Tuesday 25 August 2015

Asbab Kejatuhan Nilai Ringgit, Hikmah & Rentetan


Asalnya aku nak cerita pasal asbab dan hikmahnya, tapi hari ni dia berjangkit menjadi satu kisah rentetan darinya pulak. Dah lama takde peristiwa penting yang layak diblogkan.

Okeh, mari aku mulakan.

Segalanya bermula apabila nilai mata wang RM semakin menjunam. Sebenarnya kami kat sini tak sepatutnya terasa sangat sebab selain RM, encik Yen pun turut sama berscuba diving. Tambahan pula, scholarship encik suami diberi dalam nilai wang Yen. Kiranya, gomen lah yang menanggung keperitan akan kejatuhan nilai RM sebab terpaksa keluar duit lebih untuk kami. Tapi, buat masa sekarang, nilai tukaran RM-Yen masih lagi pada paras hari kami mula2 datang dulu, iaitu sekitar 100 yen= RM3.35. Pendek kata, takde banyak kesan lah pada kami kat sini. Jatuh2 yen pun, harga minyak turut jatuh. Dari sebelum ni setinggi 170 yen seliter, sampai sekang ni tinggal 122 yen jek. Syok ler kalau dapat berjalan2. Tapi, non hado. Asik bizi jek. Duduk rumah je la diam2.

Namun, demi mendengar cerita tentang nilai rm yang semakin lemah, sampai tahap duit pokok pisang katanya tu, aku pun mula la gelabah sikit sebab aku dah berniat nak keluarkan sikit duit dari akaun mebeng dari sini. Last year time rm belum jatuh, sebaliknya yen yang jatuh terlebih dahulu, aku boleh keluarkan rm5k dan dapat lebih 170k yen. Tapi hari ini, untuk rm5k, cuma boleh dapat 148k yen jek. Beza 22k tu, bih kurang rm700 tau. Pergh! Boleh dapat 20pcs dinner set noritake tu hahaha.

Ha itu lah pasalnya. New year tahun depan konon nak terjah noritake punya sale. Tu yang kena keluarkan duit tu. Lagi pun dah banyak benda yang aku beli kat sini, tapi orang bayar kat mebeng tu. Jual kain, jual bedak, jahit baju. Sikit2 pun lama2 jadi banyak juga. So, sebelum situasi semakin parah, baik aku keluarkan duit siap2. Nak dipendekkan cerita, maka pada hari jumaat lepas, aku pun suruh lah encik suami withdraw. Charge sekali transaction rm12 jek. Jek tau. Bajet banyak duit sangat!

Tiba2, tak boleh. Aiyok! Rasa macam aku dah setting foreign transaction tu selama2nya. Ni mesti ada syarat baru lah ni. Nak kata setahun je, tahun lepas aku withdraw tu dah lebih setahun dari sebelum aku datang sini. Apa2 lah wak... Maka terpaksa lah aku membuat setting baru. Sibbaik boleh buat online sekarang. Kalau tak dulu, kena cucuk kat atm mesia baru boleh. Dan bila nak setting tu, aku pun terpaksa lah on kan roaming henfon aku ni untuk terima tac no. Semenjak pernah aritu aku kehilangan berpuluh2 ringgit kredit gara2 menerima bertubi2 miss call dari entah siapa entah, aku dah tak roaming dah. Kalau tak sebelum tu 24 jam roaming, takde mende pun. Kenapa ntah.

Lepas settle tu semua, dah keluar duit bagai, aku terlupa nak offkan balik roaming tu. Sampai lah besoknya, aku dapat sms dari celcom memberitahu nombor telefon aku ni akan pencen (dia tulis retired) pada 1 september 2015. Dia suruh top up soon. SOON ok. Sepatutnya dia kena cakap as soon as possible, baru lah aku top up dan2 tu jugak.

Tapi tidak. Jadi, aku pun buat2 lengah je lah. Ada masa seminggu lebih lagi. Itu pun, sibbaik jugak aku masih roaming lagi, maka dapat lah aku sms tu, kan. Kalau tak, aku dah tulis kat kalendar ni ha, dia expired 3hb. Maksudnya? Maksudnya aku pikir, kredit aku tu laku selama 3 bulan sebelum kena potong. Tapi sebenarnya bukan 3 bulan. 90 hari! Serupa tapi tak sama, kan? Haaa nampak tak kekeliruan berlaku di situ? Ok, bukan ke bulan 7 dan 8 ni duduknya dekat sendi penumbuk jari kelingking, kan? (dulu kecik2 diajar cara kira jumlah hari dalam sebulan guna kekdah ni). Maka, bulan 7 dan 8 ada 31 hari. Kiranya aku dah short 2 hari kira2 3 bulan tu. Wah! Sampai begitu sekali aplikasi matematik berlaku di situ. Dah lah encik suami selalu cakap aku ni lemah aplikasi matematik. Rupanya memang betul pun huhuhu.

Ok, undur sikit cerita. Sampai part dapat sms tu, besoknya, aku pun screenshot sms tersebut, kononnya nak up kat ig lah tentang hikmah aku meroamingkan henfon ku itu. Tapi semalam terlupa langsung pasal tu. Tetiba hari isnin, aku terbukak gambar screenshot tu. Apa lagi, melompat lah aku, cecepat nak top up. Dan seperti biasa, aku top up guna mebeng2u. Mula2 masa pilih nilai tu, dalam hati dah berkata2, eh, dah ada balik top up untuk network? Sebelum ni ada, pastu lama jugak takde, ni ada balik. Masa takde tu dia cuma jual airtime jek. Dan aku pun pilih airtime rm31.80. Tiba2, bila sepatutnya keluar page yang suh masukkan tac number tu, dia keluar mesej, nombor telefon invalid.

Phew! Berderau darah aku. Aku log out dan cuba semula. Pun sama. Pastu aku log out dan tutup browser sekali dan cuba semula. Pun sama jugak. Ok, panic button ditekan! Cecepat text encik suami. Beliau suruh cuba call telefon guna skype. The number you have call is not in service, katanya. Neno neno neno. Rasa nak pengsan sekejap, bangun dan ini semua mimpi. Eceh. Macam episod hitam sangat jek. Over jek. Baru je semalam ke kemarin tah, dengar cite rody melalui kes yang sama, tapi boleh diselamatkan. Cumanya kredit yang ada dalam tu hangus. Huaaa banyak tu kredit aku.

Tarik nafas, hembus. Ok, dah boleh befikir sikit. Selepas boleh mengawal perasaan, baru lah otak rasional aku berfungsi. Telefon celcom customer service. Telefon2...

Memula baru aku nak meluahkan perasaan, orang tu cecepat memotong. Tapi sempat lah aku cakap pasal 1hb retired tu haha. Memula dia buat pengesahan diri dulu. Oh ye lah, lupa. Bagi nama, ic segala bagai. Pastu dia tanya, cuba berikan nombor telefon orang yang terakhir aku hubungi? Erk! Bila zaman pulak kali terakhir aku buat call? Rasa masa balik mesia aritu kot? Aku pun cakap lah, aku tak ingat sebab aku tak berada di mesia dan guna telefon ni untuk tujuan tac number jek. Ok, takpe, katanya. Dia pun terus cakap, menurut rekod dia, kredit aku expired 3 julai. Ya, betul, saya tau tu. Tapi katanya lagi, oleh kerana aku tak top up dalam tempoh 51 hari selepas itu, maka diorang sekat nombor aku tu. Eh, bukan 60 hari ke patutnya? Kan sms ni kata 1hb september? Ya, 1hb september tu dia akan potong terus line, tapi 51 hari ni dia kasi gertak dulu dan cuma block jer. Dia tak lah cakap gertak tu. Aku je membesar2kan cerita hehe. So, apa yang boleh saya lakukan? soal ku. Ayat novel sikit. Ok, cik boleh pergi ke celcom centre berhampiran, bayar rm30 untuk aktifkan semula. Dan selepas itu, dalam tempoh 24 jam, cik kena buat at least satu call (nak tunjukkan keaktifan berlaku) dan baru lah kredit rm30 yang dibayar pagi tadi (kalau bayar pagi tadi la) bersama2 baki kredit yang sedia ada jika ada, dikreditkan semula ke akaun cik. Dan juga, selepas pengaktifan itu, secara automatik seolah2 cik menggunakan simkad baru ya cik. Ooo baru aku faham. Dalam kes rody, kredit dia hangus sebab line dia dah kena potong terus. Kira aku masih bernasib baik dan diberi peluang kedua lah ni huhuhu.

Eh jap, tapi cemana aku nak pergi ke celcom centre berhampiran tu? Eh, ye tak ye jugak, kan? Ok, pastu baru lah dia memberi alternative solution. Cik ada saudara mara di mesia cik? Opkos la ada, kan. Ok, kalau ada, cik boleh wakilkan saudara mara cik untuk melakukan pengaktifan seperti yang diterangkan tadi. Tetapi cik perlu sediakan surat kebenaran untuk mewakilkan saudara tersebut beserta salinan ic cik. Ok... dah lega sikit di situ. Belum lega lagi sebab belum buat lagi kan.

Sebelum mengakhiri perbualan itu, dia cakap lagi, oleh kerana cik berada di luar negara, cik boleh memanjangkan tempoh kredit cik sehingga 2 tahun ya cik. Maksudnya, takyah top up? Itu je pun yang penting sebenarnya hihi. Ya, tak perlu top up, tapi ada charge sedikit, rm30 untuk setahun, rm50 untuk 2 tahun. Waaa saya suka! Cik boleh dail bintang satu lapan lapan pagar atau sms... eh cop cop. Aku pun mencapai pen dan kertas. Apa nombor tadi? bintang satu lapan lapan pagar. Sempat aku berfikir dulu sebelum menuliskannya. Bintang tu aku faham lah kan. Tapi pagar for hashtag? Jangan dipagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke laman orang...

Ok, atau? Atas sms EXP (dia sebut E untuk apa tah, X untuk apa, P pun untuk apa, tapi aku tak ingat). Ok, semula sms EXP1 untuk setahun atau EXP2 untuk 2 tahun dan hantar ke 28882. Dan ikut je arahan selepas tu. Ermmm satu sms rm5 ok. Tapi takpe, kredit ada beratus2.

Dan semalam juga, aku telah menaip sepucuk surat kepada celcom centre. Lama giler tak tulis surat rasmi. Formatnya pun aku dah lupa. Sebelum tu kena membuat pilihan, siapakah saudara mara yang bakal menjadi mangsa huhuhu. Akhirnya aku memilih kakak ku yang berada di perlis. Settle email surat dan ic, berdebar menunggu hari esok, hari penentuan. Eceh. Macam nak dengar keputusan hukuman gantung jek.

Dan tengahari tadi, segalanya telah selesai. Belum selesai betul la. Line telefon dah aktif, tapi belum boleh buat call. Incoming call ok. Betul lah kot dia kata tunggu 24 jam baru dia masukkan balik baki kredit yang lama. Takde kredit cemana nak call, kan? Lepas tu barulah boleh buat pemanjangan tempoh kredit 2 tahun tu. Tapi kalau besok pun tak boleh, aku hantar bom atom ke celcom.

Fuh! Nampak tak di situ? Dari asalnya nak keluarkan duit, on kan roaming nak dapatkan tac no. sebab takleh withdraw, lupa offkan roaming (hikmah) dan dapat sms retired, ambik gambar screenshot kemarin, ternampak gambar tu hari ni dan nak top up, tak boleh topup sebab kena block dan call centre, akhirnya tau rupanya boleh extend tempoh kredit (rentetan). Semuanya asbab dari kejatuhan nilai ringgit! Nampakkk...

Updated:

Nak dijadikan cerita, masa aku beritau pasal nak pencen 1hb tu, encik suami suh top up time dah hujung2, 30hb ke 31hb Ogos gitu. Tapi aku yang nak top up awal. Kalau lah betul aku top up tu 30hb contohnya, dah tentu2 besoknya tu dah cuti 31 ogos. Alamatnya memang hangus lah kredit aku yang terkumpul selama ini. Feh!


0 komen: