Tuesday 17 November 2015

Suasana Musim Luruh di Nagoya University


Ini pula kejadian pada hari ahad lepas. Hari sabtu hujan seharian, maka takde aktiviti momiji gari. Cuma pergi supa pi beli buah je. Kengkonon nak try pergi tachiya yang dekat sikit, dekat yagoto. Tapi nampaknya tak menepati citarasa kami. Takde jual air susu coklat van houten haha. Kat situ je paling murah setakat ni selain donki hote. Tapi donki hote takleh pergi selalu sebab xde mende nak dibeli sangat. Kalau pergi pun kena cukupkan 2000 yen sebab nak dapatkan free parking. Jenuh nak membeli minyak masak 10kg kalo camtu. Jadinya, tachiya hirabari tetap menjadi pilihan pertama kami hehe. Jauh sikit lah, tapi semua yang kami nak, ada. Selain tu, ayam halal pun selalu ada di sana. Ayam sekilo pulak tu. Takde lah kami asik makan anak ayam jek. Satu lagi, kalau pergi hirabari boleh sekaligus pergi ke gyomu dan amika. Eh, memang dah selesa dah rutin tu selama ni, takyah tukar2 lagi dah.

Hari ahad pun hujan sikit di awal pagi. Pastu pepagi sepi'e tu lagi aku dah keluar sekejap ada urusan 'penting'. Balik pun encik suami masih beristirehat. Kami outing ni selepas asar, dekat nak maghrib pun. Saje je lah nak kumpul gambo musim luruh tahun ni. Pasni dah takde kot keluar lagi... kena tunggu tahun depan lah pulak.

Asalnya aku tertarik dengan gambar yang encik suami tangkap dengan rody ngan apis minggu lepas. Pepagi lagi derang dah pergi ke dai, "nak shooting", katanya. Tetiba aku rasa yang aku bersuami kan seorang aktor pulak hikhik. Gambar derang tu kat sebelah koop di bawah pohon maple. Cantik sangat aku tengok gambo tu. Tapi kemarin tak sempat nak sampai ke sana, dah maghrib dah. Banyak jugak spot2 menarik untuk berphotoshoot kat dalam dai sebenonya. Tu yang jadi lama. Padang toyoda pun tak sempat pergi. Aku teringin nak tengok suasana kat belah2 belakang padang tu. Tak pernah pergi lagi. Pergi sorang2 kang, sape plak nak tangkap gambo aku. Segan pulak nak berselfie kat situ. Segan tak bertempat betul lah!

Okeh, jom ikut kami outing! Saper terer boleh kenalpasti gambar mana guna kemre henpon, gambar mana guna dslr.
  
Pokok2 tepi jalan belah rumah kami ni belum bertukar warna pun lagi.



Peta kampus.


Macam musim2 biasa je.

Ini mesti pokok sakura ni. Dah luruh daunnya.

Memula kite pergi sini dulu. Takde kena mengena dengan autumn pun. Fakulti apa ntah ni.

















Kiter pergi tengok pokok ginkgo biloba pulak.

Daun kuning di panah mentari senja.




Celah2 rumput pun boley...















Apa ke benda tah ni?



Aku pulak mencuba kekdah celah rumput hihi.





Baru nak pose golek2 kat sini, sekali ada bau busuk la pulak. Spoil tol!

























































Sempat sampai di sini sahaja kali ini. Dah masuk maghrib pun pastu. Kalau sempat sambung minggu depan. Kalau tak pun, tahun depan je lah. Sayounara minna san!

  

3 komen:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantiknya tengok daun kuning merah berguguran ..

Azira said...

Van houten seiyu la plg dekat dan murah hehehe

AyunasiA said...

azira: berapa? aritu mcm lagi mahal jek drpd tachiya...