Wednesday 16 December 2015

Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Kelapan

Updated: review minggu ketujuh ada dibawah.

Skip seminggu boleh? Nanti kalau dah tulis review minggu ke 7 aku tukar tarikh bagi ikut sequence balik ek.

Untuk pertama kalinya aku nak komen persembahan pembukaan hehe. Bukan komen apa la. Cuma nak cakap aku suka lagu akulah kekasihmu axl's tu. Dulu masa awal2 aku dengar carta sinar, lagu tu duduk kat nombor 1 lama giler kot. Last year elly tu pernah jadi penyanyi jemputan masa semi final muzik2 rasanya tapi dia nyanyi lagu lain. Tapi dia nyanyi jenis macam poyo gitu kan? Mesti dia tau lagu tu best dan ramai orang suka kot. Lagu akulah kekasihmu ni unik liriknya. Dia membahasakan diri dia sebagai kekasihmu ini sementara boipren baru pompuan tu kekasihmu itu. Pastu ada sekali tu, tetiba diri sendiri pun dia rujuk sebagai ia. Ok dah.

Macam berselang seli pulak, minggu lepas tak dapat, minggu ni dapat tengok live pulak. Kalau tengok live dapatlah aku tido awal. Kalau tak, nak menunggu kepalabergetaq update, delay sejam lah jugak. Minggu ke berapa tah aku sampai tertido tak sempat tengok sampai habis. Tengah2 ada lagu ada lagi tu aku boleh tertido. Sabo je lah.

Farahdhiya - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu

Alaaa... tak baik lagi sakit tekak dia. Tak dapat ar dia tarik. Dengar pun agak bosan di situ. Dah la lagu fevret aku ni. Erk. Kan aku pernah cakap, aku perasan suara aku sama macam suara ramlahram wakakakak. Tone je lah, bukan range dia.

Acong - Biasan

Ini rupanya lagu yang dia dapat selepas mendapat imuniti pamoga. Dengar lagu ni je, mesti aku ingat teka teki antara ella ramlahram dan to'ki, siapa yang bersalah? Ramlahram tanya, siapa yang bersalah... retaknya cinta kita. Pastu ella jawab, bukan salah aku... retak semua ini. Tetiba to'ki jawab, aku yang bersalah... janji takku endah hehehe. Pernah dengar tak teka2 teki ni? Lagu biasan ni lah lagu to'ki tu.

Persembahan acong ni memang betul2 balas dendam ar. Memang power. Kira tak sia2 lah imuniti pamoga tu dapat kat dia.

Ezad - Tiada Lagi Kidungmu

Mesti takde orang yang perasan yang aku tak tulis pasal ezad, kan? Aku pun baru perasan bila tengok ulangan ni ha. Tetiba masa ezad tengah nyanyi tu baru aku, eh kenapa aku macam tak pernah tulis pasal lagu ni eh? Rupanya memang termiss pun hihi. Kata sokong ezad sangat! Maafkan kekhilafan ku huhuhu.

Persembahan ezad seperti biasa power meletop kebabom. Ok bias. Eh tapi tokram pun kata sangat bagus ok. Maknanya penilaian aku agak bertaraf pro di situ. Pui! 

Haiza - Flora Cinta

Semakin lama semakin boring persembahan haiza. Semakin banyak mencuba sampai dah tak rasa wow lagi dah. Entah ek? Mungkin kah benda2 macam tu hanya perlu sekali sekala jek? Macam ezad kan, pernah sekali je buat penari2 bagai kan, terus nampak grand. Kalau selalu sangat jadi kureng la pulak.

Lagu ni pulak aku kurang minat sejak dulu lagi. Kalau tak salah lagu ni masa aku form 5. Terbayang2 study room form 5 bila dengar lagu ni sebab masa tu aku ada sebuah radio yang aku pasang time study memalam. Tah, pernah la kot dengar lagu ni masa tu.

Azian Mazwan Sapuwan - Sedalam Mana Cintamu

Baruuu je rasanya aku dengar lagu ni kat youtube. Dalam bulan ni jugak la. Saje je aritu cari lagu2 lama wat stok dalam kete. Kalau nak tau, aku cukup pantang dengar radio jepun ni ha. Tak tau la kenapa. Padahal ada je stesen untuk lagu2 oramputih, tapi tetap lah telinga ni takleh terima. Makanya, kena lah ada stok lagu2 melayu dalam kete tu.

Zaman safura ni zaman aku degree, rumah aku kat rumah kedai jalan zirkon seksyen 7. Dengar lagu ni je, mesti terbayang2 (lagi) suasana dalam bilik aku tu. Roomate aku masa tu ada sorang ni rambut dia panjang sampai ke lantai.. Tak pernah potong sejak lahir katanya. Penat aku tengok dia sikat rambut haha.

Persembahan kakyan agak ok kali ni. Cuma agak berusaha ar.

Nassier Wahab - Biar Putih Tulang

Tak nak ulas boleh tak? Sama je persembahan dia dari hari pertama.

Siti Nordiana - Mengapa

Power giler!!! Susah kot nak bawak lagu ni. Melodi dia berubah2, lirik dia boleh tunggang terbalik kalau tak fokus. Tapi nana berjaya melakukannya dengan selamba je. The best!

Lagu ni pernah masuk semi final muzik2 tahun 1995. Agak kontroversi jugak la masa tu sebab orang ingat lagu ni lagu indonesia padahal ni lagu ly baiduri. Tapi bukan nicky astria yang nyanyi masa tu. Tak jumpa lak info siapa yang ganti. 1995 aishah kot menang muzik2. Ingat sebab aku tengok kat rumah kak uni masa cuti sekolah hujung tahun form 4 masuk form 5.

Finally, kakyan tersingkir pada minggu terakhir sebelum final. Selamat kembali bertugas kakyan!

0 komen: