Thursday 22 October 2015

Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Pertama


Kenapa tahun lepas aku boleh tak perasan kewujudan gegar vaganza ni ek? Sampai ke malam final pun aku buat2 tak paham jek. Dah habis baru aku kalut nak tengok. Padahal dia ada je live streaming tu. Tapi sejak tertengok sekali tu, asik ulang je la pulak haha. Rasanya lebih 5 kali kot aku tengok semi final dia. Final tak berapa sangat. Semi tu konsert paling best aku rasa. Pastu yang best nya bila tengok gegar vaganza ni, setiap kali dengar satu2 lagu tu, terus nostalgia2 gitu kan. Ye lah, kalau dah dia sebut lagu tu tahun berapa sumer kan, mana tak kita pun ter trobek masa tahun tu kita tengah kat mana, tengah buat apa kan.

Jadinya, untuk tahun ni punya gv, aku ingat aku nak buat review ar sesikit. Sesambil tu boleh gak aku nostalgia2 apa benda yang berlaku pada ketika lagu itu sedang hits di pasaran. Eh, macam best, kan? Tu kira expectation aku la. Tak tau lah kesudahan nya jadi apa. Tah2 ni je lah satu entry yang sempat aku buat review kekekek. Tapi takpe. Aku tengah semangat ni. Terasa ayunasia.blogspot yang lama kembali menyengat pun ada ni. #modeustazahoff.

GV tahun ni aku dapat tahu nak start seminggu sebelum konsert pertama ahad lepas. Saje dia buat sebaik sahaja abis af. Bila tengok list nama peserta je terus aku rasa nak melompat. Ada amir ukays weh!!! Eh, ada ke orang zaman tu tak suka ukays? Saper tak ingat, macamana meletup nya lagu di sana menanti di sini menunggu kan. Ok, part tu akan aku ulas dalam segmen amir ukays jap lagi ek.

Satu lagi yang membuatkan kita excited nak tengok gv ni ialah sebab dulu kita dengar lagu tu kat radio2 je. Mana dapat tengok sangat pun. Sekali sekala ada la kuar kat hiburan minggu ini. Selebihnya memang dengar radio atau dengar kaset. Kali ini, kita boleh tengok secara live nyanyian penyanyi tu. Walau pun bentuk penyanyi tu tak boleh nak dapat yang sama macam dedulu kan hehe.

Okeh, jom kiter review satu persatu.

Ezad - Mengintai Dari Tirai Kamar

Kalau saper pernah baca, aku pernah cakap, ezad ni mempunyai suara yang lunak. Lemak2 gitu. Dan dia tak perlu berusaha sangat pun boleh keluarkan suara yang lemak merdu tu. Sebab suara dia memang Allah swt dah jadikan sedap. Hah sampai begitu sekali punya ulasan akak ni kan. Masa mula2 aku tengok video persembahan dia (aku terlupa nak tengok live malam tu), tajuk video tu Ezad - Jesnita. Tapi aku tak perasan pun yang dia tak nyanyi lagu jesnita pun. Boleh? Sebab mula2 tu aku tak tengok betul2. Tengok sambil masak kat dapo. Lepas tengok kali kedua baru aku perasan rupanya dia nyanyi lagi mengintai ni. Komen aku untuk persembahan dia malam tu ialah, sebijik macam dalam kaset. Ada la sikit2 dia tukar, tapi secara kasarnya, sebijik.

Mengenai lagu mengintai ni, seingat aku lagu ni keluar masa aku duduk kolej seroja satu. Maknanya sekitar tahun 1997-1998 ar. Jap aku semak. Hah! Betul lah. Album jangan gentar tahun 1997. Kalau 1997 maknanya memang aku baru masuk itm la masa tu. Terbayang2 di mata satu situasi di mana aku dengar lagu ni ketika di dalam bilik asrama tu. Masa tu aku ada radio mini compo yang dipinjam dari eita. Eh, kenapa eita dah tak guna radio tu eh? Ok, dah lupa dah.

Zul Handy Black - Kau Yang Bernama Seri

Ingat lagu ni, tak boleh tidak, kita terpaksa ingat awie, kan? Tak dapat lari punya. Memang dulu semua ingat lagu ni lagu awie. Dan bila dengar dia nyanyi dalam gv ni, pun masih macam suara awie jugak. Tapi masih kategori sedap ar. Boleh tahan jugak. Orang kata, retis, kalau suara sama ngan retis lain, takkan ke mana perginya. Hmmm rasanya handy black ni pun ada 1 album je kot, kan? Pastu hilang begitu sahaja. Cuma zul ni selalu berlakon. So, orang masih boleh tengok dia la. Cuma tak tahu lah budak2 sekarang ni tau ke tidak dia ni dulu penyanyi. Tapi sebab dia carry nama handy black tu bersama nama dia, mungkin lah orang boleh agak. Kang sebut pelakon zul, zul mana pulak kan. Zul Arifin, Zul Yahya, Zul 2by2 (pelakon ke??) dll.

Okeh, walau pun lagu ni keluar tahun 1999, tapi satu scene yang aku ingat ketika mendengar lagu ni ialah semasa aku bekerja di kilang solectron pada tahun 2000. 2 minggu je pun aku keje kilang tu hehe. Tapi aku ingat, pernah terdengar lagu ni dari radio yang dipasang dalam bilik repairer. Masa tu aku jadi debug technician. Ada 2-3 orang je keje ni. Tempat kerja aku tu kat sebelah bilik repairer. Bilik ni besar sikit dan ramai. Meriah lah sikit berbanding keje aku yang selalunya duk sensorang ni. Tu yang siap ada radio dalam bilik derang tu. Dah, itu je memori aku pasal lagu seri ni.

Nizam Laksamana - Gugurnya Bunga Cinta

Kalau tak silap kali terakhir aku tengok dia nyanyi lagu ni samada dalam kilauan emas atau pun majlis anugerah (tak pasti anugerah mana). Masa tu dengar, pun macam dalam kaset. Dan nyanyian dia dalam gv ni pun sama macam kaset. Cuma aku tak ingat muka dia masa zaman laksamana dulu, jadi bila tengok sekarang ni macam tak matching pulak muka dengan suara dia tu ekekek. Jadi, kalau dah kata sama macam dalam kaset tu maknanya sedap lah kan? Yup! Suara dia pun masih power lagi. Selamba jer dia tarik. Makan apa la agaknya derang ni kan?

Darjah 6! Kalau tanya bab nostalgia lagu ni, aku cuma ingat darjah 6 je. Jap nak semak dulu. Ya betul sekali lagi. Lagu ni kuar tahun 1991 ketika aku dalam darjah 6. Ermmm ada tak scene yang diingati ek? Dia sekali dengan lagu kau yang tak mengerti kumpulan teja. Kalau lagu teja tu aku terbayangkan gol bola jaring. Entah kenapa bila ingat lagu teja tu aku ingat main bola jaring kat sekolah. Masa tu darjah 6 jugak.

Haiza - Dag Dig Dug

Macam baru je lagi aku sebut pasal lagu ni kan? Separuh akhir juara lagu tahun lepas. Dari segi persembahan, boleh dikatakan hampir sama dengan persembahan masa separuh akhir juara lagu tu. Dimulakan dengan 'assalamualaikum semua', ajak penonton sambut 'amboi', eh, boleh kata sebijik la. Tapi aku suka. Suara dia pun best serak2 basah gitu. Tak tau pulak aku rupanya sekarang ni dia jadi dj radio. Radio bestfm (dulu best104).

Lagu ni takde dalam memori aku sangat. Setakat tau je.

Farahdhiya - Bertakhta Di Hati

Sekali dengar je persembahan dia malam tu, terus aku cakap, ni persembahan paling best malam ni. Sedap je telinga mendengar. Aku sebenarnya dah lupa suara dia menyanyi macamana. Rupanya suara dia jenis besar set2 najwa mahiadin, fairus hussin, liza aziz gitu lah. Tapi lagu ni memang sedap pun.

Ingat lagi akma pernah nyanyi lagu ni dalam af dulu. Masa tu aku rasa sedap sangat dah akma tu nyanyi. Bila aku tengok balik sekejap tadi, eh tak terbanding lah dengan persembahan farahdhiya malam tadi. Jauh sangat. Tapi kalau tengok balik masa farahdhiya nyanyi dulu2 pun biasa2 jugak. Mentah lagi kan. Sebutan pun pelat, lidah oramputih kan. Mungkin bila dah jadi pelakon, sebutan tu satu aspek penting kan, jadi pelat dia pun hilang la sikit2. Kiranya hampir sempurna lah nyanyian dia. Ramlims pun puji nyanyian dia berada pada level yang lain. Cuma masih dengar lah jugak sebutan R orang key el dia tu hehe. Well...

Siti Nordiana - Paling Comel

Aku tak sangka dia akan nyanyi lagu ni untuk konsert pertama. Sebab aku jangka mesti semorang akan nyanyi lagu pertama yang betul2 menaikkan nama derang, dalam kes ni cinta hanya sandaran. Tambahan pulak lagu ni sebenarnya kan lagu duet. Tapi mungkin pihak produksi yang nak kan lagu rancak sikit kot. Kebanyakannya kan nyanyi lagu balada kan.

Lagu ni tak menonjolkan vokal pun sebenarnya. Tapi ok la, untuk konsert pertama ni, setakat untuk pengenalan je kan. Comel2, joget2 gitu kan.

Nostalgia tentang lagu ni dengan aku rasa nya takde kot. Cuma lagu ni lagu duet nana ngan achik kan. Teringat2 lah juga kisah derang dulu2. Kesian nana ni kan? Dua orang yang ada kena mengena dengan dia telah pergi menghadap Ilahi. Mula2 bekas suami dia. Tak lama pastu, achik pulak. Agak tragik juga la kisah hidup dia. Dalam gv ni pun tak boleh la derang nak buat surprise berkaitan pasangan dengan dia. Semoga dia bertabah je lah.

Sheeda - Angkat Kaki

Gamat! Gamat dewan tu masa persembahan ni. Lagu dangdut kan, mesti lah kena happening. Dan makcik ni pun masih ligat di atas pentas. Cuma tak boleh nak bandingkan dengan ifaraziah la kot. Sebab sheeda ni bukan jenis macam ifa aku rasa. Peserta tahun ni pun takde yang jenis2 tu. Ezlynn tu pun takat hyper je kot. Bukan spesis yang suka kontroversi2 ke hape.

Acong Sweet Child - Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan

Rambut kuning, muka ganas, nama macam orang tarik kereta, nyanyi lagu 'kenangan yang lama menjelma...' kikiki. Tengok muka memang tak sangka acong yang nyanyi lagu ni. Aku pun dah lupa sape yang nyanyi lagu ni sebenarnya. Tapi ni antara lagu2 yang femes gak lah zaman tu. Zaman2 eddie hamid kan. Masa zaman tu, asal sebut eddie hamid je, dah tau dah, mesti lagu meleleh lentok jiwang segala bagai. Tapi kumpulan rock. Boleh? Melankolik orang kata. Kadang2 geram jugak, apasal lah lentok sangat lagu ni ha? Menderita seksa merana sangat nampaknya.

Tapi ok jugak acong ni nyanyi rupanya. Macam dengar kat radio jek bunyi nya.

Ezlynn - Hi Hi Bye Bye

Ezlynn ni kira angkatan tak berapa lama la kan. Sama ngan farahdhiya. Tapi rasanya dia ambik artis yang lebih 10 tahun la kot. Persembahan dia nampak beriya2, tapi tak semput pulak. Terlebih gula agaknya bak kata jihan, minum glukos. Ezlynn ni suka menjahit rupanya. Skirt yang dia pakai tu pun dia jahit sendiri katanya. Aku rasa skirt pendek tu dia baru tambah kot. Sebab nampak warnanya macam lain dari skirt panjang tu. Lagi pun dia pakai legging kot. Kalau takde tutup depan tu memang mengundang lah kan.

Nassier Wahab - Sekali Aku Jatuh Cinta

Dia ni pun macam baru je tengok dia nyanyi. Kat mana eh? Masa tu aku cakap kat encik suami dia ni awet muda betul. Langsung tak nampak kedut kat muka. Pastu nyanyi muka selamba je, padahal tarik suara tinggi tu. Tapi dia memang masih aktif menyanyi pun kan. Takde lah berkarat suara tu ke hape. Dia nyanyi lagu ni pun macam nyanyi hari2 jek. Tapi persembahan dia ada lah berlakon2 sikit kengkonon buang gambar, buang hadiah gelpren yang tak setia gitu hihi. Effort tu penting ok. Minggu pertama dah berusaha. Orang lain rilek je nyanyi tegak. Tapi kalau kira markah terkumpul tu, kira dah boleh menang awal tu.

Azian Mazwan Sapuwan - Cinta Embunan Pagi

Ini pertama kali aku dengar lagu ni sejak berpuluh2 tahun rasanya. Pernah dengar, tapi tak ingat zaman bila tah. Mungkin ada la dengar baru2 ni kat radio sinar ke hape kot kan. Tapi tak perasan la. Suara dia macam dah membesar gitu, kan? Sesekali dengar lah suara kecik dia, tapi keseluruhannya dengar suara besar.

Kalau dia kata dia mula nyanyi pada tahun 1985, maknanya aku baru umur 6 tahun masa tu. Tapi seingat aku lah, pertama kali aku dengar lagu dia ialah lagu erti budi. Tahun bila tu tah. Tetiba aku terkompius antara dia dengan ruhil. Macam lebih kurang sama kot zaman derang. Sekarang ni aku selalu jugak lah dengar lagu dia sebab ada dalam playlist kereta. Selalu bila dengar lagu apatah yang ada suara lelaki ngurat dia ajak gi library, kami gelak2. Baru je minggu lepas dengar. Kalau tak silap juga dia ni dulu study kat itm. Kan ta? Dia ambik banking ek? Sebaya eita lah kot dia ni. Kira kalau dia tak buat degree, aku tak sempat lah terlanggar bahu ngan dia kat menara kikiki.

Cakap pasal itm, teringat aku retis2 yang pernah aku jumpa kat itm dulu. Antaranya off course la rozita izlynn. Kalau ko tak pernah nampak dia ni maknanya ko tak grad la kot hahaha. Sebab dia mesti nyanyi waktu selingan time konvo. Tapi aku pernah jumpa dia dalam bas mini dulu masa duduk seksyen 17. Lagi, aku pernah jumpa pelakon pak tam pak tam dengan ar badul tu. Alahhh sape pulak nama mamat ni. Baru ni dia arah telemovie perangkap perkahwinan. Ah, tak kisah lah. Nak cite tapi lupa kuikuikui. Yang penting nak cite mamat tu ambik course fotografi masa tu. Errr itu je lah kot. Hahaha 2 orang je rupanya. Boleh je aku reka cerita aku pernah jumpa beto kan... malas je hehehe.

Amir Ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Intro dia macam salah key sikit kot. Tapi keseluruhannya ok. Penyanyi ni kalau sampai tarik tinggi2 kiter tak heran sangat. Tapi yang pentingnya boleh turun nada2 rendah. Lagu ni kan mula2 tu sumer rendah kan. Semuanya dia berjaya lepasi dengan jayanya. Part tinggi dia pulak agak berusaha ar. Risau jugak lah aku. Tapi masih dikira ok lagi. Suara masih macam dulu2 jugak.

Lagu ni sebenarnya ada kena mengena lah sikit dengan aku... eceh. Lagu ni kuar masa aku tingkatan 3. Tahun 1994 la maksudnya kan? Masa tu meletup2 la lagu ni. Album bisa berbisa tu pun pecah rekod jualan tertinggi jugak lah masa tu. Masa tu jugak aku belum berpasangan lagi hukhukhuk. Tapi bila kami mula2 rapat awal2 form 4 tu, kira masing2 ada kisah di sana menanti di sini menunggu ar di situ. Takyah citer lah kan. Nak tau cite kena belek arkib la kan kihkihkih. Dan selepas tu, berkait pulak dengan lagu sebak. Hadoi lah... typical remaja betul. Pendek kata, selepas2 tu semua lagu ukays nak dikaitkan dengan kisah chenta. Tapi paling win lagu kekasih ku la. Fuh2! Mintak2 nanti ada lah sekali amir ni nyanyi lagu kekasihku dalam gv ni. Kalau2 boleh nyanyi lagu pilihan sendiri la kan.

Okeh, kalau nak ulas pasal lagu2 ukays dan uk's ni memang banyak. Lenkali la yea...

So, demikian lah berakhirnya konsert pertama. Tak sabar nak tengok konsert kedua hari ahad ni. Amir akan nyanyi lagu sudirman. Harap2 clear lah live streaming dia tu nanti. Sementara tu aku nak ulang tengok konsert pertama ni 10 kali dulu. Ok, bye!

p/s amir ukays ada parut chicken pox kat tempat yang sama!

1 komen:

eita said...

Yup.. Azian Mazwan Sapuan tu sebaya akak. Masuk itm pun saing tapi abis diploma tak sama. Dia tak sempat grad pun. 1 sem je. Masuk sem 2 dia dah tak de kat situ. Dgr citernya kawin. Awal dia kawin. Tu yg anak 7