Friday 29 July 2016

Muzium Noritake


Ini tahap lempar cakera punya throwback. Ni belum aku post entry review final gegar vaganza ni. Kalau yang itu mahu terkeluar dari padang punya lempar. Tahukah anda yang aku ada draft entry review ajl30 juga? Ok, itu aku tak boleh janji ia akan terrealisasi. Walau pun boleh je aku tengok balik video dia untuk tulis entry pasal tu, tapi macam dah basi sangat2 dah. Baik tak payah kot. Tapi sayang... akim & the majistret tu yang memang huhuhu. Haih...

Yang ini pulak pasal lawatan sambil belajar yang berlaku masa cuti golden week yang lalu. Bila tu? Awal bulan 5, yang wallet hilang tu. Haaa ni kira sambungan cerita kami pergi muzium toyota tu.

Okeh, oleh kerana masa kat muzium toyota tu kami dah beli tiket yang combine sekali dengan tiket muzium noritake, maka besok tu kami terus pergi ke muzium noritake ni. Eh muzium ke? Dia macam galeri kot. Tapi boleh la jugak nak panggil muzium pun sebab ada je cerita sejarah2 sumer tu kat situ.

Muzium ni terletak lebih kurang sebelah jugak la dengan muzium toyota. Kira masa zaman toyota tu mula2 bukak, area tu macam indutrial area la kot. So, ko buat kain buat kereta, aku buat tembikar, gitew. Rupa bentuk bangunan pun dah dekat sama, batu bata merah. Dan oleh kerana parking kat noritake tu kena bayar kalau tak beli pape dan parking kat toyota pulak free, maka kami selamba je parking kat muzium toyota tu dan menapak ke noritake. Jauh tak jauh sangat la. Dalam 10 minit gitu. Alah, kira sweet moment ar jugak berjalan seiringan lari2 lintas jalan gitu kan hehehe.

Sampai2 je kat situ, posing2 dulu kat tepi bangunan noritake tu.


Lebih kurang ngan muzium toyota juga.







Suka beno pose cicak ni.





Pastu kami pun masuk ke dalam muzium tu. Tapi yang foul nya ialah, jeng jeng jeng...

















Takleh tangkap gambar kat dalam tu kuikuikui. So, segala apa yang kulihat hanya terakam indah di dalam kotak memori aku dan dia. Gitew...

Tapi apa yang boleh aku cerita kan ialah, muzium tu ada 3 tingkat. Tingkat bawah tu dia tunjukkan step by step pembuatan tembikar. Ada la demo segala bagai. Untuk kanak2 pun ada bengkel melukis atas tembikar tu. Tu kena booking la kot. Dia ada buat sesi bengkel tu secara berkumpulan. Kira boleh la datang bawak rombongan sekolah ar. Ada aku nampak derang tengah packing2 nak pos hasil kerja bebudak tu kot.

Dalam banyak2 proses pembuatan tu aku paling impress bab painting dia la. Kalau macam pinggan2 biasa tu derang guna teknik decoupage, tapi ada jugak yang eksklusif punya derang lukis tangan. Halus giler kot kerja seni tu. Pastu aku terkagum lah jugak macamana derang menghasilkan gold and silver lining pada pinggan tu. Cecair emas tu asalnya warna coklat gelap tau. Bila dah dibakar baru dia bertukar jadi warna emas. Dan santek hehe. Pastu awal2 dulu derang sebenarnya bukan lah buat pinggan mangkuk cawan segala bagai ni. Derang bermula dengan pasu2, patung2, jenis2 decoration cenggitu lah. Pastu bila datang produk2 tembikar ni dari hengland, baru lah derang buat tableware ni. Kira mula2 tu ada demand dari industry perhotelan ke gitu lah kot, aku pun dah lupa cemana ceritanya. Hah, buat lagi entry lambat2. Semua benda pun dah lupa.

Pastu tingkat dua adalah galeri koleksi design2 tableware yang pernah dihasilkan oleh mereka. Time ni lah aku rasa berkobar2 nak mengumpul lagi banyak noritake ni. Macam best kot bila tengok design yang kita ada tu, dikeluarkan pada tahun sekian2.

Dan tingkat tiga pulak mempamerkan koleksi tembikar dari zaman tok kadok lagi. Kira koleksi pasu2 semua tu lah. Yang ni aku tak berapa teruja sangat. Yang tingkat dua tu yang aku rasa terbest sekali. Pastu kalau tau la, derang taruk nama design semua dengan nama oramputih. Kira ada pengaruh hengland la di situ. Hampshire, buckingham, jenis2 cenggitu lah. Tak tau lah apa motif derang pada asalnya. Lantak lah depa.

Dah habis melawat muzium, muzium pun dah keluar lagu sayonara. Maknanya dah pukul 5 la kan. Tapi kami sempat lagi masuk kedai dia. Kedai tutup pukul 6. Sebenarnya aku dah ajak encik suami cecepat ambik kete sebab muzium toyota pun tutup pukul 5 jugak. Ada kang pintu pagar dia dah tutup, kete kami tertinggal pulak di situ. Tapi encik suami dengan kompidennya cakap kat dalam muzium toyota tu ada cafe yang bukak sampai 11 malam. Haaa ko ader? Maka aku pun akur je lah dan masuk cuci mata kat kedai noritake tu. Alah, dah biasa masuk kan. Dah sudah tu, sempat lagi kami solat asar kat taman dia. Nampak tak betapa berlenggang kangkung nya kami di situ? Dah sudah tu baru lah kami menapak balik ke toyota.

Kat sebelah muzium tu ada welcome center (jepun guna spelling amerika) ni baru bukak. Ada la cerita sikit pasal produk noritake selain pinggan mangkuk ni. Actually derang banyak juga buat produk elektronik berasaskan seramik.

Muzium ni derang namakan craft center.



Selalu datang sini terus masuk kedai belakang tu je.

Hint.





Kan golden week tu ada hari kanak2 kan. So kibaran ikan koi ni sempena hari kanak2 tu lah. Ada event kat sini pada hari tersebut. Cantik, kan warenawareni?

Actually tiang tu ialah chimney yang asal masa kilang noritake ni masih beroperasi. Ada 6 batang semuanya. Katanya sebelum wujud tv tower kat sakae tu, chimney ni antara benda tertinggi ar kat nagoya ni. Ek? Tak tinggi pun,kan?






Sampai2 je kat muzium toyota, dah sunyi sepi dah. Kete kami je yang tinggal. Pak guard pun tengah buat round check. Itu pun sempat lagi kami tangkap gambar lagi kat situ. Sampai kena tegur ngan pak guard tu kihkihkih.

Sempat lagi tu. Bergambar di depan pejabat head quarters toyota dulu2.

Ni kat toyota. Ada pak guard tu kat belah kanan dok perati je sebelum kena tegur hihi. 





Demikian lah kami mengakhiri lawatan sambil belajar ke noritake. Lepas tu kami cecepat pergi ke satu lagi lokasi sebab dah nak malam. Ke mana? Nantikan entry seterusnya yang tak tau lagi bila.

Sekian.

0 komen: