Monday 6 April 2015

Jejak Sakura 2015 Part I : Meijo Koen - Nagoya Castle : Shidare-zakura Si Sakura Merah Jambu


Alhamdulillah... walau cuaca tidak begitu cerah, awan mendung mengiringi perjalanan, namun mata ku tetap dijamu dengan pemandangan bunga2 sakura yang lebat berkembang. Selepas hari isninnya berpiknik bersama rakan2, hari selasa dan rabunya sibuk menyiapkan tempahan, hari khamisnya aku manfaatkan sepenuhnya untuk melakukan misi jejak sakura tahap 8.

Sebelum pergi, encik suami tanya, nak pergi ni makan minum abang terjaga tak? Hahaha. Sabo je lah soalan. Tapi memang aku dah plan nak masak siap2 pun. Jadi pagi tu aku masakkan sambal udang dan buat karipap. Woha! Bukan buat karipap dari pagi tu. Intinya aku dah buat awal2 dah. Tinggal uli, jadikan bentuk dan goreng jek. Itu pun asalnya aku nak buat samosa jek, tapi lupa nak keluarkan kulit popiah awal2. So, karipap lah bekal aku untuk berhanami wuhuuu!

Kononnya berjanji nak pergi sama2 ngan An. Jumpa kat gate tiket stesen shiyakusho exit 7, kataku. Almaklum, aku mana ada data package nak berline bagai. Lepas zohor, makan tengahari dulu, kendian aku pun bergerak. Beli tiket weekday pass for subway only. 740yen. Kalau sekali ngan bas 850yen. Plan laluan ialah Meijo Koen - Tsuruma Koen (petang) - Yamazaki River (petang & maghrib kat sini) - Tsuruma Koen (malam). Kemain semangat ni! Tak hengat diri tu jenis lembik huhuhu.

Sampai di stesen shiyakusho pukul 2 petang, aku tak terus keluar. Tunggu kat pintu gate. Agak2 2.15 petang tak nampak bayang An, aku pun keluar. Ambik gambar sekitar stesen sat, pastu turun balik. Tunggu sampai 2 group keluar (maknanya 1 trip setiap arah), masih takde An. Pukul 2.30pm, aku terus keluar. Takpe lah, An ada internet, boleh google sendiri kot.

Stesen shiyakusho ialah untuk pergi ke Nagoya Castle. Tapi bukan pintu utama yang aku pergi ngan femli itu hari. Pintu belakang kot. So, ini pemandangan sekeliling castle.



Ada water fountain. Izumi?





Baru nak jalan, terserempak dengan adik2 kohai, pun nak hanami di Meijo Koen katanya. Sempat lah sama2 sesat ke pintu masuk castle. Pastu kami berpisah masing2 menuju ke koen.



Aku ambik gambo ni sebab nak balik nanti naik kat stesen meijo koen. Tapi, masa balik cari2 stesen nya tak jumpa. Patah balik ke stesen shiyakusho. Dah sampai stesen baru teringat, laaa kan aku ada ambik gambo ni tadi??? Haiyooo...

Dan ini gambar2 sepanjang perjalanan ke meijo koen.




Ada angsa putih.



Tiba2, sedang aku menuju ke koen, ternampak sederetan pokok ini di seberang jalan sana. Nak patah balik ke tidak??? Ah, masih awal lagi. Patah balik je lah.

Huwaaa sakura pink pink pink! Tak rugi buat u-turn.

Dok tepi tasik pulak tu. Memang kesukaan aku lah.

























Okeh, kemudian aku pun meneruskan perjalanan. Lama jugak lah aku kat situ. Tak cukup monopod, ku pacak tripod. Naik rebeh bahu mengangkut semua tu. Lens panjang pun aku bawak dalam beg tu tau! Sibbaik memikirkan perjalanan masih jauh.














Ok dah cukup gambar sakura pink. Kita pergi koen tengok sakura putih pulak. Ada tasik yang luas kat meijo koen ni.




Tengok bunga terjuntai camni teringat tasik taiping.




Satu lagi yang best nya ialah... ada air pancut 2 ketul. Tambah lah cantik!

Sukanyaaa pemandangan cenggini.


Ikan besar2 dalam tasik.




Nice!








Settle kat tempi tasik, ternampak windmill beso kat tengah2. Wah! Macam dekat belanda! Entah kenapa aku tak ingat negara lain selain belanda bila nampak windmill tu.

Sakura tak berapa banyak kat koen ni. Tapi ramai jer yang hanami.


Ada macam bukit sikit kat tengah2 tu. viewpoint la kot.

Di atas bukit.





Dengar lagu, ingat derang pasang cd ke hape. Rupanya ada retis di situ.

Lepas solat asar di bawah pokok, aku pun mencari stesen subway yang tak jumpa tu. Tapi terjumpa satu lagi bukit yang banyak pokok sakura. Ternampak adik2 kohai tadi tengah berpiknik kat situ. Selepas berputus asa, aku pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke stesen shiyakusho.

Bukit lagi satu.

Air pancut tadi dari arah bertentangan.


Dapat tangkap menara nagoya castle!

Nice!


Ni kalau pakai kimono, bergambar atas jambatan ni, pergh!




Sakura mencecah air.


Ok, dah sampai stesen shiyakusho semula. Dah balik ni baru perasan pintu masuk dia cenggini rupanya.

Sekian sahaja part 1 jejak sakura ini. Next aku pergi tsuruma park. Tapi sebab dah pukul 5 petang, aku singgah sekejap je, janji dapat tengok suasana siang kat situ. Pastu terus bergegas ke yamazaki river pulak. Takut dah gelap tak dapat gambar cantik kat yamazaki tu.

See you!


1 komen:

Yayu said...

bila agaknya dah merasa bergambar ngan Bunga Sakura...just dapat merasa pakai bedak dari ekstrak bunga sakura pun ok..