Friday 22 July 2016

Sambutan Aidilfitri Syawal 1437H


Eh, tak beraya ke aku tahun ni? Saper cakap? Raya tetap raya ok. Cuma tak banyak share gambar je, tu yang kelihatan kurang meriah di laman sosial. Hakikatnya banyak open house yang sempat aku kunjungi pada hari raya ini. Dari raya pertama sampai raya ke-5 penuh dengan open house. Pastu bersambung pulak lagi raya ke-9 dan 10. Tapi tak boleh la nak samakan dengan mesia kan... Tak cukup open house, baraan pun ada. Memang tak berasap la dapur sebulan raya. 

Persiapan hari raya juga tak jauh berbeza dengan tahun2 yang lalu. Baju raya aku dah siap dari tahun lepas lagi. Baju raya encik suami aku jahit awal2 bulan puasa tu ari. Berjaya lah juga aku menjahit baju raya suami sepanjang berada di jepun ni. Tahun depan anto kedai yahyakailo sudeh...

Kuih raya aku buat pada minggu terakhir puasa. Mula2 buat tepung pedas. Senang sikit kali ni sebab dah ada mesin mee tu. 2 jam dah siap sekilo tepung. Kali ni tak buat kuih tiram/selayang sebab macam takde selera pulak kat kuih tu tahun ni. Pastu weekend terakhir tu aku buat kuih goyang dan kek buah kukus. 

Memula je kuih goyang ni keluar warna pink2 camni. Bila sejuk rupanya belum masak. Terpaksa lah kasi ireng sikit nak bagi rangup. Buat setengah kampit je. Seminggu raya dah habis. Senang je. Resepinya 250gm tepung 3/4 cawan gula, sebiji telur, pastu bancuh dengan santan main agak2 je. Satu tin 400ml tu dekat nak habis jugak. Aku taruk kapur sikit nak bagi rangup. Tahun lepas acuan tu melekat sampai ke sudah. Kali ni biji ke-6 dia dah tanggal sendiri.

Kuih raya fevret!

Ada cerita jugak buat kek kukus ni. Memula aku dah tuang adunan ke dalam loyang segiempat 8x8. Dah siap balut dengan aluminium foil bagai, tetiba nak masukkan dalam periuk, tettt! Tak muat! Kehkehkeh. Kelam kabut la aku pindahkan ke dalam loyang kecik ni. Pastu ada lebih lagi adunan tu, aku humban je dalam mould tart. Pun still tak muat periuk kukus tu. Maka ku tindan2 kan je mould tu. 

Hasil kek tart kukus yang sompek2 kena tindan. Yang penting sedap kekeke.

Terlebih pedas pulak kali ni. Lada baru.

Program memasak lauk raya kali ni aku lakukan sensorang. Encik suami tengah bizi giler time tu. Selalu beliau tolong potong2 sayur dan buat nasi impit. Dan tolong basuh pinggan. Tapi tahun ini, semua sendirian berhad. Pukul 10 malam dah siap masak, tapi rumah belum kemas. Last2 tido pukul 1 lebih jugak. Encik suami pulak balik lepas subuh.

Menu yang sama dengan tahun lepas. Ayam masak kicap. Masak 2 ekor je. Sebelum buka dah goreng ayam. 

Rendang daging 1.5kg jer. Semua aku masak sikit2.

Time berbuka sempat la makan rendang ni. 

Sambal kacang 2 genggam. Kacang dah blend kelmarin lagi.

Keramput pun 2 ekor. 
Last sekali masak lodeh. Sayur2 masuk besok pagi.


Nasi impit aku yang kecik besar. Beza betul dengan hasil kerja encik suami yang seragam.


Pagi raya, aku bangun pukul 6.30. Panaskan lauk pauk dan potong nasi impit. Pastu bersiap2 nak pergi port messe untuk solat raya. Kali ni takde sesi fotografi di atas bumbung sebab tripod tertinggal dalam kereta yang parking jauh. Malas nak pergi ambik.


Kuih raya. MIL kirim kerepek pisang ngan kerepek ubi berempah.

Baju raya yang dijahit lepas raya tahun lepas. Mujur lah time tu tetiba rajin jahit jubah sampai 5 pasang kot.








Kami pergi ke port messe dengan amzar dan ajak. Kami yang jemput derang kat rumah. Sampai sana, terus masuk dalam dewan. Dewan lain dari tahun lepas. Sempit sikit. 

Selfie selfie foto foto sendiri...


Thank you to mode beautyface on samsung s4 hehe.



Ruang solat wanita.

Photo credit to amzar.

Cantik pulak kolar baju melayu encik suami tu hihi. Baju last year macam longgar sikit kolar nya. Yang ni elok terletak kat leher.

Selepas solat, derang bagi gula2 dan mainan kepada bebudak.

Segini je yang ada. Ramai yang ada kelas pagi ni.


Dari port messe, mereka semua terus ke rumah kami. Kami tak sampai lagi, derang dah tunggu depan pintu huhuhu. Ye lah, pergi tadi dah lalu hiway, balik kena lah jalan lain kan... tu yang lalu jalan biasa dan lambat tu.

Wefie sebelum pergi jamuan raya di kaikan meikoudai belah malam.

Banyakkk makanan.




Sate amzar.

Hati lembu.



Pulut kuning.

Ketupat lemang.


Aneka rendang.

Rendang ayam.

Nasi tomato dan ayam masak merah (baya).

Rendang ayam.


Lagi rendang.

Pulut kuning.

Lagi2 rendang.

Serunding.

Makan sampai kembung.

Anggun si dara jelita berselendang dan kebaya...

Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya...

Wanita2 Nagoya.


Keluarga Nagoya.




Lelaki2 Nagoya.

Curi masa bergambar berdua.



Baju raya kedua.

Baju raya ke-10.

Itu je cerita raya tahun ni. Satu entry je merangkumi semua. Jimat.


0 komen: