Tuesday 26 April 2016

Aktiviti Petik Strawberi



Ingat lagi tahun lepas, kerana strawberi ni lah aku bertekad nak ambik lesen memandu nihon. Masa tu kami wifey2 ni nak gi makan strawberi tapi takde saper nak bawak. Sebab kononnya nak pergi hari minggu time anak2 sekolah. Sesuami memang takleh kacau la kan. Lagipun time weekend kebanyakan ladang dah fully booked. Yang ada lesen masa tu pulak sedang sarat berbadan dua. Tapi sampai ke sudah kami tak pergi pun.

Tahun ni pulak, kebetulan ada family dari mesia yang datang dan ada slot kosong time weekend kat kebun strawberi dekat minato, maka kami pun berpakat lah pergi beramai2 ke sinun. Booking time pukul 1 tengahari, masing2 bawa perut kosong yang nak dipenuhi dengan strawberi hihi. Tapi, tempoh diberi 30 minit sahaja. Terpaksa lah sumbat strawberi laju2. Tapi memang puas hati lah. Besar2 belaka strawberi nya. Eh, bila ek aku pergi petik strawberi ni? Seminggu sebelum hanami pertama rasanya.



Nak ambik gambar pun rasa rugi masa. Sampai selfie pun tak nampak muka.






























Selesai makan strawberi, baru lah kami cari port nak makan. Masing2 memang bawak bento siap2. Rupanya tempat tu dekat dengan taman permainan todagawa ke haper namanya tah. So, kami piknik kat situ lah jadinya. Cuaca pulak sedang elok cerah.


Memang elok lah tu, ikut sunnah, makan buah dulu baru makan nasik hihi.

Kat taman tu jugak, ada beberapa pokok sakura yang kembang awal. Entah, tahun2 lepas aku tak perasan pulak ada bunga sakura kembang awal ni. Entah spesis yang mana tah. Tapi cantik jugak lah.




















Cuba cari burung kaler hijau.

Comel je burung tu.






































Sekian.

0 komen: