Tuesday 7 July 2015

Cuti - Cuti Jepun Edisi Tokyo : Tokyo Tower, Government Building


Sambung sikit lagi. Selepas selesai di masjid, masih ada masa lagi. Check in pukul 3 petang. So, kami cari Tokyo Tower yang terletak di area Roppongi. Orang kata, dah tak ramai orang pergi tokyo tower ni sejak ada skytree. Tapi tak sama kot dua2 tower ni. Tokyo tower ni bentuk eiffeltower, skytree bentuk menara KL hahaha. So, tak adil lah nak compare, kan. Cumanya tokyo tower ni dah lama, so ramai yang dah pernah pergi lah kot. Tapi, sebagai seorang pelancong dari Malaysia, aku kena lah pergi kedua2nya, kan. Nak pergi mana je pun kat tokyo ni kalau tak pergi situ.

Suasana trafik di tokyo lebih kurang sama ngan nagoya. Susah nak jumpa jammed kalau hari2 biasa, tapi kena lah bersabar dengan traffic light.

Ni kat area Roppongi. Dah nampak tu tokyo tower nye.

Ok, jauh lagi. Ingat macam pencawang letrik je saiz dia hahaha.


Mat Despatch pun pakai suit ok.

Rupanya besooo... Sakit leher lah jugak dongak nak tengok.






Jalan2 tengok souvenir. Banyak sangat, last2 tak beli pape.

Tak tau pun one piece ni katun pasal apa, tapi dah orang sibuk ambik gambo kat situ, aku pun ambik la jugak.

Wateve...

Ni replika kawasan tower ni sebelum pembinaannya. 

Sesetengah benda, hanya cantik di mata, tidak dilensa. 

Replika mini tokyo tower.

Yang ni siap ada lampu2.

1958 tu tahun pembinaannya.

Gigih nak wefie jugak.


Botol air pun bentuk tower. Berganda2 regenya.

Mega structure.

Alaaa terlindung pulak.

Alaaa tangan tak sama.

Okey, cantik! Tapi tak se centre yang kat atas ni.

Tak nampak menara pun.




Kat situ parking dia sejam 300 yen. Banyak tul polis meronda kat tokyo ni. Tak berani nak parking suka2 hati. Dari sini, kami terus cari hotel. Dah booking dah hotel kat shinjuku. Sampai kat hotel tu, kami terus ke belah belakang dia, tempat parking. Tetiba datang sorang ni berpakaian uniform, naik beskal. Memula dia tanya kite nak buat apa. Pastu dia mintak lesen memandu pulak. Kendian baru dia tolong bawak gi front desk. Ingat pak guard ke. Polis rupanya. Sibbaik tak buat salah.

Tinggal bilik smoking jek. Elok juga, senang nak memasak dalam bilik.

Tak sabar nak berendam dalam tu.

Sampai2 terus panaskan sambal tumis. Cicah ngan roti. Lapar nasik!!!

Selepas mengalas perut dengan roti manis cicah sambal tumis yang tiba2 sedap lah pulak ni, kami keluar lagi. Kali ni nak pergi meninjau pemandangan sekitar tokyo dari sebuah bangunan tinggi. Nak tengok dari atas tokyo tower atau skytree macam mahal sangat la pulak. Kite suka benda2 free je.

Nun di hadapan tu lah bangunannya. Metropolitan Government Building namanya. Dalam 10 minit gitu berjalan dari hotel tadi.

Nampak tak benda putih tu? Lif berbentuk surf board.

Coccoon apatah nama bangunan ni. Bentuk dia tu yang macam coccoon. Malas pulak aku nak research. Lama sangat sampai dah lupa. Tapi ada kaitan dengan education la.

Dah sampai, tapi tak tau nak masuk ikut mana.

Nyaris2 kami nak give up dan balik je. Tiba2 datang sebuah bas persiaran bawak tourist dari china kot. Tourist mestilah nak pergi situ, kan? Lantas kami pun follow lah group derang. Ooo dah ikut baru nampak signboard suruh turun bawah. Masuk ikut bawah. Bangunan ni ada twin tower. Dia ada hari2 dan waktu2 tertentu untuk naik antara 2 tower ni. Macam hari tu kami naik yang belah kanan punya. Tingkat 45.

Masa tunggu lif tu baru lah jumpa ramai tourist yang lain. Masa kat atas tadi tak nampak orang pun (sebab dah lepas office hour, orang dah balik keje kot)

Kami sampai situ dah nak maghrib. So, sempat tengok waktu siang sekejap je. Tapi memang padat lah tokyo ni. Baru lah nampak apa yang dipanggil kota metropolis tu.

Saujana mata memandang, bangunan saje. Belah ni nampak bangunan rendah2 jek.

Nampak tokyo tower dari sini. Kiri tu bangunan coccoon tadi.

Ada legend untuk bangunan2 penting. Tak nampak pulak tulisan nama bangunan yang nombor 5 tu. 

Dah mula gelap, susah nak ambik gambar dari balik cermin.



Banyak jek bangunan dengan helipad. 




Mini bangunan gomen ni.

Ramai orang, segan nak ambik gambo sendiri.




Sepatutnya boleh nampak fuji-san kalau cuaca clear.

Belah sini banyak bangunan pencakar langit.


Tokyo tower dah pasang lampu.

Yang ada jam tu bangunan docomo, company telco.





Aku batuk time ni, so terpaksa bertopeng ke mana2. 

Gamabr dia boleh je terang, ek? Gambar kite, kalau tak gelap, goyang. Hmph!


Pastu kami berjalan ke stesen shinjuku. Ramai giler manusia! Oh, ini lah tokyo!

Ada juga gelandangan kat sini.

Banyak shopping mall kat area stesen ni. Kami jalan2 je lah.

Orang yang kat tepi tangga tu semua tengah smoking. Memang tempat dia.



Dah habis survey, kami pun balik ke hotel. Survey kat mana nak naik subway besok sebenarnya. Balik hotel, terus masak nasi, panaskan lauk. Pas mandi terus makan.

Menu malam itu, ayam keramput. Sayur timun sajork.

Tamat sudah cerita hari pertama. Esok full swing dari pagi sampai ke malam. Larat ke tidak???



0 komen: