Monday 17 August 2015

Flyers Aeon Big


Demi nakkan stiker raya yang comel2, maka terpaksa lah aku add aeonbig ni sebagai friend aku kat LINE. Sejak itu, selalu lah aku mendapat online flyers dia. Memula aku buat tak tu jek. Tapi satu hari tu, dia kasi satu flyer yang agak menarik. Terus aku tengok balik kesemua flyers yang aku dapat sebelum2 ni. Alahai, rindu pulak ngan mesia. Selalu bila hari jumaat je, balik kerja mesti bersepah2 benda alah ni kat depan rumah. Memang betul2 derang fly kan dia dari luar pagar. Tapi aku rajin jugak lah membeleknya. Selalu nak tengok harga air oren peelfresh ngan susu coklat dutch lady. Agak membantu jugak lah benda ni selalunya. 


Ubat gigi darlie pun aku selalu monitor harga dia hihi.

Chicken thigh tu murah!

Sabun shokubutsu tu murah! Baru je semalam stok shokubutsu yang aku bawak hari tu habis. Nama je produk jepun, tapi takde pun sabun tu kat sini.


Aku pasti akan membeli oren sanquick itu! Murah tu weh!


Eh eh sunquick tu lagi murah. Menyesal beli minggu lepas hihi.

Haaa ini lah dia flyer yang aku kata menarik tu. Siap ada resepi lagi. Walau pun dia cuma nyatakan harga ayam jek, tapi bahan2 rempah dia tu pun boleh dibeli di situ juga. Promosi secara tidak langsung la ni.

Ni satu lagi. Menarik, kan? Errr ke aku je rasa benda ni menarik?

Pergh! Tetiba aku rasa nak masak lodeh plak ni.

Okeh, itu je nak cite. Tata!

0 komen: