Thursday 23 July 2015

Aidilfitri 1436H : Solat Sunat & Beraya di Yamate Biru


Kawan2 dah berjanji nak pergi solat raya jam 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 9 pagi baru bergerak. Aku sorang je pompuan yang pergi. Pompuan lain sibuk dengan handbag masing2. Kami menumpang kereta rody dengan azhar. Orang pertama yang aku jumpa memakai baju raya yang aku jahit, selepas kami berdua la kan.

Lokasi solat sunat kali ini ialah di Nagoya Port Messe. Tahun lepas pun kat sini juga, cuma dewan yang lain. Tempat tu lebih kurang macam pwtc la. Banyak dewan. Kami sampai tu kurang 10 minit pukul 10 pagi. Solat raya start jam 10 katanya. 
Ini lah suasana di dalam dewan. Warna-warni, meriah dan merelip lip lap lip lap aku tengok. Paling merelip orang2 belah benua asia selatan la hihihi. Seronok tengok budak2 berbaju pelbagai fesyen. Baru lah rasa macam berhari raya di perantauan.






Ini suasana di luar dewan selepas solat. Kanak2 diberi hadiah pedang, cincin dan skaf berlampu (nampak tak benda pink2 tu)


Ini jualan amal masjid rasanya.

Lelaki2 sibuk bergambar beramai2.

Ini lelaki2 Nagoya. Ada student dan yang bekerja.

Kendian kami pun balik. Balik ikut highway ring. Tadi pergi ikut mana tah. Hujan time tu. Sebelum sampai rumah, singgah kedai plastik, rody nak beli mangkuk wat makan soto petang ni. Wah! Sedap tu soto rody.

Sampai rumah, kuar2 je dari lif, terjumpa 2 orang anak dara nak beraya ke rumah kitorang. Eh, jemput masuk. Tapi kena tunggu aku panaskan lauk dulu la. Sementara tu kasi makan kuih raya.

Kerepek2 raya. Yang lain2 tu mil yang kirimkan. Yang sampai 2 kotak tu ari tu, kerepek2 ni lah isi kotak yang lagi satu tu.

Oleh kerana tahun ni takde orang serbu, maka kita hidang sikit2 camni jek.


2 orang anak dara itu. Datang beraya lepas abis kelas. Jap lagi ada kelas lagi. Aku pun join makan sekali. Dalam kereta tadi dah keriuk2 perut. Sempat makan kurma je 3 ketul sebelum pergi tadi. 

Pas anak dara balik, datang anak bujang pulak ngan rody.

Kendian hafiz-zira dan anas-shida pulak datang. Kita beraya sesama yamate biru je lah ya. Petang nanti baru jumpa yang lain2.

Ciqami berambut baru raya ni.

Kiut je fathi berbaju melayu poket polkadot hihihi. Aku yang menjahit nya pun tersengih2 sambil jahit.

Kendian kami pulak beraya ke rumah hafiz-zira. Makan laksa peghelih.

Group kedua anak2 dara pun ada. 

Baju melayu je yang aku tak jahit untuk famili ini.

Pastu derang beraya pulak ke rumah kami. 

Suka sangat kombinasi warna baju2 kami ni.

Tak lama kemudian, classmate aku dari indonesia, si Mila pulak datang dengan suaminya. Pelik je aku dengar encik suami panggil suami dia bapak, suami dia panggil encik suami pakcik. Apakah? Bukan mas-abang ke patutnya? Macam tua sangat je. 

Masa mila datang, dah pukul 3 lebih. Acara gathering kami bermula jam 4 petang. So, lepas mila balik, aku cecepat panaskan lauk dan tapau untuk dibawa ke sana. Kami buat potluck. Dekat pukul 5 baru pegi. Tu pun ramai belum sampai lagi.

Sekian.

Next, acara perhimpunan hari raya.

0 komen: