Thursday 21 July 2016

Edisi Tertunda Major : Menu Berbuka Ramadhan

Entry ini sebagai sumber motivasi bila dah balik mesia besok. Baca time petang2 sebelum balik keje singgah param beli makanan berbuka. Mana lah tau kot2 nanti akan sampai seru rajin pulak memasak ke kan. Amin...

Seminggu sebelum puasa, aku telah mengorder keropok lekor dari okayama. Sebelum ni kalau nak makan keropok lekor aku buat sendiri jek. Tapi ni tepung sagu nya dah habis. Tunggu parcel yang dihantar sil dekat 3 bulan tak muncul2. Rupanya tepat2 3 bulan baru sampai. Ikut piagam pelanggan betul. Ingat tahun lepas tu 2 bulan dah paling lama dah. Ni kira paling lama la.

Stok bulan puasa. Sekali makan separuh bungkus.

Minggu pertama puasa kami berbuka dengan kurma tangkai, beli kat kedai halal sini. Lepas parcel sampai baru dapat merasa kurma ajwa yang dikirim mil. 

Minggu pertama kami berbuka mee dan nasi berperisa. Hari pertama makan mee kari. Awal2 aku masak nasi 2 pot. Makin lama tinggal 1 pot suku je. Tak banyak makan puasa2 ni. Nasi lemak ni antara menu awal2 puasa.

Kat jepun ni susah nak jumpa timun biasa macam kat mesia tu. Sesekali jumpa mesti aku beli. Yang ni separuh aku makan dengan nasi lemak, lagi separuh makan dengan laksa jdt. 










Yang ni major disaster. Nasi tu terlebih tomato puri, ayam pulak tak sedap langsung. 



Ini menu favourite! Makan ni tetiap hari pun takpe.





Laksa ni menu berbuka pada hari lahir ku. Tapi rasa dia pelik sikit. Mungkin sebab ikan nya kot.


Hari seterus2nya makan lauk biasa2 jer.

Ayam masak kicap.

Sambal ikan saba. Aku lagi suka ikan tenggiri masak sambal.



Sambal udang petai. Sekarang ni senang pulak nak dapatkan petai. Jengkol pun ado jual.


Ini pun menu favourite! Asam pedas ayam.











Tertinggal pulak kisah kuih bakar pandan. Kuih ni kami buat untuk berbuka puasa kat masjid. Macam tahun2 lepas tu. Cuma kali ni kami semua buat satu jenis kuih je. 7 orang 7 versi kuih bakar.

Selepas dibakar. Memula buat 1 loyang je, sekali tengok macam tak cukup. Ku buat seloyang lagi. Jenuh tadah depan ekon nak bagi kuih ni sejuk. Selagi tak sejuk tak boleh dipotong atau dikeluarkan dari loyang.

Musim panas ni musim jagung. Manis.

Dah, itu je menu berbuka ku tahun ini. Tak cukup 30 pun? Memang la tak cukup sebab aku ulang2 masak benda yang sama.

Perasan tak? Setiap hari ada buah oren, kan? hihi. Ok bye.

0 komen: