Monday 27 July 2015

Cuti-Cuti Jepun Edisi Tokyo : Asakusa


Adoiyaiii... cemana nak tulis entry kalau banyak yang dah lupa ni??? Tengok gambo pun dah lupa kat mana tempat tu. Aku main agak2 je lah ye.

Hari kedua di Tokyo dimulakan dengan perjalanan menaiki chikatetsu menuju ke asakusa. Malam tadi kan dah survey stesen shinjuku kan. Dah tau lah kat mana nak naik train. Line hijau. Sekali gugel2, terjumpa stesen kecik dekat2 dengan hotel tu. Kalau ke stesen shinjuku tu kena menapak jauh sikit. So, kami pun pergi lah ke stesen yang dekat tu. Lupa lak nama stesen nya, tapi ada maksud ala2 'dekat shinjuku' ke gitu lah. Selalunya nama stesen ni dia kasi macam tu lah, shinjuku selatan, utara, timur, barat, tak pun, shinjuku baru, sebelah shinjuku, gitu2 lah.

Pastu sistem subway dia pulak ada lain sikit. Macam kat nagoya, walau pun ada 4 line, tapi ada satu company je (kot gitu lah yang aku faham). Tapi kat tokyo ni ada lebih dari satu. Salah satu daripadanya metro. Oh, ada sat lagi, toei kot. Pastu bila jalan2 lagi, macam jumpa company lain pulak. Eh, aku pun tak faham lah samada dia company lain2 ke ape. Yang pasti tak sama macam kat nagoya lah.

Pastu dia ada line yang tak bersambung. Kiranya nak tukar line kena keluar dari stesen tu. TAPI, kena cecepat lah pergi ke stesen satu lagi tu. Kalau tak salah dia bagi masa 30 minit kot. Kalau lepas tu tak muncul2, kena beli tiket lain. Masa keluar tu tetap kena cucuk tiket, tapi dekat gate yang ada kaler oren jek. Kalau keluar gate biasa, umpama ko memang nak keluar terus lah. Sibbaik aku dah study benda ni sebelum pergi. Kalau tau, mau nya aku main redah je. Atau lebih teruk lagi, terkujat terus bila tiba2 terkeluar dari stesen tanpa alasan.

Ini kat sekitar shinjuku eki. Labi tu ialah kedai elektrik/elektronik, sama macam bic camera. Kat nagoya pun ada, tapi aku tak pernah pergi sebab takde sebab. Eh.


Mode apakah ini? Entah, tiba2 je terhasil sebegini.

Nampak tak tu, aku dah macam pekerja nak fogging rumah korang dah.

Ni tengah tengok map, nak komfemkan sebab kena keluar stesen untuk tukar line. Pastu jalan laju2 takut tak sempat. 100 meter je pun. Carl Lewis lari tak sampai pun 10 saat dah sampai. Pastu bila dah tukar train, rupanya satu stesen je geraknya. Laaa baik ko jalan je terus dari stesen tu tadi hihi.

Sampai di asakusa, terus ambik gambar guide map dia. Aku ni ada satu pe'el, suka ambik gambo map camni, pastu bila sesat ke apa, langsung tak ingat pernah ambik gambo. Dah balik baru teringat. 

Berjalan menuju ke asakusa. Apakah asakusa itu?

Tu dia! Tepekkong rupanya. Aku tau lah tepekkong, tapi encik suami adalah mengikut sahaja. Dia tak tau apa2 pun mana tempat aku nak pergi. Sukati aku je wat plan sendiri. Ni sibbaik semalam sampai2 terus pergi masjid, kan. Kalau tak, mau berbakul2 aku kena bahan sebab ajak pergi tepekkong ni hikhik.

Kenapa orang sangat ramai di situ? Sebab kat situ ada tanglung besar tu. Itu lah pun tarikan dia pun. 

Mari kite pergi tengok apa yang ada di sana.

Ok, memang besar tanglung itu.

Nama temple kat dalam tu ialah sensoji temple, tapi pintu gerbang dia ni namanya kaminari gate atau kaminarimon.



Antara gate nak ke temple tu pulak ada gerai2 menjual souvenir. Memang kat situ lah tempat nak beli souvenir yang terutama sekali di Tokyo ni. Dan ini ada satu kedai menjual jajan2 halal. Ye lah, derang ni memang baaaaaaanyak jual makanan sebagai souvenir, tapi semua pun tak halal. Yang halal ni pulak, keropok2 je gitu. Tak menarik sangat la bagi aku hihi.

Pastu dia ada tampal map kedai2 makan halal sekitar asakusa.

Suasana sepanjang jalan Nakamise ini.

Ok, semorang pun nak ambik gambo crowd macam ni.

Pastu ada lorong kiri kanan pulak, sebagai industri sokongan.

Tak ingat ni belah kiri ke kanan.


Comel je tourist guide tu guna teddy bear sebagai bendera group dia.

Ada gate lagi sebelum sampai ke temple sebenar.

Eh, photobomb.



Lampu tanglung.

Pagoda untuk temple ini.




Sebijik macam jin yang telan issunboshi aritu.

Ooo baru lah tau pukul berapa aku ada kat situ aritu.

Hah, ini lah dia temple nya. 



Kat jepun ni waktu check out hotel pukul 10 pagi. So, memang ramai lah yang usung beg time jalan2 camni.




Boleh nampak skytree dari sini. Eh, ada gadis memakai kimono. Cantikkk. Ramai je yang buat cenggini, fefeeling zaman edo hehe.




Macam kat melaka.

Pastu kami pun mencari kedai makan ippin. 

Ada satu kedai menjual berus dan bulu. Segala jenis berus dan bulu dijual kat kedai ni. Berus buaya pun ado!

Berus penyu! Comel sangat ni.

Penyapu pun ada. janji benda berunsurkan berus dan bulu.

Dah berjalan agak jauh, gps dah cakap, you have arrived at your destination pun tak jumpa restoran ippinnya. Tipu sangat tau. Sakit kaki iols berjalan.

Akhirnya berjumpa juga. Nampak tak sekarang apa yang aku maksudkan tadi pasal ambik gambo map? Bukan ke aku ada ambik gambo map kedai2 makan halal tadi kan? Tapi tak ingat langsung. Dah balik baru teringat. Tu kalau tak tengok balik gambar time balik hotel tu, ada yang dah balik nagoya baru teringat.

Restoran ni dimiliki oleh les copaque japan.

Sesuatu sangat tau, solat pun nak ambik gambar.

Berikut adalah menu di restoran ippin. Yang pentingnya nak makan ramen sebenarnya. Kat jepun ni memang susah nak jumpa ramen halal sebab main ingredient dia ialah air rebusan tulang. So, tulang siapa yang selalu direbus tu, pepaham je lah kan. 

Dan kami order ramen dan hearty set meal.

Salad dalam hearty set.

Dia ada pilihan daging, ayam atau ikan rasanya. Dan hari tu cuma ada daging je.

Makan dengan nasi dan sup apa tah. Aku bukan kenal sup2 jepun ni. Miso kot.

Encik suami makan set nasi ni. Sedap nyerrr daging dia tuuu. Tak tau nak cakap rasa macamana. Tapi memang sedap lah!

Aku pulak makan ramen. Dia ada dua pilihan, original atau hot & spicy. Opkos lah kite pilih yang hot & spicy.

Ramen ni pun tak tau nak cakap rasa dia macamana. Rasa yang tak pernah dirasa. Isi dia ialah ayam dan mee. Ayam dia pulak bukan ayam biasa. Cer tengok kat menu tu, macam ayam serama ke, ayam kampung tah. Eh, baru perasan kat tepi tu dia ada taruk wasabi.

Nampak tak kebesaran bowl dia tu. Memang kenyanggg sangat makan ramen ni.

Lepas makan, kami kembali semula ke stesen asakusa untuk ke destinasi seterusnya.

Nampak tak orang yang kat tingkat 2 tu? Bukan orang sebenarnya. Patung.

Haaa ini satu lagi gejala tak ingat ada ambik gambar map. Puas aku cari kat mana bangunan asahi yang ada ta*k kat atasnya ni. Dah dekat stesen asakusa baru ternampak. Tadi sampai menonong je jalan tak tengok kiri kanan.


Tu dia, landmark utama di asakusa.


Dari situ kami naik subway lagi untuk ke Odaiba. Tapi oleh kerana study tak habis, aku ingat takde sunway yang sampai ke stesen sebelum seberang sungai tu. Maka, kami bertukar ke JR line di Akihabara. Encik suami dah bebel2 dah sebab sepatutnya boleh terus je naik subway tu tadi, boleh sampai ke tempat yang sama jugak. Mana lah aku tau stesen subway ngan stesen JR tu dekat2 je. Kadang2 kan dia jauh2. Tapi, kalau tak, takde lah aku merasa naik JR line kan? JR ni ialah keretapi biasa atau densha. Maksudnya dia lalu atas tanah lah. Kat nagoya ni pun aku tak pernah naik densha ok. Nak lah jugak merasa, kan hihi. Alasan dah buat salah.

Untung laaa tak yah jalan sendiri.

Siapakah angel blossom ini? Retis  penyanyi lah kot. Ni dah tiba di akihabara. Kena jalan sikit untuk ke stesen JR. Tengok, macam kat sini stesen subway dia jauh dari stesen JR?

Aku memang takde masukkan akihabara dalam itinery sebab tau takde benda pun nak dibeli kat sini. Akihabara ni pusat barang2 elektrik elektronik. Kira gajet2 semua banyak ar kat sini. Tu sepanjang jalan tu semua kedai gajet.


Ni kat persimpangan jalan utama di akihabara. Haaa, kan dah terpergi akihabara jugak jadinya?



Kat mana2 pun, ramai je manusia kat tokyo ni.

Kat belakang tu Gundam Cafe dan AKB48 Cafe. Siapa AKB48 tu? Alaaa retis j-pop ke gitu lah.

Tak boleh buat apa la kan. Dah hobi ambik gambar map.

Ok, itu je cerita di asakusa dan perjalanan ke odaiba. Pasni aku sambung kisah di odaiba pula.

See you!


2 komen:

Izza Jay said...

Wah, bestnya. Baru tau kat Jepun pun ada Les Copaque. Masa kat Asakusa dulu tak tau pun ada restoran Halal. Kalau tau boleh singgah makan.

AyunasiA said...

izza jay: sila lah datang lagi hihi.