Sunday 18 October 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Okayama & Hiroshima : Tottori Sand Dune & Museum


Pagi isninnya, seawal jam 6.45 pagi kami dah keluar dari rumah. Plan asal nak keluar pukul 6 pagi. Tak sempat sarap kat rumah, sarap dalam kereta je. Aku tak kisah pun. Yang penting nak kena sampai ke sana awal supaya tak menempuh jam. Biasa lah, tourist spot kan. Bukan orang lain pun yang jadi tourist nya... orang2 jepon ni jugak.

Sampai di Tottori lebih kurang pukul 9 pagi. Nasib baik tak jam lagi dan senang jugak lah dapat parking. Free pulak tu. Tapi itu pun dah ramainya la maknusia. Pukul berapa derang ni datang ha? Siap ada yang dah nak balik pun. Ye lah, sekarang pukul 6 pagi tu dah terang benderang dah kan.

Ok, apakah tottori sand dune ni? Dia sebenarnya tepi pantai je. Cumanya pepasir di tepi pantai tu ala2 padang pasir punya pasir. Gitu. Menurut sejarahnya, abu dari gunung berapi ke hape tah bertiup ke situ sampai membentuk pasir tu. 100,000 tahun jugak lah nak sampai jadik macam tu katanya. Haaa zaman mesopotamia dah ada ke tidak tah masa tu.

Niat aku nak share gambar2 ni kat fb terbantut gara2 tersentap bila lepas aku share gambar kapal selam, member aku cakap kat melaka pun ada. Jadi, aku tak nak lah nanti aku upload gambo padang pasir ni, dia kata kat melaka pun ada, kan? Aku tau lah ada pasir kat pantai klebang tu kan... Tengok lah nanti, kalau hilang sentap aku ni, aku share lah kat situ. Tak pun, aku hide je post tu dari orang2 melaka ek huhuhu.

Okeh, mari menikmati pemandangan pesisir laut jepun di Tottori. Ni first time aku sampai ke laut jepun tau. Selama ni asik tengok lautan pasifik je.
Waktu keluar rumah nak ke kereta. Kemain lagi si kecik tu memimpin tangan encik suami.



Orang2 kampung. Dulu selalu jumpa 2 orang yang besar tu je mengikut mak dia bara'an time raya. Tiba2 dah besar dah.

Tiba2 sama pulak baju merah.

Kawasan tempat parking.

Basically ini lah kawasan padang pasir nya. Nampak tak ramai orang kat puncak bukit tu? Aku pun pegi ke situ jugak.

Kat sini pun semua nak mengikut encik suami hihihi.


Nampak macam landai je kan... tapi hongeh jugak lah memanjatnya.

Belah sana tak ramai orang, tapi ada rumput. Tak feeling fadang fasir la pulak.



Ada yang curam, ada yang landai, pilih je lah.


Budak bertiga ni nak ikut encik suami panjat tempat yang curam tu.



Nampak merah2 tu, derang lah tu.

Dah nak sampai dah tu.

Sikit lagi.

Dah sampai...

Giliran aku pulak. Boleh agak lah aku naik ikut mana...

Budak2 seronok la turun naik main pasir.


Member pregnant2 pun naik jugak.




Tu diaaa... Laut Jepun. Tengok dari jauh je lah. Kang turun nak kena naik balik pulak. Pastu nak balik kena turun dan naik lagi. 

Mesti aman je perasaan orang dalam kapal layar tu ek?




Dari jauh nampak bot ni bawak 'pulau'.

Boleh naik benda alah kuning tu. Setakat dari atas ke bawah je.

Tiba2 makin dekat, pulaunya makin hilang.

Layan dak ni main pasir.


Tiba2 pulau dah hilang. Rupanya bot tu buang pasir pastu dia patah balik semula.

Tengah u-turn. Nampak ada kesan pasir kat air tu.

Pasirnya, bukan pasir pantai biasa.

Apa motif dia buang pasir kat situ eh?


Sebelum balik, kami pun bergambar2.













Orang semakin ramai datang.














Rupa2nya, nak balik pun kena mendaki jugak. Lagi lah penat!




Separuh jalan dah pancit.


Kat atas ni ada 2 ekor unta. Budak2 boleh naik unta, jalan 3 minit dan bergambar. Member bawak lah anak2 derang gi sini. Time ni untanya tengah rest sekejap. Tu yang semua beratur tunggu unta tu hilangkan penat dia. Sementara tu, kami pergi ke museum. Haaa ni lah dia tempat yang best sebenarnya.


Nak pergi ke museum tu boleh naik benda alah ni. 300 yen sehala.

Ada restoran dan souvenir shop kat situ. Dan boleh tengok pemandangan dari jauh pulak.





Mulanya kami dah hampir berputus asa dah nak cari museum ni. Nyaris2 nak naik bas balik semula ke bawah sana. Kebetulan bas dah nak jalan dan kami kena tunggu bas lain. Sementara tu try la tanya pakcik jaga bas tu, kat mana museum. Laaa kat tepi tu je ha. Terlindung sebalik pokok je haha. Sibbaik tak jadi naik bas. Tapi tu sebenarnya pintu kedua dia. Pintu utama kat tepi jalan sana. Tiket masuk 600 yen sorang. Beratur nak masuk dia punya lah panjang. Melingkor2. Tingkat bawah je pun dah melingkor, naik tangga pastu melingkor lagi, baru lah sampai ke pintu masuk. Dah masuk tu baru lah dah takyah beratur dah. Kami baru masuk, member dah siap naik unta dah. Terpaksa lah derang tunggu kitorang. Derang tak join gi museum sebab dah terjebak naik unta je pun dah beribu2 yen habis. Rasa tak best pulak, kan? Dah la kitorang yang tumpang derang.

Okeh, tema pameran tahun ini ialah Germany. So, sculpture2 dia semuanya pasal jerman la. Pameran ni boleh dilihat sampai bulan januari tahun depan. Bermula bulan mei aritu kalau tak silap. Tahun lepas kan aku ada pergi sand festa cenggini jugak kat kiso sansen kan? Ingat tak? Lebih kurang cenggitu lah benda alah ni. Tapi lebih detail dan kemas la. Cuma kat sini yang tukang buat nya tu oramputih2 la. Memang professional sculptor peringkat antarabangsa gitu.


Ini sculpture pertama yang ditemui di luar pintu kedua.




The diary of a young girl.



Kisahnya...




Di pintu masuk. Excited nya!


Lighting kat dalam ni ala2 romantik gitu. Gambar pun nampak ada tone. 






Betapa halus dan berseni nya.















Yang ni ada sculptor jemputan tolong buangkan tanda salib hihi. 


















Kat belakang tu castle yang paling besar. Cantik betul dia buat.



Cindrella.

Adoiyai...

Silap sikit... patut tengok bawah.


















Acara merobohkan tembok berlin.














Kontemporari.














Tengok dari tingkat atas pulak.











The sculptors.


















Ini yang terakhir kat luar pintu utama.

Habis tu, member datang ambik kami kat pintu masuk museum. Pastu bermula la misi cari makan. Memang takde bawak bento apa untuk lunch sebab tau ada kedai makan kat sana. Sampai cafe yang dimaksudkan, tutup la pulak... Hadoiii. Dah tau cuti2 ni ramai pelancong lagi dia tutup pergi melancong jugak. Sudahnya kami beli bento je kat supermarket depan cafe tu.


Pas makan, kami pergi ke masjid tottori. Lepas tu nak pergi cari makan lagi. Tadi makan alas perut jer. Oh, dan kami tak sempat pergi ke kampung detective conan sebab dah lewat. Kalau kami berdua je rasanya sempat je pergi. Tapi member pun dah penat dengan anak2 lagi kan. Lenkali je lah.











On the way tu terjumpa satu kedai india baru buka. Gi tanya dia pasal halal, dia cakap ayam ngan kambing dia halal. Dengan lafaz bismillah, kami pun makan kat situ huhu. Tapi roti nan dia memang sedap sangat!

Pas makan, kami pun balik, Jammed sikit time balik. Masa kami keluar dari sand dune tadi pun kereta yang datang tengah jammed jauh giler! Memang keputusan yang tepat lah kami keluar lepas subuh tadi.

Abis dah... next, destinasi kami keesokan harinya ialah Hiroshima.

3 komen:

nazayiena said...

bestnya jln2...

Azira said...

Wahh nak masuk 5 la anak membe tu? Baper yg made in japan huhu... Haha kapal selam mana yg dorang kata ade kat melaka??

AyunasiA said...

Zira.. Masuk ni 2 org la made in japan...

Tah ada kapal selam buruk katanya.. siap tunjuk gambo lagi.