagi tu encik suami pergi sekejap, pastu balik semula time check out dan kami terus pergi jenjalan lagi. Sebenarnya sensei dah balik semalam, tu yang boleh jenjalan ni. Kalau dia ada kena attend semua seminar ok. Siap kena buat report lagik.


Selepas check out, kami terus pergi sendai eki dan simpan luggage dalam locker. Locker paling besar 700 yen. Pertama kali juga guna locker ni. Fefeeling tourist sangat. Pastu terus beli tiket densha nak pergi ke matsushima bay. Densha ni  macam komuter la, keretapi atas tanah. Tapi takde la slow macam komuter tu huhuhu. Katanya matsushima ni cantik. Antara 3 tempat tercantik di jepun katanya. Tak macam pun? hihihi. Menurut ceritanya, teluk ni kurang terjejas teruk akibat tsunami sebab dia teluk, kan. Terlindung sikit la. Kedai2 pun masih elok je aku tengok kat tepi pantai tu.

Jauh jugak la matsushima ni... dekat 40 minit perjalanan.

Kenapa diorang pun tangkap gambar train tu? Sebab ada gambar katun2 jepun kat dinding luar tu.

Dah sampai pun.

Berapa kali nak wefie tah.



Kat sini ada banyak pokok2 pine yang tinggi2 tapi bengkang bengkok.

Cantik pokok ni. Macam bonzai.
 



Stress tul kalau suruh encik suami tangkapkan gambo. Orang nak nampak pokok yang cantik ni lah... Ingat kiter saja2 ke duduk kat situ. Huh!


Kat belakang tu ada shrine kayu.



Tak kena la...





Sebenarnya aku gayat tu, jambatan tu kayu lantainya berselang2.



Godaido nama shrinenya.

Godaido.

Nampak tak lantai jambatan tu berselang seli. Gayat iols! Padahal kalau termasuk pun bukan jatuh terus pun, kaki je kot.





Kalau nak tengok pemandangan yang dikatakan cantik sekitar matsushima ni, kita boleh naik feri2 cam kat belakang tu. Lebih kurang 1500+ yen.
Terdapat +-200 pulau2 kecil sekitar matsushima ni.


Oh, nak naik jambatan ni kena bayar 200 yen sorang. Tol katanya. Rosak time tsunami tapi dah dibaiki.





Jambatan ini mercu tanda matsushima.


Pulau kat belakang tu namanya fukuurajima. Pulau fukuura. Jima tu maksudnya pulau. Kata asal shima, tapi bila bercantum dengan perkataan lain dia jadi jima. Sama macam sushi. Kalau bergabung jadi zushi. Kawa (sungai) pun sama. Jadi Gawa. Sebenarnya tambah 'tengteng' pada huruf shi, su dan ka tu. Heh. Gitu, kelas nihongo tetiba.





Ni dah sampai kat seberang jambatan - fukuurajima. Belakang tu la matsushima bay.


Ada 2 ekor itik berenang-renang.



Mari berjalan2 di dalam hutan ini. 




Eh, ada taman dalam hutan?

Dalam hutan ada taman, dan dalam taman ada puterinya.



Hiks.

Benda bulat ni macam bangku kot. Ada astaka kat hujung padang ni.











Pokok cantik.


Mana pokoknya???




Ada lagi.


















Tsunami water level.




Dah, jom balik...



Sampai di sendai eki, kami terus naik subway sebab nak pergi koukusai centre lagi. Ada acara closing konferens tu. Habis tu pukul 5.30 petang dan kami pun cecepat patah balik ke eki. Shinkansen kiter pukul 6.30 petang!

Pokok berdaun putih.


Macam terkena cat, tapi bukan.


Sebelum balik.
Sempat lagi posing kat sini.






Sayounara Sendai!

Train balik tokyo-nagoya. Dari sendai kami naik muncung itik hijau pulak.

Sebelum balik, sempat dapat email dari sekretari sensei pasal tiket shinkansen. Dia suruh bawak balik tiket tu untuk claim. Laaa boleh ke takyah telankan tiket tu. Cuma tunjuk kat station master, suruh dia cancelkan. Awat tak habaq awai2 no....

Kami tiba di mei eki lebih kurang pukul 10 malam. Pukul 10 pun masih ramai orang? Memang la orang jepun ni kuat berkerja. Ramai yang masih berbaju kerja memalam buta tu. Sampai rumah pukul 10.30 malam dan terus masak nasi. Lapar giler! Last makan lunch kat fukuurajima tadi. Sibbaik ada lauk extra 2 portion yang kami makan luar 2x tu kan. Boleh buat dinner ni dan lunch besok. Boleh membuta hehehe.

Sekian. Terima kasih uols yang masih sudi membaca blog ini. Tahun depan iols update lagi. Eh.


0 komen: