Friday 6 November 2015

Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Ketiga


Hamboi... entry hiroshima geti pulak tersangkut2 ek. Alah... cite jalan2 tu boleh je cite bila2 pun. GV ni tengah on going sekarang. Tak boleh ketinggalan. Nanti lemau. Ni pun aku dah rasa lemau nak review konsert ketiga ni. Sebab macam tak tau nak cakap apa. Kite cuba lah ye.

Konsert ketiga ni aku tengok persembahan satu persatu sebab tak dapat tengok live malam tu. Tiba2 bila start je program, terus siaran terputus. Pulak tu, dalam pukul 12 tengah malam gitu baru k3palabergetar upload video sorang2. Sampai dekat pukul 2 pagi pun baru dia upload 5 video. Tengok besok pagi je lah jawabnya. Dah pagi, still takde video penuh. Yang ada cuma yang disambung satu2. Hari isnin petang tu aku dah tengok ulangan kat siaran astro ria jugak. Tapi sangkut2 ar. Hari selasa baru ada orang upload video penuh.

Juri jemputan kali ni ialah m.nasir. Dia mulakan dengan persembahan lagu apokalips. Pastu nabil ngan jihan nyanyi lagu senario zapin usik mengusik. Terlanjur sebut nama jihan ni, minggu lepas aku tengok jejak jepun jihan episod hiroshima. Dia pergi muzium mazda ngan muzium bom atom. Tak sangka pulak dia boleh nangis masa kat muzium tu. Menghayati betul. Aku pun baru pergi muzium tu jugak, tapi takde lah pulak aku rasa sebak ke hape. Tetiba bila tengok jihan nangis, aku pun turut merasa sebak. Good job ar jihan! Ramai gak orang komen kat forum pasal ni. Dalam pada berlawak tu, ada juga soft spot dalam hati si jihan tu rupanya hehe.

Azian Mazwan Sapuwan - Tak Ada Logika

Lincahnya! Tak terfikir aku dia akan menari cenggitu. Kiranya menjadi lah persembahan dia. Takde semput sumbang ke hape. Dia pun bukan jenis control2 cun kan. Takde lah nampak sangat macam dah tua sangat. Masa konsert pertama tengok dia nampak macam orang tua dah, padahal baru je 40. Mekap dia kot. Memula dengar orang gelar dia kak yan gomen, aku ingat derang saje main2 cakap sebab gaya dia macam orang gomen. Rupa2nya memang betul dia keje gomen ek? Pembantu tadbir kewangan rupanya. Kat mana tu, tak tau lah pulak.

Nassier Wahab - Kau Pergi Tanpa Pesan

Sejujur nya aku tak minat dia ni. Sejak dulu lagi. Jadi kalau orang lain suka persembahan dia, suka tengok dia yang henskem, aku adalah takde perasaan. Lagu ni pulak takde lah jauh sangat dari genre balada beliau. Jadi, selamba je lah dia nyanyi tanpa kesusahan sangat.

Bila dengar lagu ni, aku mesti teringatkan konsert prelude af4. Tak ingat saper nama yang nyanyi lagu ni tah. Tapi beriya lah dia bergelek. Tapi kalau ikut kan nassier ni, dia macam tak setuju untuk bergelek lagu sedih2 camni. Betul jugak kan?  Takat goyang bahu tu pun dah kira ok dah. Takde cacat cela pun persembahan beliau.

Amir Ukays - Yang Sedang-Sedang Saja

Berubah terus muka dia bila kena komen ngan mnasir. Kalau aku pun. Eh. Tapi sebagai seorang yang bersikap bias, bagi aku nyanyian dia ok. Cuma persembahan je lah ala2 awkward gitu. Kalau dengar je takpe, tapi jangan tengok la huhu. Ada lah satu part tu dia terlambat masuk. Dah tolak markah disiplin kat situ. Aku rasa dia terselamat pun sebab nyanyian dia.

Farahdhiya - Joget Siapa Dia

Kali ni persembahan dia takde wow. Nyanyian ok, ada la lenggok joget tu sikit2. Tapi joget ada kaku sikit. Takde interaksi dengan penari2. Macam dia joget sensorang dalam takut2. Mungkin dia nak fokus pada nyanyian la kot. Aku suka part melodi yang dia tukar sikit tu. Sesuai.

Masa kecik2 aku ada kaset wann album ewa2 ni. Abah beli kat kedai sarikat. Jadi, lagu ni aku dah biasa sangat mendengar. Ada satu lagi kaset yang aku ingat sampai sekarang. Album duet zaleha hamid ngan abdullah chik. Best2 lagu2 dalam album tu, terutama lagu sebelum ajal. Comel2 je hihi. Isy, kenapa aku suka lagu asli masa kecik2 ek? Very the tua sebelum waktunya.

Nah belanja lagu zaleha hamid satu!


Nizam Laksamana - Tak Seindah Wajah

Ngantuk nyerrr. Entah kenapa aku tak suka lagu asli yang lempun2 camni. Macam dalam album ct lentera timur tu, aku selalu skip lagu bulan yang mesra. Tak sabar nak tunggu dia habis. Lagu ni pun sama. Tapi aku rasa macam lagu asalnya takde lah lempun cenggini? Ni dia buat lagu tu betul2 slow. Huarghhh... Tapi nyanyian dia memang sedap la. Ada lenggok asli di situ.

Sheeda - Hantu atau Buaya

Hergh! Boleh skip tak? Aku pernah dengar lagu ni. Dengar gitu2 je. Cuma pernah la tengok video anak saerah si umai tu nyanyi lagu ni. Nyanyian sheeda ni tetap lah dangdut-sengau-tamil. Semak betul kepala aku mendengarnya.

Haiza - Istilah Bercinta

Sibbaik lah persembahan dia best. Kalau tak, memang mengundang kecaman aku lah. Sebabnya aku tak minat ramlisarip. Jadi, semua lagu pun aku tak berapa nak suka. Macam takleh dengar suara serak dia tu. Rasa macam nak je keluarkan kahak kat tekak dia. Hah, gitu!

Tapi harus diakui lah, haiza ni bijak sebenarnya. Dia tau pertandingan ni menilai banyak aspek selain suara. Eh, tapi sekali dengar suara dia macam ruhil kan? Ada la sikit2 tu bunyi dan lenggok suara ruhil. Keseluruhannya, terbaik!

Ezlynn - Kuda Hitam

Ni lagi sorang. Over confident sangat. Usaha tu dah ada dah, tapi macam melebih2 pulak. Agaknya dia rasa suara dia sedap kot? Bukan, sedap tu satu hal. Seperkara lagi ialah teknik nyanyian. Kalau menurut komen mnasir, macam teknik nyanyian dia tak berapa betul kot. Eh, lantak dia lah. yang penting minggu ni dia dah takde. Fuh! Jangan dato'vida gunakan imuniti kat dia sudah lah.

Acong - Pilihlah Aku

Semakin terbukti yang acong ni boleh menyanyi dengan baik. Kira ok lah dia persembahkan lagu ni. Bagi aku lagu ni susah nak nyanyi sebab hujung2 ayat dia boleh jadi flat kalau tak kena gaya nyanyiannya. Eh, tu macam nak cakap diri sendiri je kan?

Ingat lagi masa kecik2, aku tak geti nyanyi lagu sayang semuanya sudah terlambat. Eh, ada ke?

Siti Nordiana - Kasih Laila

Walau pun takde cacat cela, tapi persembahan ni tak cukup bertenaga. Suara dia terlalu lembut untuk lagu rock. Sikit serak pun tak keluar. Bersih sangat.

Zul Handy Black - Ku Menunggu

Rossak! Yang dia nyanyi ikut rossa gak tu dah kenapa? Kalau pun dia takmo tukar arrangement, sebutan, lenggok semua tu kasi lah jantan sikit. Ni meleweh2 macam pompuan jugak. Apa ke hey? Pastu suara awie pun takmo tinggal. Eee geram pulak aku. Selayaknya lah ko yang pertama tersingkir.

Ezad - Mengerti

Eh, ok je lah. Aku ingat dia akan kejung macam mamat nyanyi lagu rap tahun lepas. Lagu mengerti ni jenis lagu yang ada di hujung bibir ku. Takyah nak ingat pun memang boleh dilagukan begitu saja. Termasuk part rap dia tu. Sebab lagu ni kira antara lagu rap melayu pertama kan. Walau macam ada sikit tergeliat time rap, tapi keseluruhannya best. Susahnya nak pilih sape yang akan masuk final. Tapi aku harap ezad dapat masuk final lah. Kalau tak pun, aku rasa dato'vida rela bagi imuniti kat dia.

Haha makin lama makin pendek review aku ek? Dah, lagu2 pun tak berapa nak nostalgia sangat.

0 komen: