Monday 18 May 2015

JPJ, You Taught Me Well!

Sebelum membaca entry ini, boleh juga korang baca dulu entry pengalaman aku mengambil lesen memandu versi Pentium 4 itu. Pastu baru boleh lebih relate kot dengan entry ni. 


Okeh, baru boleh start citer.

Ceritanya ialah pasal aku mengambil lesen jepun. Sebenarnya istilahnya ialah menukar lesen Malaysia kepada lesen Jepun. Kat sini boleh jer kita drive guna lesen antarabangsa. Tapi ada khabar angin mengatakan yang lesen antarabangsa cuma laku untuk tempoh masa 1 tahun pertama jer. Lepas tu kalau kita renew pun dah tak laku dah kat sini. Cemana dia tahu kita renew lesen tu eh? Pastu kalau pun kita pakai lesen antarabangsa tu, kita kena ada kat Malaysia sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum datang ke Jepun. Tah, mana derang dengar pun aku tak pasti. Aku pulak dengar dari kawan2. Nak percaya ke tidak pun tak pasti. Tapi lebih kepada tak percaya sebab takde bukti setakat ini. 

Seperti yang pernah aku ceritakan dulu, encik suami dah ada lesen Jepun ni sejak bulan Februari 2014. Kira dah setahun la. Dan aku pulak macam tak perlu pun ada lesen. Cuma ada la waktu2 nya aku rasa, kan bagus kalau aku ada lesen. At least lesen antarabangsa. Contohnya bila tengah2 nak menjahit, tiba2 benang habis atau takde kaler yang sesuai. Atau zip takde, butang tak sesuai, kain interface habis. Waktu2 macam tu lah contohnya. Boleh jer aku pergi kedai sendiri. Samada pergi otsukaya atau cukup setakat ke Aeon Yagoto (yang terdekat). Tapi, rasa macam tak berbaloi gitu. Nak beli benang seketul dua je, tapi tiket subway pergi balik at least 400 yen. Kalau otsukaya tu 480 yen. Sebab tu lah, biasanya aku suruh encik suami hantar aku, beli dan terus balik. Itu kalau beliau ada masa la. Kalau tengah sibuk2 biasanya aku suruh beliau hantar aku, pastu aku balik sendiri. Kira separuh kos la kononnya. Duit minyak kete kira tak nampak la kan hehehe. Tapi kalau kes aku balik sendiri tu, sudahnya aku akan balik lambat. Kalau asalnya nak beli benang seketul, sudahnya macam2 yang aku beli. Tu yang malas tu. 

Eh, maknanya kalau aku ada lesen dan pergi sendiri naik kete, lagi lah lama aku kat situ??? Itu kena fikir dulu. Sebab parking kat sana memang la free tapi ada syaratnya. Sejam pertama free kena belanja 1000 yen. Jam seterusnya kena belanja 2000 yen kot, tah lupa. Pastu kalau lebih berapa tah boleh 3 jam dan lebih. So, kalau nak lama2 kat situ, kena lah belanja. Tak boleh la tengok2 je kan. Tapi selalunya aku beli benang2 butang2 zip2 segala tu je pun dan 1000 lebih. 

Ok, habis bab motif. 

Apa yang trigger aku untuk ambik lesen tu sekarang sebenarnya? Ikut kan dah lama dah aku nak ambik lesen ni. Masa balik mesia aritu kan aku ada pegi jpj ambik maklumat lesen aku kat jpj bangi tu kan? Haaa sejak tu lagi dah pasang niat dah. Lepas tu aku ada lah tanya2 kat kawan2 yang pernah ambik lesen, tapi masa tu belum ada kawan yang sama2 nak ambik lesen. Pendek kata takde geng la sebenarnya. Tapi semenjak bulan 3 aritu, ramai sangat yang dah graduate. Dan yang graduate tu pulak kebanyakannya yang berlesen memandu dan selama ini menjadi pemandu kepada kebanyakan yang lain. Di peringkat isteri2 pula, ada yang balik dan ada yang mengandung. Kira anggap macam dah takde pemandu je lah. Tapi selama ni pun memang jarang pun para isteri ni berkereta pun. Cuma, tah,   dah sampai seru kot. Tapi mungkin juga yang trigger sebenarnya ialah bila kitorang sumer teringin nak gi petik stroberi tapi tak mendapat sokongan dari para suami hahaha. Last2 tak pergi jugak.

Nak dijadikan cerita, pada hari pertama kami bertadarus untuk semester ini, aku terdengar citer sorang dak undergrad ni nak ambik lesen. Aku dah pernah dengar ni sebelum ni lagi, cuma tak pasti kebenarannya. Tapi bila dengar je citer tersebut, terus lah aku cakap yang aku nak join sekaki. 

Langsung, minggu depan tu, derang ajak pergi JAF (Japan Automobile Federation) untuk translate lesen Malaysia. Kira ni step pertama lah. JAF ni ala2 AAM la kalau kat mesia kot. Erkkk tapi aku tak tau pun AAM tu macamana. Cuma bunyik dia lebih kurang sama jek? hihihi.

Kami pergi tu pada 7hb April pagi. Kami bertiga yang nak ambik lesen. Sorang lagi yang dah ada lesen yang hantar. Sampai sana, boleh pulak sorang budak ni terlupa bawak lesen dia??? Dusy dusy dusy! So, kami berdua je lah yang buat. Takde orang  pun kat situ. Kena bayar 500 yen kalau tak silap. Tak jumpa lak resit dia. Pas tu kami pun balik. Petangnya pulak, kami pergi ke showa ward office untuk mendapatkan juminhyo. Dia kira macam maklumat yang menyatakan tempat tinggal aku. Aku rasa kalau kita duduk negeri lain, kiter takleh ambik lesen kat negeri lain kot. Gitu. Nak juminhyo tu kena bayar 300 yen. Habis tu, kami dah boleh pergi ke tempat ambik lesen ni iaitu di hirabari driver's licensing centre. Dekat2 tachiya yang aku selalu beli ikan tu. Eh, kan aku pernah tunjuk tempatnya dulu kan.

Mulanya aku cakap kat derang, aku takleh pergi dalam minggu tu sebab masa tu aku tengah sibuk menjahit baju femli kawan yang nak balik mesia minggu tu jugak. Tapi tiba2 malam tu derang cakap nak pergi besoknya. Aiyok! Tapi aku pergi lah jugak. Takkan nak pergi sendiri pulak nanti kan. So besoknya 8hb, pepagi lagi kami dah bergerak ke sana. Tempat tu bukak pukul 9 pagi. Sampai sana, dah ramaiii sangat maknusia. Memula kena pergi kaunter 12 untuk semakan dokumen. Selain lesen yang dah ditranslate dan juminhyo tu, kiter kena sediakan sekeping gambar, lesen original dan passport. Sibbaik lesen aku sama ngan lesen sorang budak ni iaitu lesen lama. Cuma sorang lagi tu pakai lesen baru. Itu pun lesen P. Tapi dia tak query apa2 la bab lesen tu. Itu pun aku bagi surat jpj tu dia tanya itu apa? Tapi dia ambik la, tak tanya apa2. Ikut orang kot. Ada yang cerewet nak tengok tu semua. Yang ni tak pulak. Pompuan. Untuk passport pulak, memang aku tak pernah renew passport lagi. So, takde keperluan untuk bawak passport2 lama. Tapi, semua cop kat passport tu dia belek. Yang problem sikit pada cop kat arab saudi, sebab dia nak tengok tarikh keluar dan masuk, tapi kat sana tarikhnya tulisan arab. Dah lah arab, tahun hijrah pulak tu. Sibbaik ada visa yang tulis tarikh dan tempoh visa. So, dia ikut tarikh visa tu je lah, walau pun lain sebenarnya sebab visa tu 30 hari, tapi tarikh aku pergi aritu 14 hari je kot. Sebenarnya yang dia nak kira ialah tempoh kita ada kat malaysia sejak kita mendapat lesen memandu kat mesia. Siap dia tekan kalkulator lagi nak menjumlah kan tu. Macam aku dah kompem la bukan setakat 3 bulan, bertahun2 kot. Ye lah, aku mula2 dapat lesen tahun 2001 kot! Cuma untuk budak2 ni la dia kena kira bebetul sebab derang kan datang balik datang balik jepun-mesia ni setiap semester kan. 

Kami dapat nombor 7, 8 dan 9. Aku yang nombor 9 tu pun dah last untuk sesi pagi. Derang rehat  lunch pukul 12 tengahari. Cuak jugak takut dia tak sempat semak aku punya sebab dah pukul 11.40 time giliran aku. Lama giler dia semak satu persatu. Siap kena interview sekali. Macam aku budak berdua tu lah yang jadi translator. Dia tanya pasal kekdah penilaian lesen kat mesia. Ujian bertulis, ujian praktikal semua tu lah. Siap dia suruh lukis lagi cemana kiter buat side parking, 3 penjuru ngan bukit. 

Sementara dia nak potostet lesen passport segala, dia suruh bayar 2200 yen kat kaunter 11. bayar untuk beli setem hasil sebenarnya. Pastu balik ke kaunter 12 tu dan dia suh wat ujian mata dan ujian bertulis. 

Dulu aku pernah tanya encik suami pasal ujian mata tu. Tapi baru2 ni aku tanya lagi sebab dah lupa. Tapi bila aku sampai di tempat ujian tu, langsung lain benda yang dia uji dengan apa yang encik suami cakap baru2 ni. Pakcik tu pulak cakap jepun, mana la aku paham. Dia suruh tengok dalam kanta tu. Aku tengok ada bentuk huruf C tunggang terbalik. Dia nak suruh buat apa ni? Yang aku faham dia suruh cakap kiri kanan atas atau bawah. Dia akan highlight kan satu, pastu cakap. Ada 2 huruf C tu kat atas. Aku ingat dia suruh cakap, huruf C yang dia highlight kan tu sama ngan yang kiri atau kanan antara 2 yang kat atas tu. Tapi bila takde satu pun antara 2 tu yang sama, aku dah gabra. Alamak!!! Camne ni??? Aku main hentam je lah cakap kiri ke kanan ke. Dah tentu2 lah salah! Pastu dia cakap kalau tak lulus ni aku tak leh buat lesen ni. Homai! Cuak giler. 2-3 jawapan aku dah salah. Last2 aku cakap, actually, i don't know what to do! hahaha. Baru lah dia cakap english. Dia cakap, kita kena tengok huruf C tu space dia kat belah mana. Kalau C betul, belah kanan lah kan. Kalah C terbalik dia jadi belah kiri. Kalau telungkup belah bawah dan kalau telentang belah atas. Ahhhh paham la... Masa tu lah baru aku teringat apa yang encik suami pernah cakap suatu masa dulu. Kira beliau pun dah lupa sebenarnya huhuhu. Sabo je lah. Pastu aku pun boleh menjawab dengan selambanya ngehngehngeh.

Pastu ujian bertulis pulak. Bukan menulis la sebenarnya. Guna komputer, macam kat mesia jugak lah.  Tapi ujian tu start pukul 1 tengahari. Masa tu dah pukul 12. Kitorang pun pergi makan kat komeda's. Aku makan burger ikan share ngan farah. Eh, tersebut nama pulak hihihi. Lepas makan, kami terus ke tempat ujian. Tiba2, muncul pakcik yang ujian mata tadi. Boleh pulak dia yang jaga tempat ujian bertulis tu hahaha. Siap dia cakap kat farah pasal kes aku yang tak paham ujian mata tadi hihihi. 

Ujian tu cuma ada 10 soalan jek. Jawab dalam masa 10 minit. Boleh pilih bahasa inggeris. Tapi bahasa inggeris translate dari nihongo la. Kena ulang2 baca baru faham. Aku tunggu sampai habis masa baru keluar. Derang berdua keluar awal. Kami bertiga je yang ambik test tu pun hehe. Lepas aku keluar baru lah dia bagi result. Guess what??? Aku betul semua! Wihuuu!!! Terel tak terel tak? Budak berdua tu pun tak dapat 100% okeh. Berlagak giler.

Settle ujian tu, kami pergi ke kaunter untuk menukar tarikh ujian. Sebabnya sorang budak ni takleh wat test pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami kena 12hb Mei. Dia tukar ke 8hb Mei. Lama nau nau lagi nak test. Pastu kami ke sekolah memandu di sebelahnya untuk booking tarikh belajar memandu. Biasanya derang belajar sekali je. Janji tahu basic jer. Dan tahu jalan. Sebab ada 2 course untuk test nanti. Tapi kebanyakannya kena course B. Sampai kat sekolah memandu, dia tak boleh bagi booking sebab lama nau nau lagi. Kitorang nak belajo time dah dekat2 test nanti supaya tak lupa. Dia kena booking dah dekat2 nanti. So, kami pun terus balik.

Maka selesai lah urusan setakat ini. Tinggal nak belajo dan test je lagi.

Hari berganti hari, tiba lah hujung bulan april. Seperti biasa, awal bulan mei ialah golden week. Maksudnya cuti la. Oleh kerana minggu sebelum test kami ialah cuti umum, maka kami pun pergi lah ke sekolah memandu tu sebelum cuti. Ingat nak belajo memandu selepas cuti golden week tu. Test aku hari selasa, so nak belajo weekend sebelumnya la. Kami pergi 30hb rasanya. Sampai2 je kat sekolah, sekolah tutup hahaha. Ok tak kelakar. Dia dah cuti sejak 26hb lagi. Sampai 6hb mei. Giler lama! Cuak gak lah. Kang tak sempat belajo, camno? Kami pun pulang dengan kecewa. 

Habis golden week, 7hb tu kami pergi lagi ke sekolah. Kali ni kami berdua je, aku dan farah. Encik suami hantar. Kekdahnya, waktu belajar dia ialah selepas waktu pejabat. Ye lah, waktu pejabat derang buat ujian memandu kan. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak, last2 kami decided untuk belajar besoknya, hari jumaat. Mula macam tak boleh sebab jumaat kan ada tadarus. Tapi boleh je datang lambat sikit. Masalahnya kami tak boleh belajar serentak sebab aku kena ada translator. Hari jumaat tu je yang ada slot kosong pukul 6 dan 7 petang. Dia belajar sejam je sorang. 50 minit sebenarnya. So, farah ambik slot pukul 6, aku pukul 7. 

Besok tu, mula2 encik suami boleh hantar, pastu tak boleh, pastu beliau mintak tolong rody hantarkan, pastu farah mintak tolong B hantar. Last2, B yang hantarkan kitorang. Hujung2 encik suami cakap, beliau pun boleh hantar sebenarnya huhuhu. Tapi takpe lah, biar beliau jemput je.

Kami sampai tu awal la jugak. Tepat 6.10 petang baru lah dia start bergerak. Ada dalam 6-7 biji kete sekali jalan. Lori bas dan forklift pun ado. So, kira ala2 atas jalan betul la jugak hihi. Settle farah tepat pukul 7. Tiba giliran aku, tepat 7.10 malam baru dia start. Aku mintak belajar course B jer. Sempat lah aku round 5 pusingan. Setiap kali habis pusingan, pakcik tu akan cakap apa kesalahan yang aku buat. Mula2 dia tegur aku masa tukar lorong. Ada 3 steps kena buat. Tengok cermin belakang, cermin sisi dan toleh ke sisi tengok ada motor ke tak, kendian baru tukar lorong. Tapi aku, sambil buat 3 steps tu, sambil tukar lorong. Padahal jauh lagi obstacle nya hihihi. Kiranya sempat la buat 3 steps tersebut sebelum sampai obstacle tu. Kalut bebeno.



Habis pusingan keempat, dia tegur pulak pasal cara aku pusing stereng. Sebelum ni encik suami pernah cakap, tangan takleh bersilang2. Yang paling penting takleh pegang stereng dengan tangan terbalik. Kan kiter biasa buat kan? So, aku pun, bila kat selekoh2 tu, aku pusing sikit2. Takut tersilang2 dan terbalik tangan. Rupanya tak perlu pun. Boleh je main tolak tarik selagi tak tergeliat tangan tu. Ooooo boleh ke??? Pastu dia suh pusing seround lagi. Ahhh senang je lah camtu. Memang selalu buat camtu pun. Takde lah pelik pusing sikit2 macam yang aku buat tadi.

Settle tu, encik suami pun sampai nak menjemput kami. Pastu beliau terus hantar ke rumah tadarus.

Selasa 12 Mei 2015.

Maka tiba lah hari yang tidak dinanti itu. Dia tulis kat situ kena ada kat sana pukul 11.40 pagi. Aku ingat waktu test tu 11.40. Rupanya tu waktu mendaftar. Test nyer sebelah petang lepas rehat. Sampai sana, kena beratur kat kaunter sebelah kaunter tukar tarikh aritu. Lupa nombor kaunter tu. Oh, kali ni encik suami yang hantar aku dan farah. Yang sorang lagi tu dah tukar tarikh 15hb pulak. Dah panjang dah barisan. Tepat jam 11.40 kaunter dibuka. Ada 2 tingkap. Satu untuk test manual, satu untuk auto. Aku ambik yang auto. Tak ramai yang manual. Kata farah, polis yang kat kaunter tu yang akan uji kita nanti. Tengok polis yang manual tu cam kerek je. Sebaliknya polis yang auto ni sangat lah soft spoken. Fuh fuh! Mintak2 baik lah polis ni. Lepas serah dokumen semua, dia bagitau, kami akan ditest dengan course A. COURSE A yaw! Maksudnya? Haaa pandai2 ko lah nak ingat jalan dia cemana. Jangan salah jalan sudah.

Tapi, yang bagusnya, kat youtube, ada sorang indon ni buat video laluan untuk course A ni. Search je Unten Mengkyo Hirabari kat situ, jumpa lah. Aku pun memang dah tengok video ni lebih 10 kali sebenarnya. Saje lah buat back up. Sekali betul kena course A. 

Lepas tu, dia suruh tunggu kat tempat menunggu. Ujian akan start kul 12.40 nanti. Sementara tu, sempat lah kalau nak berjalan tengok laluan course A tu. Sepatutnya. Ramai gak yang pergi tengok. Tapi, hujan pulak mula turun. Kami takde payung. Maka, study kat youtube je lah. 
Tiba masa ujian, 3 orang polis datang. 2 orang yang kat kaunter tadi, dan sorang lagi tambahan sebab untuk auto ramai, so dia pecah dua group. Dan kami terpilih dengan polis yang kat kaunter tadi. Yang nampak baik dan soft spoken tadi. Ye je baik. Tah2 lagi strict! 

Mula2 je dah psiko. Orang pertama balik ikut laluan lain! Maksudnya? Kemungkinan dia ada buat silap la kot. Pastu orang ketiga pun balik ikut laluan lain. Homaiii. Psiko giler kot! Aku biasa lah. Sebelum pergi tadi dah sakit perut beri dah. Sampai sini sakit perut nak terkucil semua lah! 

Aku punya giliran ialah selepas farah. Tiba giliran farah, aku dah rasa pening macam nak pitam dah. Ni ada kang nak masuk kete nanti aku pitam. Bila farah sampai jek, terus aku berjalan ke tepi kereta. Tunggu polis tu komen. Lama la pulak. Lutut dah rasa longlai dah ni. Sambil2 tu aku selawat dan baca ayat kursi. Baca jugak ya aziz ya jabbar ya mutakabbir dan hembus kat polis tu. Tapi aku pakai mask sebab batuk. So, tak pasti lah sampai ke tidak hembusan itu ke polis tu. Polis tu ke aku yang jadi lembut hati sebenarnya?

Masuk2 je kete, aku terus cakap konniciwa! Pas bagi resit bayaran, dia terus tulis apa tah kat borang. Oh, lupa. Untuk test ni kena bayar 900 yen. Pastu aku terus kunci pintu, betul kan kerusi, adjust cermin belakang, tekan brake dan start enjin kete. Pastu baru masuk gear dan lepas hand brake. Tengok kanan, kiri, bike, kanan dan jalan. Bila aku jalan je, terus polis tu berenti menulis dan bersandar senget mengadap aku. Bukan senget betul la, kira dia sandar kat penjuru kerusi gitu. Faham kan? Cuak nyer!!! Ada pedestrian crossing tak jauh tu, tengok kanan kiri dan terus kan perjalanan. Pastu kena tekan minyak sampai 40km/j. Sampai selekoh, tukar lorong kanan. Buat 3 steps dan terus duduk kanan sebab nak belok. Kalau course B kena tukar semula ke lorong kiri. Dah ikut tips2 yang diberi cikgu memandu itu hari, aku pun belok ke kanan. Dah masuk tu baru teringat, alamak, sepatutnya kena terus masuk lorong kiri! Yang aku, masuk lorong kanan. Cemana ni??? Dalam hati je lah semua tu hehehe. Aku pun cecepat bagi signal kiri, dan masuk lorong kiri. Fuh! Sibbaik sempat, sebab antara simpang tu ngan traffik light cuma 50 meter jek. Tapi aku buat lah 3 steps tu semua. So, tak nampak sangat lah macam aku salah lorong tadi tu hehe.

Pastu belok kiri dan masuk lorong S. Semuanya begitu pantas berlaku. Sedar2 aku dah selesai kat S tu. Pastu kena keluar ke kanan kat simpang 3 dan tekan minyak sampai 50km/j. Punya lah kuat aku tekan, tapi lambat nak sampai ke 50. Tau2 dah nak sampai selekoh yang sepatutnya dah kena slow dan tukar lorong kanan. Time ni aku dah cakap dalam hati, habis lah... aku tukar lorong dalam keadaan kereta tengah laju, baru lepas minyak. Dah nak belok ke simpang kanan baru aku slow. Masa tu dah rasa takde harapan lah ni kot. Tiba kat traffic light lagi, biasanya kat situ lampu merah akan lip lap yang bermaksud kene berenti dan tengok kiri kanan takde kete baru boleh jalan. Tapi kali ni dia lampu merah macam biasa. Aku dah confuse, ni betul2 ke lip lap? Sekali lampu hijau menyala. Ooo ni betul2 traffic light macam biasa rupanya. Pastu semuanya berjalan lancar. 

Bila berenti je kat tempat permulaan, aku buat2 cool dan buat semua step yang sepatutnya. Pas matikan enjin, polis tu terus tanya, boleh cakap jepun ke tak? Bila aku cakap sikit2, dia macam kecewa. Pastu terus farah sampai. Memang biasanya camtu, translator datang selepas ujian. Pastu dia pun cakap la apa kesalahan yang aku buat. Sekaligus yang farah buat jugak. Dia cakap kat traffic light kena tengok pejalan kaki jugak. Cong ceng cong ceng, last dia cakap aku terel memandu ngehngehngeh. Alah... nak sedapkan ati aku je tu. Aritu ita cakap, polis pun cakap dia jozu, tapi fail jugak! Jadi, takyah lah menaruh harapan tinggi sangat.

Habis tu, kami pun makan. Aku bawak bento nasi goreng. Mula2 kitorang makan kat dalam kafe, sekali kena halau hihihi. Putus selera. Tapi memang betul la, tak selera memikirkan result test ni. Oh, result akan diumumkan pukul 3 petang. Time tu baru kul 2.10 petang. Sementara nak pukul 3 tu kami pusing2 cari kedai nak beli payung. Sebab balik nanti kami akan naik bas dan subway. Tapi kedai tutup. Tepat pukul 3 petang, kami terus naik ke tingkat atas. Kaunter 22. Ramai yang dah menunggu. Tak lama tu, datang sorang pompuan. Selalunya dia akan panggil nama orang yang lulus. Yang namanya tak dipanggil tu, sendiri faham la. Nama pertama dia sebut watanabe-san. Aik? Muka tak macam jepun pun? Pompuan. Nama kedua dia sebut showa-ku dulu. Dalam hati dah terdetik, eh, showa tu ward aku! Pastu dia sebut Norashia-san. Aku terus, hait! Apakah? Pastu dia sebut 2 lagi nama dan terus bawak kami ke sebuah bilik. Yeay! Maksudnya aku lulus uolsss!!!

Pastu dia terangkan lah apa nak kena buat. Mula2 buat nombor pin. Pastu dia ambik gambar kat situ jugak. Pastu pergi bayar 2050 yen kat kaunter 11. Beli setem lagi. Pastu naik atas, lesen dah siap! Macam mimpi je aku rasa. Pastu dia suruh check info kat mesin. Ohhh itu lah gunanya nombor pin tu tadi. Pastu, dah. Eh?

Ironinya, tarikh dapat lesen 12hb 5, tarikh mati lesen 12hb 7. Sebabnya kat sini sama la macam kat mesia, lesen mati time besdei, cuma dia extend sebulan selepas birthday 12hb 6. Takde lah time tu besdei time tu mati lesen, time tu baru perasan, kan.
Settle tu semua, aku ikut farah ke kaunter tukar tarikh dan bayar lagi untuk test lagi sekali. Pastu kami pun balik. Jumpa satu kedai jual payung dan aku pun beli sekaki payung. Mahal tu, 510 yen. Tapi tak pe lah. Dah lulus kan hehehe. Lalu kami pun pulang. Mula2 naik bas nombor 11 sampai ke stesen subway hirabari. Pastu naik tsurumai line ke yagoto sebelum tukar meijo line ke nagoya daigaku. Kos bas 210 yen dan subway 240 yen. Sampai rumah cecepat video call encik suami. Tapi tak angkat. Tiba2 beliau text, alhamdulillah, tahniah. Siapa pulak yang bagitau? 

Tak lama tu encik suami balik. Sebenarnya beliau tak tau pun aku dah lulus ke tidak. Main serkap jarang je. Tapi kalau dah balik2 je terus video call bertalu2, takkan tak lulus, kan? hihihi. Kalau fail tadi harus aku duduk diam2 je tak cakap apa2 sampai besok huhuhu.

Demikian lah kisah aku menukar lesen kepada lesen Jepun. Selain dah boleh memandu di Jepun, yang lebih pentingnya, aku dah kompiden nak bawak balik sebiji lagi kereta atas tiket pasangan ngehngehngeh. Ermmm nak beli kete apa ek???

Pertama kali naik bas berenti2.

Hari khamis balik kelas, encik suami jemput ajak pergi makan kat komeda's. Saje je nak test drive kan...

1 komen:

Yayu said...

Panjangnya cite nak dapat lesen Jepun...