Friday 3 April 2015

Hanami 2015 : Di Heiwa Koen Tepi Kubur Lagi


Hanami tahun ini aku berpeluang turut serta dalam jawatankuasa pembuat keputusan hihihi. Tahun lepas main ikut jek ke mana derang nak pergi. 

Tahun ini hanami kami dibuat awal sikit. Sakura pun belum full bloom lagi. Masih nampak putik2 di hujung ranting. Tapi oleh kerana ramalan kaji cuaca cakap minggu ini dijangka hujan, maka terpaksalah juga kami melakukannya. Tapi mereka hanya meramal, Allah jua yang menentukan. Hakikatnya hari selasa khamis tak hujan pun. Kami hanami hari isnin. Tapi selasa memang tak boleh sebab ada yang kena jumpa supervisor. Jadi, hari isnin je lah senang. Kang tangguh2, hujan turun, angin kuat, laut bergelora, langsung terbang kelopak sakura itu. Baru belajar ayat nihongo nya, hanabira ga hira-hira mai ochimasu. Hira-hira tu dipanggil onomatopoiea and mimetic words. Dia ni kira perkataan yang takde makna tapi menyerupai bunyi ar. Kalau hira2 tu khusus untuk situasi benda yang ringan terbang melayang2 perlahan-lahan. Gitu. Kalau fura-fura, orang yang berjalan terhoyong-hayang. Biasanya sebab mabuk ar. Lagi, poku-poku maknanya makan dengan cepat2 aka gelojoh. Kan poku-poku macam bunyi sesuatu, kan? Kalau meneguk air tanpa henti pulak, goku-goku. Biasa kita dengar guk guk guk kot. Kalau benda kecik bergolek, koro-koro, tapi kalau benda besar goro-goro. Gera-gera pulak ketawa berdekah2 sampai kuar air mata hihihi. Ok, dah itu je pelajaran hari ini. Eh, ada satu lagi. Hari tu aku gi klinik doktor tu sebut kasa-kasa. Dia nak cakap kulit aku macam jalan tar ar, kasa-kasa huhuhu. 

Ok, berbalik kepada cerita hanami. Kami semua bergerak ke koen selepas zohor. Gedebuk gedebak lebih kurang pukul 1 tengahari. Aku tumpang kereta Apis, tapi makanan tumpang kereta Rody. Encik suami tak join mula2 sebab ada meeting katanya. Tapi half way tu beliau datang dengan Arai. Lokasi piknik kami adalah sama dengan lokasi tahun lepas. Tapi bukan betul2 sama la. Area yang sama. Tengok kat belah seberang sana macam lagi luas dan banyak pokok sakuranya, tapi orang pun sama banyak. Tahun depan lah pulak kita try kat sana. Eh, besok pun sempat lagi kot.

Lot sebelah kami.

Belum nampak bunga memutih lagi. Masih nampak ranting.

Sampai2 je, terus lah bentang kanvas dan makanan. Meh tengok menu yang tersedia kali ini...

Ada nasi lemak bungkus by An.

Mihun juga by An
Ada nasi goreng by Nurul.

Ada rendang ayam by Azira.

Pulut kuning juga by Azira.

Mee goreng by Saibah.

Ada laksa JDT by me.

Aksesori simple laksa jdt. Tak sempat nak beli togeh. Limau sambal pun dah lama takde jual kat supa.

Sandwich tuna by Baya.

Sebahagian menu. Ada lagi yang datang lambat.

Makan atas rumput pun boleh.



Penaja kek coklat.

Ada family dari malaysia juga.

Selesai makan, aku pun menyelfie kan diri. 

Ala2 international sikit sebab ada oramputih kat belakang tu.




Tak sempat nak kembang sakura tu. Oh, btw, sakura2 putih cenggini dari spesis Somei Yoshino. Kebanyakan yang ada kat jepun ni dari spesis ni kot.


Putik sakura.

Selvie selfus wefie.









Sejambak bunga sakura di atas kepala.




Nice!










Mama, nak air!


Ermmm sedapnya air ni mama...




Pergerakan Wanita.

Pergerakan puteri.

Wifey.

Tengok haifa ngan nuha je.





Semuaannyak.

Lelaki ini.



Family Ajak & Fadh.

Family An & Rody.

Family Hafiz & Azira.

Family Azhar & Nusaibah.

Family Hafiz & Baya.

Aku & kamu.

Ulangan pose tahun lepas.

Macam pengantin. Nurul & Jack.

NohHujan & MizzNina hehehe.

Bujang.

Suami kami encik perfect 10.

Ibu merangkap student.

Geng jamming?

Favourite!


Family bubbles.

Cer teka di mana belon?

Pati gera-gera hihihi.




Perebutan belon antara haifa dan bangcik.


Susahnya menghandle benda alah ni. Sekejap henpon abis betri, sekejap monopod abis betri.







Profile pic.


Tiba2 datang sorang pakcik ni, sorang, bentang tikar dan duduk hanami sensorang.

Last.

Malamnya kami pergi ke yamazaki river. Konon nak tengok illumination. Tapi dah lambat. Parking tempat lain, illumination tempat lain. Sampai sana dah golap.






Sekian buat masa ini. Ada sambungan lagi tau. Lagi banyak gambar aku nak share. Til then, see you!


0 komen: