Wednesday 22 July 2015

Aidilfitri 1436H : Persiapan Menjelang Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri uols! Tak sempat nak cerita pasal puasa, dah pun hari raya. Ni kang tak sempat abis cerita pasal raya, tetiba dah raya haji pulak. Tapi takpe, janji ada, kekdahnya. Okeh, aku akan bercerita tentang hari ini bermula dari persiapan menjelang hari raya termasuk lah membuat kuih raya. 

Tahun ni aku buat 3 kuih raya utama iaitu kuih goyang, kuih tiram dan tepung pedas. Eh, ada juga kerepek pisang, tapi seciput je dapat. 

Tepung sebelum digoreng. Memula aku wat setengah kilo je. Tetiba dapat satu bekas jek. Malam nya aku wat lagi setengah kilo. 

Sedap dimakan begitu saja. Rangup!

Tiga hari sebelum raya baru aku sira pedas. Mengambil iktibar dari tragedi tahun lepas, kali ni aku tak taruk bawang merah. Takde bau maung bawang, lagi rangup dan lagi sedap!

Time panas2 ni lagi sedap. 

Siap satu kuih raya.

Kuih goyang in the making. Pun sedap hehehe. Sape lagi nak puji kuih sendiri kan... Tapi memang sedap ok. Tak manis sangat, lemak dan rangup. Dah nak abis dah aku ngap sambil tengok drama raya ni ha.

Walau pun rupanya agak tet!

Dan ini kuih fevret ku, kuih tiram/selayang/kapal terbang.


Siap tunjuk step by step pulak.

Suka tengok bila dah potong2 camni.


Yang beratur tu macam orang jepun, yang belakang sepah2 tu orang negara mana tah hihihi.


Sedia untuk digoreng.

Ketika digoreng.

Sedapnya!!! Lemak2 manis gitu. Tak tau lah kalau butter kat sini memang sedap.

Seminggu sebelum raya, parcel dari mesia pun sampai. Aik? Sampai 2 kotak?

Asalnya nak kirim kicap jek. Boleh lah masak kicap raya ni. Kalau tak sampai dah plan nak masak merah dah. 

Hari rabu aku goreng kacang untuk wat sambal kacang. Tak pernah aku buat keje membuang kulit kacang ni. Ini tugasan encik suami biasanya. Sejak zaman berzaman. 


Pastu aku kopek bawang2 ni. Senang besok tinggal blend je. 3 bungkus bawang aku standby untuk raya kali ni. Takmo pisang berbuah 2 kali.

Lepas tu, aku buat dadih mangga ni. Aritu kemas2 gerobok pakwang jumpa macam2 benda yang aku bawak masa mula2 sampai dulu. Ini salah satu daripadanya. Sibbaik tarikh expired sampai balik mesia semula hahaha.

Seterusnya, belah malamnya aku buat filling cheesetart. Kulitnya ni aku buat seminggu sebelum tu lagi.

Kali ni buat filling bluberi. Nyum nyum.




Hari khamis aku ponteng kelas. Tengahari lepas zohor, aku pergi cari ayam daging. Memula pergi tachiya beli sayur2 untuk lodeh. Kendian singgah aeon sebab kat tachiya kobis dia seketul gabak. Kat aeon ada jual separuh dan kecik. Suku je pun nak guna. Kendian aku ke zafar. Beli daging ngan ayam. Saje beli kat zafar sebab dah kenal daging kat situ. Aku tak suka daging yang semata2 daging. Kena ada tetel2 sikit baru sedap. Lagipun kan daging yang semata2 daging tu tak sedap dibuat rendang, kan? Terlalu kedagingan. Balik tu singgah daiso nak beli sudu kecik untuk dadih hihi. Punya lah jauh perginya. 

Balik2 je, terus siang ayam dan daging. Petang tu aku masak rendang, sambal kacang dan goreng ayam. Masih mempertimbangkan nak masak kicap ke masak merah?

Ngelat sikit la masak rendang guna pressure cooker. Tak sabo nak menunggu dia empuk.

Daging dah empuk baru transfer ke kuali pulak. Baru ada feeling merendang di situ.

Setelah dikerisikkan. Kerisik dah frozen kan awal2. Rasanya kerisik beli juga menyumbang kepada kejadian rendang pengantin tahun lepas.

Sambal kacang pulak.

Ayam goreng nak masak kicap/merah.


Malam raya selepas berbuka, kami memasak lodeh pula.

Sambil melodeh, encik suami mengimpit nasi impit. Semakin expert nampaknya beliau. Kali ni masak 6 pot je. Guna sifir 1:2.5. Elok kejadiannya. Tak keras tak lembik sangat.

Lebih kurang pukul 1 pagi, semuanya siap. Masak, kemas, vakum, mop. 1.30 dah masuk tido. Tapi, aku adalah tak boleh tido. Sampai subuh mata berkelip2. Lepas subuh baru boleh tido dengan nyenyaknya. Itu pun, pukul 6.15 aku dah bangun. Panaskan lauk2, potong nasi impit dan bersiap2 untuk pergi solat raya. Tapi sebelum tu kami naik ke rooftop dulu. Jom shooting baju raya!

Gigih bangun awal sebab nak posing2 hihihi.


4 komen:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat hari raya ayu..
Rajin sungguh ayu membaking dan memasak ye..
Puas hati tengok walaupun penat kan ayu..
Mana gambar possing raya tu..
Tak sabar akak nak tengok...

Irfa said...

Sungguh aku kagum dgn tahap kerajinan ko nih

AyunasiA said...

selamat hari raya Nur Hayati.
nak raya kena lah buat semua ni. duduk di perantauan, kalau tak buat, tak jadi apa la raya ni.

AyunasiA said...

Irfa: kalau tak rajin, tak raya lah kite...