Wednesday 21 October 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Okayama & Hiroshima : Miyajima Island


Sambungan uols...

Besok pagi tu, kami keluar dari rumah member tu pukul 6.30 pagi. Member tu cakap kalau lambat nanti parking kete jauh, kena menapak. Kami pun akur je lah dengan cadangan tersebut. Tapi memang sedap pun jalan pepagi cenggitu. Macam pukul 8 pagi kat mesia ar. 8 pagi hari cuti. Kalau hari keje, sedap mendenya.

Tujuan kami yang pertama ialah untuk ke Miyajima. Ingat mijyajima, ingat torii gate besar dalam air. Miyajima ni sebuah pulau kecil. So, nak pergi situ kena naik feri. Alaaa macam feri penang tu je lebih kurang. Jarak dari mainland pun lebih kurang penang jugak. Miyajima ni juga terletak ke bawah lagi dari hiroshima. Tapi dia masih di bawah jajahan takluk hiroshima la kot. Boleh juga kalau pergi ke sana ikut jeti kat hiroshima, tapi aku tak pasti lah pulak kat mana. Tapi ada la, sebab time kat sana ada kaunter tiket nak ke hiroshima. Tapi secara mainstream nya, orang pergi ikut jeti miyajima ni. So, anggap tak tau je lah pasal hiroshima tu.


Dah sampai kat jeti tu, misi mencari parking. Ada yang dekat betul2 sebelah jeti tu, tapi kenapa tah, tiba turn kami pak guard tu suh jalan terus. Padahal nampak masih ada kosong. Maka terpaksa lah kami cari parking lain. Tak lah jauh mana, tapi kena seberang jalan ikut tunnel 2x lah jugak. Parking fee nya 1000 yen sekali masuk.


Ok, kat depan tu je jeti nya. Ada stesen ketapi juga dekat2 situ. So, senang lah kalau nak pergi sini naik train. Miyajimaguchi nama stesen tu. Boleh naik dari hiroshima rasanya.

Beli return tiket 360 yen sorang. Oh, dia ada 2 company feri. Satu JR. Kami naik yang satu lagi. Lupa lak nama dia.

Miyajima atau pulau miya.

Cepat! Feri nak dah nak jalan! Ferinya ada setiap 10 minit.

Kami naik yang 9.15 punya.

Kecik sikit kot dari feri penang.

Sempat lagi tu.

Oleh sebab jakun, kita duduk kat luar la.

Yang tu feri JR.

Hiroshima,

Masih awal pagi, feri yang patah balik kosong jek,



Dah sampai... mari kita berbondong2 pergi ke sana.


Takyah pergi nara la kalau camni. Kat sini pun ada banyak rusa.


Kasar bulu dia.

Lupa pulak, kat langkawi cable car pun ada rusa jugak kan?

Rusa takde tanduk.

Itu dia torii gate besar dalam air nya. Tak dalam air pun? Memang lah tak sebab pagi, air surut. Nak tengok dia dalam air kena datang petang time air pasang. Okkkey...


Ibu dan anak.

Comel la muka anak dia.

Tempat sewa pakaian samurai pun tak bukak lagi.




Gitu... kekdahnya bila datang waktu pagi. Semorang nak bergambar dekat2.

Batang torii gate ni dibuat dari batang pokok sebenar.







Terik.





















Ok, sebenarnya kat sana tu lah tempat ambik gambar yang paling sesuai, terutamanya time air pasang. Tapi kami tak masuk pun shrine tu sebab kena bayo, 400 yen rasanya. Baik lah ko menderma kat tabung mesjid, kan. Tapi kalau nak bergambar kat situ kena beratur. 


Eh, tak abis lagi?




Tak masuk, tapi keluar. Aku tak perasan pun signboard kata takleh masuk tu. Cuma nak bergambar jek.




Pastu keliling pulau tu ada banyak je shrine2 yang lain.









Dan pulau ni juga terkenal dengan industri senduk kayu camni. Nak wat senduk nasi ada, nak wat deko pon ada.

Satu aktiviti wajib kat sini ialah makan oyster/kaki bakar, yeay! Eh, buah pessimon pun derang panggil kaki jugak?

Oyster yang sedang dibakar.

Sepinggan dapat 2 ketul.



Beli satu set je. Aku bukan boleh makan seafood2 ni sangat sekarang. Buat rasa2 je.

Nyum.... sedap sangat!

Buat kecur orang je.

Hingga titisan yang terakhir.

Ok, pasni beli kat tachiya bakar sendiri je yea. Aritu dah try beli, 580 yen dapat 7 ketul.

Pagoda.






Okeh, dah boleh balik. Sebelum tu, kasi gambar satu round lagi.








Eh, terlupa nak bergambar dengan baju samurai.


Hamboi... lawan dia. Seksa la pulak.

Hiyark!










Dah, gitu je, 1000 yen huhuhu.

Pastu kami jenjalan di kedai2 omiyage.

Sesenduk.

Kuih ni pun popular di miyajima. Macam bahulu berinti gitu.

Senduk pelbagai saiz.

Boleh lukis2.

Momiji kurowassan? Maksudnya?

Banyak je kedai oyster.

Gebu betul pau tu.

Ini pula senduk terbesar katanya.


Maklumat pasal senduk gergasi ni.




Replika.

Yang ni dia buat sate kaki.

Hah! Tu dia. Nama ferry yang kami naik tu ialah matsudai. Dan kanan tu jeti untuk ke hiroshima seperti yang aku cakapkan tadi.


Bye bye miyajima!




Semakin ramai orang pergi ke sana. Siap lambai2 lagi hihi.






Yang menanti di jeti.

Fuh, sibbaik kami dah balik. Cenggini mau lepas 2 trip feri baru dapat naik ni.

Selesai jalan2 di miyajima. Seterusnya kami ke bandar hiroshima. Ingat Hiroshima, ingat apa?

0 komen: