Thursday 19 November 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Okayama & Hiroshima : Yamato Museum & JMSDF Kure Museum


So, hari terakhir jalan2 kami ni, kami pergi ke museum perang2 pula. Asalnya takde dalam plan pun nak gi sini sebab tak tau. Member okayama tu yang cakap dan suh pergi. 'Kalau ko minat muzium2 ni la...' katanya. Eh, aku suka aku suka! 

Muzium ni terletak di kure, belah2 atas sikit dari hiroshima. Terletak di tepi laut, kure ni dulunya pengkalan tentera laut jepun ar. Dan muzium yamato tu kira macam muzium kapal la. Dan satu lagi tu muzium kapal selam. Alkisahnya, yamato ni nama kapal perang terakhir milik tentera jepun sebelum jepun surrender dalam perang dunia kedua dulu. Kapal ni berakhir di lautan pasifik la kiranya selepas tewas dalam pertempuran dengan kapal missouri milik tentera amerika. Dan kebetulan pulak masa aku pergi ke situ sedang berlangsungnya pameran khas sempena memperingati pertempuran yamato vs missouri nih.

Dan sekali lagi, tak banyak gambar yang aku ambik dalam muzium tu. Banyak giler benda nak dibaca.

Belakang tu kapal selam dan muzium kapal selamnya. Muziumnya yang bangunan belakang dia tu. Merasa gak lah aku masuk dalam kapal selam tu sekejap. Sempit jek dalam tu.

Nampak tak beza gambar aku dengan gambar encik suami? Kalau aku ambik gambar dia, aku selalu fokus pada subject matter sementara dia pulak selalu fokus pada aku. Dia bukan nak cakap aku block benda tu ke ape. Huh!

Replika kapal perang yamato.










Meriam2 dia.



Ok, sebenanrya kami dah tersalah kronologi dalam muzium ni. Patut start dari pembuatan kapal ni, kan? Ni kami masuk part kisah tentera2 yang terkorban. Perasan bila baca cerita pasal perang dunia pertama selepas baca perihal perang dunia kedua. Boleh? Ok, yang ni pakaian tentera yang terkorban.


Gambar mereka yang terkorban. Yang dalam kaca tu surat2 terakhir mereka kepada keluarga. Kapten punya pun ada. Eh, selain surat, wasiat pun ada jugak. Nak cakap, cantik2 tulisan derang hihi.

Buku log.

Gambar ala2 intro titanic dan perkakasan yang dibawa naik.


Replika keadaan kapal yang terbelah dua di dasar lautan.


Lantai tile dalam kapal.

Beberapa perkakasan dalam kapal.

Antara drawing pembuatan kapal yamato ni. Kiranya kapal yamato ni hebat giler la masa tu.

Entah apa yang cuba disampaikan di situ.

Selain replika yamato, ada banyak jugak replika kapal2 perang yang lain dipamerkan di sini. Langsung terfikir, kalau bawak orang tua kiter gi sini mesti derang suka hihi. 

Mesin jahit pun ada dalam kapal ni.




Tengok jet jepun mesti ingat kamikaze, kan?


Tah peluru haper apa tah ni aku pun lupa dah.


Ni pun aku dah lupa apekebendatah huhuhu.






Ada pulak sudut untuk budak2 belajo sains perkapalan.

Kengkonon tengok pemandangan luar dari dalam kapal selam.

Contoh2 ikatan.


Tau ikatan buka sila je hihi. Nampak sangat tak masuk pengakap.




Pastu kami masuk dalam pameran ni. Tengok gambo je lah, takde english. Tapi yang aku ingat ada surat perjanjian jepun surrender. Yang itu dia tulis oramputih hehe. 


Sauh kalau dilabuhkan, kapal akan berenti, ye jib :p

Ok, mari pergi ke muzium kapal selam pula. Seberang jalan je.




Eh, cenggitu agaknya rupa a-bomb dome zaman dulu.





Kalau nak tau, kat sini aku baru tau apa bendanya la minesweeping dan maksud game minesweeper tu hahaha. Masuk2 je muzium ni di cerita pasal minesweeping. Kiranya, masa perang2 dulu, berlambak2 la derang ber minesweeping ni. Ala2 periuk api la kalau kat darat. Bila habis perang, dahhh satu keje nak kutip balik huhuhu. Tapi sampai ke sudah aku tak geti main game minesweeper tu.

Nikon.

Paku.


Ekor kapal selam dilibat dari dalam muzium. Pastu kami dapat masuk dalam kapal selam ni. Takleh ambik gambar dalam tu. 

Sirip kapal selam.

Pakaian nak kutip periuk api.



Last sekali boleh ambik gambo pakai baju navy ni hehe. Kebetulan baju pun maching.

Orang tu ambik kan gambo ni.




Fuh! Lega dah habis hutang cerita cuti2 jepun kali ni. Dari muzium ni, kami terus balik. Besok nak raya woi!

p/s tapi ada hutang satu lagi. cerita ke tokyo sekali lagi.



0 komen: