Thursday 2 June 2016

The Golden Week dan Kisah Cicir Lagi


Minggu keemasan tahun 2016 ini seperti yang pernah dikhabarkan dulu, jatuh pada satu minggu yang panjang. Bermula dengan showa day pada hari jumaat, diikuti dengan constitution day, greenery day dan children day pada hari selasa, rabu dan khamis berikutnya. Kira cuti sandwich tuna mayo la kan. Isnin ngan jumaat yang tak cuti tu kita buat2 cuti. Cuti kerrr. Encik suami seperti biasa ar, pergi lab macam biasa seperti tiada apa2 cuti berlaku di situ.

Tapi tiba2 pada hari jumaat terakhir cuti tu, kami diberi kesempatan untuk berjalan2 tanpa arah tujuan. Oleh kerana secara tiba aku mengingatimu di kala sepi di malam syahdu, maka dapat jalan2 dekat2 je la kan. Nak pergi tengok shibazakura kat fuji, malas nak bersesak2 dengan orang ramai. Ada shibazakura dekat area chita, tapi besok tu baru dibuka kepada orang ramai. Kat situ pun ada latar belakang gunung berbentuk simetri macam fujisan jugak katanya. Sudahnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke Tsushima. Nak tengok wisteria kononnya. Tapi baca tak habis.

Maka aku pun mentapau sup kepala ikan merah bersama nasi untuk dijadikan makan tengahari sambil melihat juntaian wisteria yang konon2 tadi nya tu. Sibbaik aku beli cooler/heater bentuk telur berharga 100 yen kat treasure bomb. Boleh la menghangatkan sup kepala ikan tu. Tak sia2 beli walau pun orang tu kata benda tu junk. Encik suami dah standby je nak smash time orang tu cakap cenggitu ekekek. Sekali elok je dia menghangat dan mendinginkan. Tak praktikal katanya. Kat mesia nak minum air sejuk singgah je lah rnr katanya. Isy, tak faham betul la orang laki ni kan? Dia bukan pikir yang sup ikan tu sedap dimakan panas2 hihi.

On the way ke tsushima melalui meieki dan nakamura koen. Torii gate beso ni kat nakamura koen. Fuh, kete depan tu, lazatnya!

Beso sungguh dibuatnya torii gate ni.

Sebelum nak sampai tempat yang dituju, terjumpa satu kedai Noritake kat tsushima tu. Tiba2 je ada kat situ. Tengah sale pulak tu. Tapi tak beli pape pun. Still rasa mahal lagi.

Sampai2 kat taman apa tah tu, tengok orang tengah kemas2. Laaa semalam dah last fuji no matsuri tu. Wisteria ni orang jepun panggil fuji. Tapi kanji dia lain dari fuji gunung fuji tu. Pastu bunga nya pun dah tinggal sisa2 je. Tak nampak pun kaler pepel dari jauh. Mana la kita tau bunga dia gugur awal kat sini. Selalu bunga kat belah2 atas ni lambat berbanding belah2 selatan nun. Selalu tu maksudnya sakura la hehe. Keciwa... Tapi, alang2 dah sampai kan, tetap lah nak bergambar dengan tangkai wisteria haha.

Nampak apa?


Layu dah.

Ada lah setangkai dua yang masih berbunga.



Orang tua2 je yang ramai hari tu.







































Sekian sahaja persembahan tangkai wisteria. Dari situ kami pusing2 di pekan tsushima. Pernah sekali pergi ke sini masa balik dari mandi sungai tahun lepas. Kami makan makanan turki. Mula2 jumpa kedai eco park. Kedai 2nd hand. Tapi tak sempat pusing2 kedai tu, cecepat kami cari masjid sebab hari jumaat kan. Sampailah kami di masjid baitul ahad. Masjid yang baru je dibuka pada bulan november yang lalu. Tapi dengar citer nya ini masjid ahmadiyah. Apo ko bondo eh tu? Google punya google, ahmadiyah ni kira macam kumpulan tarikat ar. Tak pasti lah ajaran sesat ke tidak. Eh, kita bukan buat apa pun kat situ. Nak solat je pun.

Tapi memang nampak mewah ar masjid ni. Imam dia berasal dari pakistan. So, jemaah dia pun kebanyakan orang paki lah jugak.

Cogankata dia, love for all, hatred for none. Eh, betul lah, dia tulis kat situ nihon ahamadiya.

Ada bendera mesia.


Pintu cantik2, masuk ikut belakang.





Bersih dan wangi je biik air dia.





Ada tepat solat pompuan kat atas, tapi aku solat kat tepi jek. Dia letak partition.

Semalam dan kelmarinnya ada perhimpunan derang.















Lama jugak la kami menunggu solat jumaat sebab dia start pukul 1 tengahari. Kami sampai kul 12 lebih. Selesai jumaat, kami meneruskan misi yang tergendala kat kedai eco park tadi hihi. Pastu jumpa kedai off house/hard off pulak. Keje mengumpul pinggan je lah.

Dan oleh kerana hujan, terpaksa lah kami makan dalam kete. Fuh! Memang best hujan2 sejuk2 makan sup panas2. Tak sedor diri tu dalam kete. Siap meratah kepala ikan lagi. Dari tsushima kami ke mana tah, lupa dah nama tempat tu. Tapi belah2 sempadan gifu jugak lah. Kat situ kami pergi kedai eco park jugak. Dan last sekali kami tiba di kami otai, pergi 2nd street pulak. Time ni dah dekat nak maghrib dah.

Selesai membeli belah di situ, kami tunggu waktu maghrib dalam kereta. Selesai solat maghrib, on the way balik tu kami singgah di shin-moriyama. Nak makan hamazushi kononnya. Baru je nak keluar kereta, encik suami baru terperasan yang wallet beliau takde. Teng teng teng...

Ok rewind. Bila kali terakhir wallet tu ada? Yang aku ingat cuma waktu bayar kat 2nd street tadi. Pastu kami turun ke tempat kereta, encik suami pergi toilet ambik wudhuk. Sebelum tu masuk jamban. Tettt! Letak wallet atas tempat tisu, pastu sekian babai.

Maka bergegas lah kami patah balik ke 2nd street tadi. Jauh jugak lah. Sampai2 je, terus terjah toilet. Non hado. Memang lah non hado sebab selepas beliau ambik wudhuk tu, aku pun masuk toilet tu jugak dan aku tak nampak apa2. Cuma antara beliau dan aku pergi toilet tu ada dalam 5-10 minit perbezaan. So, apa2 boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Okeh, nak buat apa ni? Cuba tanya kat staff 2nd street tuh kot2 derang jumpa ke. Pung pang pung pang, takde. Dalam masa bersiap2 untuk bertukar pilot, aku terfikir. Apa kata kita tinggalkan nombor telefon kat derang. Manalah tau ada orang lain jumpa ke lain kali, boleh contact kita. Ok, bright idea. Tapi, cemana nak cakap tu? Maka terpaksa lah bukak cerita kat ajak dan suruh dia cakapkan kat orang tu melalui telefon. Settle.

So, next? Report polis. Haha ini kritikal. Macamana nak cakap ngan polis tu? Apa yang penting konfiden. Cakap la ayam ngan itik asalkan maksud sampai. Sibbaik sepelaung je koban yang terdekat. Siap polis pun kena call pejabat lain yang ada orang boleh cakap english. Akhirnya settle lah jugak.

Memo report polis tersebut.

Dari situ, kami menyambung misi nak makan sushi yang tak tergendala sebentar tadi. Patah balik ke hamazushi tadi jugak haha. Tapi makan tanpa perasaan ar. Sedih. Ada duit lebih 3 mang jugak dalam wallet tu. Boleh buat beli basikal giant kat eco park tadi.

Sedang kami makan sushi, encik suami mendapat satu panggilan dari orang 2nd street. Entah encik suami pun bukan paham dia cakap apa. Cuma dia tanya tarikh lahir. Aku dah rasa something, tapi entah lah. Dan dia suruh kami datang. Memula suh datang malam ni jugak. Tapi time tu dah 9.35. Kedai tutup pukul 10. Tak sempat lah kot. Pulak tu aku yang drive kan. Memalam dan jalan tak biasa. So, dia suh datang besok. Kami janji nak datang pukul 11 pagi. Aku suspek polis datang nak siasat dia. Pastu kat pintu toilet tu aku nampak tulisan security, so maybe ada cctv kat area tu dan kami disuruh datang untuk tengok cctv besok tu.

Ok, bersambung besok pulak hehehe.

0 komen: