Thursday 4 June 2015

Kena Psiko


Tetiba rasa macam sempat kot nak share satu cerpen. Cerita pendek yang betul2 pendek. Ni cerita masa sebelum aku datang ke Jepun ni. Cerita ni encik suami ceritakan pada aku sebagai mempersiapkan minda dan emosi aku sebelum berhadapan dengan kehidupan baru di perantauan. Yang bagi aku mungkin seronok, tetapi mungkin  tidak bagi beliau. Student phd kot. Orang panggil permanent head damage. 

Ceritanya, ada satu kes yang diceritakan semasa kursus btn sebelum pergi oversea. Ada satu lelaki student phd ni, begitu sibuk dengan research nya sehingga si isteri rasa terabai. Terabai emosi la kot. Alhamdulillah... setakat hari ini aku tak pernah lah rasa camtu walau pun selalu juga beliau balik ketika subuh telah merangkak. Kalau tak sempat balik pun, aku ok jek sensorang kat rumah ni. Syok apa layan kilauan emas ekekek. Tapi mungkin kes tu zaman dahulu kot, time internet belum meluas. Atau mungkin memang si isteri tu jenis mintak perhatian kot.

Nak dipendekkan cerita, bila si isteri dah tak boleh tahan dengan situasi tersebut, beliau telah melakukan satu tindakan drastik iaitu dengan merosakkan komputer si suami. Rosak di sini bermaksud merosakkan semua hasil kerja phd si suami. Sebab tu aku kata masa tu internet belum meluas sebab si suami takde simpanan di alam maya. Kalau zaman sekarang bersepah2 fail boleh disimpan. Pernah sekali kawan aku yang tengah buat phd, rumah kena pecah, laptop kena rembat, mengadu kat FB. Memula aku simpati lah juga, tapi bila tau dia ada simpanan fail di alam maya, terus tak simpati dah hihihi.

Okeh sambung balik. Bila dah jadi camtu, ko rase? Adakah si suami akan berdiam diri dan sekadar menghantukkan kepala kat dinding? Tidak. Sebaliknya si suami telah menceraikan isterinya itu. Nampak... Giler psiko suami i cerita camni sebelum pergi jepun. hahaha.

Eh, ini serius ok. Nampak tak kesan sampingan pengajian phd ni? Bukan student je kena kental, isteri dan femili juga perlu memberi kerjasama. Sebagai aku lagi lah kena beri semangat yang lebih kepada encik suami. Sebab aku jadi guarantor beliau kot!

1 komen:

Yayu said...

Ditambah lagi dengan dah ada lesen kat sana...so tak terasa sangat kan..tak perlu menunggu dia untuk ke mana-mana...