Monday 2 March 2015

Cerita Hindustan Yang Best

Nampak gayanya aku pun dah terkena sindrom blogger sendu. Macam dah tak tau nak tulis apa dalam blog ni bila dah terlalu banyak yang tertunda. Jadi dah tak relevan. Tapi rasa sayang pulak kalau aku turut serta dengan mereka. Sebab bukan selamanya aku akan duduk kat jepun ni, kan?

Ok, sebelum aku terberhenti menaip dan tinggal lah entry ni sebagai draft selama2nya, baik aku taip je apa yang terlintas di kepala sekarang ni.

Ok, baru2 ni aku telah menonton cerita hindustan yang agak kontroversi iaitu PK. Siapa dah tengok angkat tangan! Errr ke aku sorang je yang tengok ha? Tak kisah lah. Dengar nya cerita ni dapat masuk mesia, so takde lah kontroversi sangat kot ek? Aku pun mula2 takut nak tengok selepas membaca review2. Tapi takde mende kot. Takkan lah boleh sampai terjejas akidah ke haper kan. Dan selepas menontonnya, aku pun takde lah memikirkannya sangat. Habis kat situ je lah. Pastu aku ajak encik suami tengok pulak. Akibatnya, aku terus terbuka hati nak tengok cite 3 idiots. Tiba2.

Aku tau cite 3 idiots tu dah lama. Malahan tv pernah tayang pun citer tu, siap bersambung2 3 hari lagik. Tapi aku tetap takde perasaan teirngin nak tengok. Tapi selepas tengok pk, aku rasa filem2 aamirkhan kebelakangan ini mungkin ada sesuatu. Dan terbukti sangkaan aku itu benar. Sehinggalah aku terbuka hari pula nak tengok citer taare zamen paar. Ini pun citer yang ada sesuatu. Bukan citer cintan cintun joget2 nyanyi2 golek2 gelek2. Best laaaaaaa... Kenapa selama ni aku tak tau pun ada citer tu???

Ok, itu je nak citer. Kalau nak tau citer tu pasal apa, sila lah download dan tengok hehehe. Dijamin best!


3 komen:

Tijah said...

Ohh plis la tgk 3idiots tu. Aku record siap ulang tayang brp kali tgk ntah. Nora bagi 5 bintangggg!

AyunasiA said...

tijah: ok... dah tgk 2x. mang best best best!

Shila said...

memang tertunggu2 filem aamir khan lepas tengok 3 idiot n taera zameen tu..lain dari citer org lain