Tuesday 26 August 2014

Mata Melihat, Telinga Mendengar, Mulut Mengkepochi. Eh, Jari Mengkepochi.


Kali ni aku nak cerita tentang hasil pemerhatian aku terhadap orang jepun pulak. Walau pun aku selalu memerap kat rumah, tapi time weekend aku mesti keluar. Tah, encik suami tu lah, tak geti nak duduk rumah time cuti. Jadi, banyak lah juga ragam maknusia yang dapat ku lihat.

Irassyaimasekkk

Ini ialah perkataan yang paling banyak akan kita dengar kalau pergi ke shopping complex. Dia lebih kurang ucapan selamat datang la. Kadang2 aku rasa macam aku masuk kedai tu sorok2 je, tapi tetap lah derang perasan dan menjeritkan ucapan ni. Ya, dia macam menjerit gitu. Suara derang pulak jenis nyaring2 tapi comel gitu. Aku pun kadang pelik macamana suara derang boleh macam seragam gitu hihi. Pernah baru2 ni aku jumpa ada makcik ni, suara dia halus dan comel. Sweet giler hahaha. Siap aku cakap kat encik suami, comelnya makcik tu! Sebenarnya sebab kecomelan suara dia. Bayangkan kalau ada 20 kedai kat situ dan masing2 menjerit irassyaimasekkk ni, tak ke meriah tu? Memang shopping complex derang meriah pun. Kalau tak irassyaimasek (irasshaimase - gugeltranslet : may i help you) ni, ada je yang derang cakap untuk promote barang derang. Tapi derang cakap secara umum je lah, bukan ditujukan kepada siapa2 di situ. Memang takkan lah ko masuk kedai tu, senyap sunyi. Kalau tengah sale lagi lah. Derang biasa nya ada masa tertentu yang dipanggil time sale. Waktu ni dalam sejam gitu lah. Dia akan bagi diskaun istimewa. Time ni akan ada sorang dari kedai ni akan pegang papan/manilakad bertulis TIME SALE sambil mengajak orang masuk kedai tu. Kalau tak biasa memang rasa bingit ar. Tapi, best apa, sekali masuk semua barang 40% diskaun? Kat outlet la selalunya macam ni. Tapi kalau masuk kedai pun, contohnya kedai kemre ke, henpon ke, derang jenis takkan sibuk beriya2 promote kat kita kalau kita wat muka toye. Kadang2 ada yang cuba approach, tapi kalau kita cakap daijobudesu (it's okay), derang akan blah. Kalau kat china boleh jugak cakap rang wo kan2. Kat sini tak belajar lagi hihi.

Kedai Chuko'

Sebagai pengunjung tegar kedai chuko', aku suka gak peratikan nihonjin ni. Aku rasa kedai chuko' ni macam tempat derang memenuhi masa lapang kot. Selalu aku nampak derang dok belek2 macam2 benda, tapi takde gaya nak beli pun. Eh, aku pun dah jadi macam ni sekarang. Tapi kita dapat tengok lah gaya orang yang betul2 mencari barang untuk dibeli, dengan orang yang tengok sajer2. Kami pun selalu ke situ sebab mencari apa yang nak dibeli. Kadang2 jumpa benda yang tak disangka2. Dan yang penting murah. Kalau tak sangka tapi mahal pun tiada maknanya...

Jaga Parking

Kat sini kerja jaga parking adalah serius. Dan derang bekerja dengan penuh komitmen. Hujan ke panas ke, derang tetap gigih memudahkan orang untuk parking kereta. Pendek kata, kita takkan membuang masa semata2 untuk cari parking ar. Kalau kat tachiya (supa yang selalu aku beli ikan sayur) tu, siap dia tolong pulangkan troli pun ada. Pernah encik suami cakap, memang kerja dia, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Wah! Macam maksud ADIL! Mesti dia partikeadilan, kan? hahaha. Ok, tak kelakar.

Jalanraya

Disiplin di jalanraya bagi orang jepun sangat lah tinggi. Aku selalu cakap kat encik suami, 'very the malaysian driver'. Maksudnya beliau masih terbawa2 sikap pemandu malaysia kat sini hahaha. Contohnya suka tukar lorong bila beratur panjang atau kat tengah jalan. Orang jepun ni jarang lah aku jumpa yang suka tukar2 lorong. Ada, tapi time dia nak belok ke hape la. Cumanya jalan derang ada line kuning kat area traffic light yang bermaksud tak boleh tukar lorong kat situ. Maksudnya sebelum berhenti di traffic light, kena decide siap2 lorong anda. Tapi biasanya panjang garisan tu tak sampai pun 50 meter. Sempat lagi lah nak tukar lorong sebelum berhenti hahaha. Time tu lah aku selalu cakap, very the malaysian driver kat encik suami tu hehe.

Pastu pejalan kaki memang diberi keutamaan. Walau pun kita rasa macam sempat je kalau kereta tu nak jalan, tapi kalau ada pedestrian, dia tetap akan berhenti. Kita pulak yang rasa bersalah. Sistem traffic light derang kat sini lain sikit dengan kita. Kalau kita macam biasa lah, merah berhenti, kuning sedia untuk berhenti dan hijau jalan jika selamat. Kat sini hijau dia ada yang bulat biasa dan hijau anak panah. Hijau bulat tu maksudnya kalau nak straight, boleh jalan, kalau nak belok, pun boleh kalau takde kereta dari arah bertentangan. Selalunya kat tengah simpang ada tanda berlorek diamond (kalau simpang 4) atau tiga segi (kalau simpang 3) iaitu tempat untuk berhenti sementara tunggu boleh belok tu tadi. Maksudnya kalau ada kereta dari depan, tunggu lah situ. Kalau takde,, terus je lah belok. Tapiiiiiiii... ada tapinya.

Kalau pun takde kereta, tapi kalau ada pedestrian, tetap lah kena berhenti jugak . Memang pelik sikit sebab walau pun lampu untuk kereta tengah hijau, lampu hijau pedestrian pun boleh hidup jugak. Sebab tu dia mempraktikkan betul2 hijau bererti jalan jika selamat tu. Ini kalau lampu hijau bulat. Kalau hijau anak panah, boleh lah jalan sebab kereta dari arah depan memang tengah lampu merah dan lampu pedestrian pun takkan menyala. Kalau kat mesia, hijau bererti jalan lah selamat ke tak selamat, kuning pulak bererti tekan minyak kuat2 hahaha. Tapi memang kena berhati2 lah time membelok. Kena tengok kalau2 ada pejalan kaki, terutamanya memalam, kan. Sebab lampu hijau anak panah tu tak banyak dan kalau ada pun, sekejap sangat menyala nya. Dia menyala selepas lampu hijau bulat menyala sebab nak bagi lepas kat orang yang dah tersangkut kat tengah2 diamond tu tadi bila banyak kereta dari depan. Biasa dia bagi lepas 2-3 biji kereta je. Tapi ada juga yang tak pakai lampu bulat, ada anak panah je.

Dan sebagai pejalan kaki pulak, kita jangan lah pulak, mentang2 lampu tu hijau, nak melenggang kangkung pulak time melintas. Sebab macam yang aku cakap tadi la, time pejalan kaki hijau, kadang2 ada kereta pun tengah hijau bulat jugak. Walau pun kita tau kereta tetap akan berenti, tapi lebih baik mempercepatkan lah langkah tu. Tapi kat tempat2 lain yang takde traffic light, misalnya kat kawasan perumahan, garisan zebra pun takde, nak ikut sape? Kalau aku pejalan kaki, aku biasanya akan tunggu kereta tu jalan. Tapi selalunya kereta akan berhenti untuk bagi kita lintas. Tapi, jangan lupa kasik tunduk itu kapara ar kat encik tu hehe.

Haaa pasal hiway pulak. Dulu kan masa hiway desaru bukak, kan orang komplen, nama je hiway, tapi 2 lorong je, kan. Haaa kat sini, itu ada lah biasa. Banyak je aku jumpa hiway 2 lorong ni. Setakat ni hiway arah ke gifu tu lah yang pernah aku jumpa. Tempat lain tak perasan pulak. Mungkin sebab jalan ke gifu tu bergunung-ganang kot, maka jalan 2 lorong je yang mampu ditampung pada ketika itu. Ye lah, kena lah mengambil kira faktor gempa segala tu kan.

Cashier

Kalau kat aeon (mesia) kan derang ada tampal kat cashier tu, amalan yang perlu dipraktikkan ketika bekerja, macam senyum, greet customer dll kan. Tapi, pernah kah mereka mengamalkannya? Paling korok pun, senyum? Memang tak ah! Tapi kat sini, bukan je kat aeon, kat mana2 pun, bukan setakat itu, sesetengah tempat siap dengan harga barang yang dia scan tu pun dia sebut satu persatu, ok... Dan bila kita hulurkan duit untuk membayar, dia akan sebut nilai duit tu dan kita kena lah menge'hait'kannya hehe. Maka takde istilah, 'eh, berapa ek aku bagi tadi?'' Atau, eh, tadi saya bagi rm50, bukan rm10.' Dan amatlah jarang (untuk aku, tak pernah) berlaku short atau terlebih dalam pemulangan duit sebab kebanyakan cash register derang jenis automatik. Masuk je duit, dia kuar lah bakinya. Gitu. Dan bila dia nak pulangkan duit tu pulak, dia akan kira sambil menunjukkannya kepada kita. Aku suka bila dia kira duit kertas sebab dia akan selit kan duit tu kat jari, pasti dia lipat dan kira hehehe. Sila bayangkan je lah ye. Boleh cari kat youtube kalau nak tau apa yang aku maksudkan ni. Masa mula2 dulu aku rasa macam dia buat silap mata jek hikhikhik. Tapi selalunya aku main ambik je duit baki tu sebab percaya je. Lagi pulak, processor aku ni tak sempat nak translate nombor yang dia sebutkan tu hahaha.

Selain tu, ada juga mesin bayaran layan diri. Kat sini konsepnya, jujur jer. Takde sape yang jaga kat situ. Aku selalu gi situ bila line biasa panjang sangat. Macam tak ramai je yang bayar guna mesin tu?

Pakaian

Setakat ni aku tengok nihonjin ni jarang memakai baju yang striking warnanya. Walau pun banyak je baju warna warni kat kedai, tapi yang selalu aku jumpa, memakai baju hitam putih ceklat kelabu gitu. Kalau kaler pun, pastel lah kot. Aku je yang selalu tiba2 menonjol dengan warna oren la, pepel la huhuhu. Ada takde bila derang berpakaian cosplay lah kot. Oh haaa... baru teringat, baru2 ni member aku ada tunjuk gambo dia dekat acara cosplay parade yang berlaku di osu street. Meriah je aku tengok. Macam2 costume derang pakai. Tapi yang paling aku ingat ialah costume jack sparrow pirate of the carribean hihi. Rugi pulak aku tak tau ada acara tu. Kalau tau memang aku dah terjah dah.

Okeh, setakat ini dulu buat masa ini. Banyak lagi kalau nak cerita, tapi lenkali lah ya.




Friday 22 August 2014

Drama Yang Tak Kosser Tapi Terpaksa Layan


Drama apa tengah main sekarang? Lepas KTAR, disusuli pula dengan RinduAwak200%. Memula aku macam malas nak layan drama ni sebab tengok heroin dia ala2 sendu je kan. Memang sendu pun. Tapi oleh kerana dah takde drama lain nak didownload, aku pun terdownload lah jugak.

Bagi aku, memang tak best pun cite tu. Tahap paling kuat pun, sampai episod 5 je aku boleh bertahan kot. Tapi, baru je aku rasa nak berhenti download dan delete balik drama tu, encik suami pulak dok tanya dah download belum drama semalam. Apakah? Jadi aku pun terpaksa lah layan sama. Tengok dari ekor mata je bila beliau suruh sambung kat tv. Tak suka betul bila armel tu dah mula kong ajo kat laki dia tu. Menyebalkan tahu?

Eh, korang pernah tengok tak video senaman iya iya lah? Adoiyai!!! Aku pun tak tau samada video ni pernah viral ke tidak, tapi boleh tahan banyak juga parodi dia dalam pelbagai bahasa. Bila aku tunjuk kat encik suami, mengekek2 kami ketawa, terutama bab 'menyebalkan' tu kihkihkih. Boleh lah jadi modal bahan.

Oh, berbalik kepada drama tu tadi, akhirnya, sampai sekarang aku masih lagi download. Dah nak habis dah pun. Eh, lagi satu, bila encik suami dah layan drama2 ni, mula la beliau nak kaitkan kami dengan cite tu. Mula2 nama armel aisyah tu ditukar dengan nama aku armel asiah. Katanya perangai degil keras kepala si armel tu sama macam aku. Tapi aku takde lah kong ajo sampai begitu sekali kan? Pastu baru2 ni derang pergi hanimun kat instanbul. Oh my! Memang destinasi percutian idaman aku ni!

Bercakap pasal istanbul, sejak beberapa bulan yang lalu, ustaz yang bagi ceramah alfateh dulu tu, yang aku dah add dia kat fb pastu macam kena block tu, sekarang dah tak block aku lagi dah. Hehehe sukati je aku sangka buruk dia block aku. Entah2 rupanya dia memang tak update apa2 kot selama tu. Tapi macam mustahil sebab dia kan aktif berceramah segala kan. Takkan lah tak aktif sekian lama. Setahun lebih aku rasa. Eh, tapi lantak lah kan. Yang penting sekarang ni aku dah boleh baca status dia semula. Dan yang hendak aku kaitkan di sini ialah pada bulan 10 nanti beliau akan membawa rombongan bercuti ke turki dengan tema jejak alfateh sekali lagi. Huaaaaaa stress aku baca status dia bila dia cakap ada beberapa kekosongan lagi. Kalau lah aku kat mesia, dah komfem aku akan ikut rombongan tersebut. Yang menambah stress lagi, bila tak lama kemudian, $aifulnang pulak kata akan ikut serta dalam rombongan tersebut. Pergh! Aku bukan lah nak pergi tu sebab nak tumpang glemer selebriti ke hape. Tapi mengenali ustaz tu yang agak 'obses' terhadap sejarah alfateh, aku dapat rasakan yang banyak ilmu dapat aku kutip hasil dari lawatan itu, berbanding kalau aku pergi dengan rombongan yang lain. Haih... takde rezeki lah nama nya tu kan. Harap2 pasni akan ada lagi program sebegini. Mana tau masa tu selebriti yang ikut serta ialah... jeng jeng jeng! Ok takyah teka, dah tau dah kan.

Haaa dari drama dah masuk cite lain pulak. Aku saje je cuba2 buat entry spontan lagi. Macam best lah pulak. Tulis sesuka hati sesedap rasa tanpa sebab yang jitu dan matlamat yang jelas. Yang penting neuron2 di dalam kepala hotak ku ini berhubung lah sikit kan...

Tata!

p/s selama ni aku macam takde perasaan je dalam isu katebang2 ni. tapi hari ni sebak dadaku tidak tertahan, air mataku tak dapat dibendung tatkala melihat upacara penyempurnaan jenazah 20 orang yang terkorban dalan tragedi mh17. takziah buat keluarga mereka.

Thursday 21 August 2014

My Belated Birthday


Nak cuba menulis secara impromptu. Agak2 boleh dapat 5 perenggan tak entry ni? Mari kita lihat sama2 hehe.

Banyak cerita yang tertinggal sejak bulan jun yang lepas. Tah kenapa tah lemau sangat time tu. Sebab panas ke ek? Memang lah sekarang pun masih panas, tapi semenjak 2menjak ribut topan minggu lepas, macam sejuk lah pulak? Sampaikan time mandi pun batang paip tu mengalami kondensasi tau. Maksudnya air kat tangki sejuk lah kan? Masa bulan puasa bukan main lagi panasnya. Ada satu hari tu aku rasa macam nak terjun je dalam ofuro tu berendam lama2. Tapi takut terkentut lak dalam air hihi. Batal plak puasa karang. Tapi betul ke kentut dalam air boleh batal puasa ek? Masa tu dah berazam dah, lepas raya nanti nak beli sabun bubble tu, pastu boleh lah berendam satu hari dalam tu. Tapi tiba masanya sekarang, sejuk lah pulak. Kita tengok bulan 9 nanti, kot2 panas semula ke. Dah dekat bulan 10, maknanya dah nak masuk autumn lah kan? Masa aku datang tahun lepas, awal bulan 10 pun dah sejuk sikit2 dah. Best!

Satu cerita yang tak sempat aku tulis kat sini ialah tentang besdeiku yang ke 35. Ya Allah! Besarnya nombor tu! Tak sangka aku dah sedewasa itu pada usia. Tapi perangai tak macam pun? Aku ingat lagi, masa abah kawin ngan mak tiri aku sekarang ni, umur aku 12 tahun, umur mak 35 tahun, abah 51 tahun. Umur abah tu aku tak kisah sangat, tapi umur mak tu! Sama ngan umur aku sekarang! Ok, takyah bayangkan.

Pada hari jadiku itu, aku menyatakan hasrat nak makan pecel lele. Encik suami ajak pergi sama2. Macam lah tak boleh beli ikan keli kat zafar goreng sendiri kan... Tapi dah nama pun besdei, kena lah mengada2 sikit, kan? Jadi, tengahari tu kami keluar lah naik chikatetsu nak ke sama2 kononnya. Sekali tengah tunggu train, barulah encik suami check website dia dan mendapati bahawa kedai tu bukak kul 6 petang. Keciwa!!! Nak patah balik dah rugi sebab dah beli tiket. Maka, kami decided untuk pergi makan kat ariana je lah. Sodih! Bukan tak suka makan kat situ, tapi sebab baru je weekend tu makan kat situ kot. Muak juga makan selalu. Pastu pulak kami dah beli tiket rege 230 dan tak pernah buat adjustment. Sebab aku rasa tiket ke ariana tu 260 kot. Tapi kami pergi jugak dan nak try je wat adjustment kat mesin dia. Sampai2 je, terus terkam mesin fare adjustment. Masuk, keluar balik. Masuk, keluar balik. Rupanya takyah buat adjustment pun sebab rege dia sama je iaitu 230 hehe.

Pas makan, encik suami nak masuk lab semula. Aku pulak kengkonon nak jenjalan kat otsukaya. Maka, kami pun berpisah di stesen chika. Apakala aku tiba je pintu otsukaya, barulah aku perasan yang hari tu ialah hari khamis. Otsukaya tutup! Lalu aku pun cecepat turun ke stesen semula untuk mengejar encik suami. Sampai kat platform, tengok beliau dah takde. Holohhh dah terlepas pun. Tapi masih tak berputus asa. Ingat boleh kejar kat stesen imaike. Pun tak sempat jugak. Kejar lagi sampai ke motoyama. Pun takde jugak. Pastu baru lah aku jalan slow. Masa tu baru lah terfikir, yang aku beriya mengejar tu dah kenapa? Entah? Kan? Wat penat jer.

Ok, itu lah cerita di hari jadiku.

Nak dijadikan ceritakan lagi, seminggu sebelum tu aku dengan sengaja telah menyembunyikan tarikh hari jadi ku di fb. Bukan nak test orang ingat ke tidak sebab aku pun tak ingat besdei orang. Tapi sajer takmo bagi wall aku penuh dengan 'kononnya' ucapan selamat hari lahir. Eh, kan ke bagus orang ucapkan selamat, doakan panjang umur murah rezeki? Memang lah bagus kalau iyer dia ucap camtu. Yang tak bagusnya kalau kebanyakannya cuma taip huruf H dan B kecik. Dah lah tak berusaha langsung nak tekan shift nak bagi huruf besar, kan. Bagi aku itu setaraf lah dengan orang yang komen Al-fatihah kat orang yang kehilangan seseorang. Mungkin laaa ada yang betul2 baca surah tu sambil menaip nama surah tu. Tapi, no point lah. Ini pendapat peribadi aku la. Tak semestinya betul.

Dan hasilnya, takde satu pun ucapan besdei kat fb aku pada tahun ini hahaha. Alah, besdei je pun...

btw, birthday aku ialah 12 Jun. Pada hari tu, filem ceo lakonan encik beto keluar di pawagam. Aku dah tengok cerita tu. Tah pape lah cite tu. Ada macam tengok leverage pun iyer jugak. Tapi dapat lah tengok sisi lain encik beto tu. Asik tersengihhh je hihi.

Dan pada sebelah malamnya (atau awal pagi esoknya) pula, bermulanya welkap brasil 2014.

Okeh, itu je cerita nya.

Yeay! Dah siap satu entry secara spontan. Maknanya, boleh jer... nak seribu daya.



Wednesday 20 August 2014

10 Bulan


E'eh, kebetulan pulak. Tu ari tajuk entry 10 tahun, ni 10 bulan pulak. Tapi sebenarnya dah terlebih 10 bulan pun. Tak kisah lah. Janji ada. Sebenarnya nak tulis perkembangan diri ini selepas 10 bulan berada di nagoya.

JALAN

Pertamanya tentang jalan. Tidak seperti 5 bulan yang pertama di mana aku banyak belajar selok belok laluan subway, 5 bulan berikutnya ni aku lebih banyak explore jalanraya. Selain dah ada kereta, yang menambahkan panjang langkah kami ni ialah sebab kami dah dapat parking kereta betul2 kat bawah rumah ni ha. Sempat lah 2 bulan parking kat tempat jauh tu. Bila nak keluar je, biasanya encik suami akan pergi ambik kereta dulu dan aku tinggal turun je ke bawah rumah. Bagusnya boleh lah aku bersiap lambat2 sikit, tapi tak bagusnya, leceh la kan, nak menapak ke tempat parking tu. Tapi mulai 1 julai yang lalu, kami dah pun berpindah ke parking yang baru ni. Itu pun encik suami yang mula2 terpandangkan papan tanda agensi parking lot tu digantung kat situ. Dulu pernah tanya, katanya itu tempat parking untuk bangunan sebelah. Mujur lah tak banyak kerugian yang terpaksa ditanggung kerana berpindah parking ni. Cuma terpaksa burn kos untuk sebulan je. Tapi masih kira berbaloi. Lagi pun parking baru ni lagi murah 2k+.

Di sinun. Gambar diambil dari koridor luar pintu rumahku.

Eh, dah cerita parking pulak. Tapi tu pun kira perkembangan terbaru jugak lah kan hehe. Tentang jalanraya tadi, aku dah hafal beberapa jalan yang biasa kami lalu. Biasalah, selalunya orang sebelah driver yang lagi cepat hafal jalan, kan. Encik suami pulak kekadang masih on gps. Aku lak yang rimas. Mentang2 dia dah hafal... hihi. Setakat ni jalan sekitar rumah sampai ke nagoya port aku dah explore 3 laluan. Awal2 dulu kami follow gps, dia tunjuk ikut simpang shidax/ameka tu. Tapi baru2 ni kami dah jumpa 2 lagi laluan yang lagi straight rupanya. Satu ikut jalan yang lalu depan donki hote kanayama dan satu lagi straight je takyah belok kat jalan tu. 2-2 laluan ni akan jumpa simpang upgarage/esso dekat2 dengan imigresen. Kalau terus lagi kat upgarage tu boleh sampai ke yatomi juga.

Satu lagi ialah laluan jalan belakang (aku yang panggil sebab jalan ni menghala ke belakang hostel kami dulu). Jalan ni menuju ke toyota, tapi kami selalu pergi takabari, hirabari dan nagakute ikut situ. Kira territory an-rody lah area ni. Selain tu, kalau masuk jalan kat mekdi takabari tu, boleh tembus ke yagoto, aratamabashi dan seterusnya boleh ke nagoya port jugak.

Pastu jalan belah motoyama pulak, kalau ke kanan hala ke nagakute, kalau ke kiri boleh pergi otsukaya/ariana. Dari situ dah dekat jugak dengan nagoya dome dan kalau terus lagi boleh sampai ke toki hihu! Errr kat toki tu ada premium outlet hehe. Pastu jalan otsukaya tu juga dikenali sebagai sakura-dori. Kalau straight lagi boleh jumpa sengen-cho dan boleh ke nagoya station jugak. Huh!

Yang senang faham jalan ni sebenarnya sebab sistem jalan derang ni macam grid. Kira banyak yang selari dan serenjang lah. Senang nak buat mind-mapping di situ. Misalnya, aku ambil jalan kawana-gokiso tu sebagai base dan simpang gokiso tu pulak sebagai titik persilangan utama.

Tapi highway kat sini aku belum faham sangat. Tak berapa nampak lagi.

RESIDENCE

Sampai bulan 11 2017.

Minggu lepas, aku baru je mendapat residence card yang baru. Aritu masa mula2 datang sini aku dapat visa selama setahun (yang akan expired 5 nov nanti). Sebab masa tu kan encik suami berstatus research student. Jadi sekarang ni, kena lah extend lagi 3 tahun. Memula kami pergi imigresen time bulan puasa. Aku dah tau dah, kite boleh renew 3 bulan sebelum expired. Dan memang dah plan pun nak pergi selepas raya. Tapi encik suami lah, beriya kata boleh renew lebih awal. Sebabnya beliau punya memang lah expired sebulan awal dari aku sebab beliau datang2 terus dapat visa kan. Dan aku aritu masuk sebagai tourist dulu, lepas sebulan baru dapat visa dependent. So, masa pergi imigresen tu, beliau je yang dapat apply, sementara aku pulak kena datang sebulan kemudian. Grrrrrrr. Pastu sebelum raya beliau dapat notification suh ambil residence card sebelum 5hb yang lalu, iaitu tarikh di mana sepatutnya aku layak apply. So, kami pergi lah 5hb tu. Dan tak sampai seminggu; kami pergi hari selasa, hari jumaat tu dah dapat notification suh ambik aku punya pulak. Suka je pergi imigresen sebab boleh 'singgah' bookoff minato hehe. Sebenarnya bukan singgah. Pergi. Sebab dia bukan on the way pun.

MAKAN

Selepas kes elaun tak masuk 4 bulan tu, baru lah aku rasa tak perlu berjimat cermat sangat bab makan. Kalau sebelum tu nak makan kat luar rasa macam membazir jek. Tapi sekarang, asal rasa nak, kami makan je kat mana2 pun. Tambah pulak sekarang vocab makan luar aku dah agak banyak. Tapi tetap lah, makanan jepun jatuh nombor last sekali dalam senarai keutamaan. Berikut ialah antara tempat makan luar setakat ini...

Kalau nak makan makanan india, ada ariana dan gandhara. Oh, ada satu lagi, kashmir, tapi sekali je lah aku pergi situ sebab nasi beriani dia pakai beras jepun. Dan aku baru perasan yang beras basmathi kat ariana lagi panjang dari gandhara punya hehe. Haih... kenapa lah semorang suka sangat nasi beriani gandhara tu? Aku sorang jek suka yang ariana punya.

Kalau nak makan makanan turki atau kebab, ada megakebab dan anadolu/kebabi. Kat osu pun ada herb kebab dan sis kebab, tapi aku tak pernah try. Kalau diberi pilihan, aku lagi suka kebab kebabi kot. Macam lagi sedap.

Kalau nak makan makanan indonesia, ada sama2 dan bintang. Tapi bintang tu jauh ar sikit. Cuma menu dia lain dari sama2. Kat situ ada satay dan ikan. Rendang pun ada. Aku pun tak tau kenapa derang tak pernah ajak pergi situ lagi. Aku suka je makan nasi goreng dia. Walau pun beras jepun. Pastu kat situlah kami terjumpa sorang makcik jepun ni yang mencari suaminya orang mesia yang tak balik2 sekian lama. Orang jb lagik!

Satay di bintang.

Bayangkan gurame je la. Sambal tu macam sambal ayam penyet. I like!

Nasi goreng.

Kerabu.

Kalau nak makan makanan barat/itali, ada gusto, saizeriya dan grazie garden. Tapi kami paling selalu pergi gusto walau pun makan piza jagung dan spageti bogel jek. Sedap!

Kalau nak makan semua ni, ada darvesh! Ya, darvesh ni restoran yang menawarkan makanan dari 6 negara. Sebulan sekali mesti kami pergi sini kot. Sebab jauh sket, dekat anjo, daerah toyota.

Kalau nak makan makanan thai, ada namcha.

Akhir sekali, kalau nak makan takoyaki, ada kedai sakura kat bookoff minato. Ini je lah makanan jepun yang aku suka makan hehe.

CONVERT

Penyakit convert duit ni dah recover 75% kot. Masih lagi convert, tapi dah boleh terima lah harga sesuatu barang tu. Macam, kalau pergi supa beli ikan contohnya, aku dah boleh terima lah bayaran 7-8 ribu yen sekali pergi. Tu kira biasa ar. Sekali makan dalam 2-3 ribu yen tu pun biasa. Cuma aku harap jangan lah keadaan 'boleh terima' ni jadi sebati dan terbawa2 sampai balik mesia besok. Dulu makan asam pedas kepala ikan merah 40 hengget tu pun dah rasa mahal. Kat sini, segitu lah yang paling murah. Kalau tol lagi lah jangan convert. Highway nagoya ni je sekali masuk 750 yen (bih kurang rm30). Tu yang kalau tersalah jalan kat highway, baik ikut jalan biasa je tu. Tapi, sekali lagi, kalau dalam duit yen, masih boleh diterima lagi la kan.

NIHONGO

Alahai... malu nak mengaku yang aku dah habis kelas semester kedua ni. Sebab tahap penggunaan masih rendah, jauh benar dari yakin. Lagi pun aku kan memerap je kat rumah, kan. Mana nak berkomunikasi pun. Ada takde bila ada orang ting tong rumah hantar parcel jelah. Itu pun hait hait arigato je. Hait pertama bila dia tunjuk/sebut nama. Hait kedua bila dia suruh sign. Dan arigato bila dia bagi barang hehe. Kekadang bila bunyi loceng rumah pun aku tak bukak langsung sebab trauma selepas aritu orang nhk datang tuntut yuran  tv huhuhu. Aku pulak main hait hait arimasu jek. Dah kantoi ada tv kat rumah kikiki. Sibbaik pastu aku berlakon buat2 tak paham apa yang dia cakap, so seolah2 aku tersasul la cakap 'ada' tadi tu hihihi. Selain tu, macam takde je orang jepun yang aku nak bercakap dengan.

Kelancaran membaca pun ala2 budak 5 tahun lagi. Boleh lah mengeja satu2. Malas nak membaca pun iyer sebab kalau baca pun bukan paham pun hahaha. Melainkan dia tulis katakana, baru lah aku boleh teka2 apa perkataan yang cuba disampaikan. Kalau kat signboard ke iklan ke hape, semua campur dengan kanji, lagi lah tak paham. Tengok tv, berita pulak, derang cakap laju, dapat tangkap 1-2 perkataan je. Cuma bagusnya program tv derang ni ada subtitle tulisan jepun jugak. Tapi, tetap lah tak paham huhuhu.

Kelas nihongo semester 2 yang lepas ni, kami belajar 4 jenis grammar. Te form, ta form, plain form dan dictionary form. Yang plain form tu kira bahasa pasar lah, untuk cakap ngan kengkawan. Bila dah belajar ke 4-4 form ni, langsung bercampur aduk semua dan jadi kompius. Dia macam imbuhan ar, lain imbuhan, lain maksud dan kegunaannya. Tapi sebenarnya kalau dapat kuasai semua ni, kira boleh la nak berbual ngan nihonjin. Masa belajar memang la best. Balik rumah semua tiris.

Tapi, aku masih tidak berputus asa hehehe. Tengah bulan 10 nanti aku akan masuk kelas semester 3 pulak. Tak sabar nak pergi petik epal lagi pun ye jugak hahaha.

TELEFON

Yang ni takde perkembangan apa2 lagi. Aku rasa sampai ke sudah kot aku akan tetap dengan line celcom ni. Beberapa hari lepas, tetiba henpon aku takleh hidup. Cuba cas pun dia takmo. Dah cuba cas kat soket rumah dan guna power bank. 2-2 tak boleh. Ingat henpon ni yang dah rosak. Aku rasa macam bateri ada separuh masa tu. Masa tu dah saspen dah. Siap terbayang2 dapat pakai aipong nih! Sibbaik aku masih ada henpon nokia yang lama tu. Dah pindah simkad dah pun. Tapi tak best ar, takleh install instagram. Line pulak kalau guna kat henpon lain, semua history dia padam. Whatsapp, fb ngan weechat ok jek. Sibbaik lah aku ada install line kat macbook. Tapi tak lama tu, encik suami suruh cuba cas henpon tu kat macbook. Slow2 keluar gambar betri hihihi. Rupanya memang bateri yang kong. Dia fully discharge kot. Kena kaji ni, kenapa dekat laptop baru dia boleh cas. So, takde lah henpon baru. Sibbaik tak sempat masuk line kat nokia tu. Kalo tak lebur la semua mesej selama ni. Takpe, selagi belum keluar aipong6, kite pakai je apa yang ada. Tengok derang tunjuk gambo aipong6c macam menarik je, kan? Warna warni. Nak cop kaler pink! Tah bila nak keluar nyer tah.

SAIZ

Macam takde perkembangan jek? Dari segi indeks jisim badan, masih sama macam sebelum datang sini. Berat ada la turun sekilo time puasa aritu, tapi sekarang dah balik semula ke asal. Pipi je lah kot makin sembap sebab banyak tido hehe.

Apa lagi ek? Lain2 macam takde perkembangan sangat la. Haaa tapi encik suami kata skill memasak aku semakin meningkat. Kira dah terampil level 3 lah ni!

Cuma perangai je tak banyak berubah. Degil dan keras kepala masih maintain. Eh, perangai mana boleh berubah mengikut tempat, kan? hihi. Sampaikan sekarang ni encik suami gelarkan aku apa tau???

ARMEL.

ARMEL ASIAH.

Wek!

Sekian. Tiba2.

p/s apasal orang lelaki suka cite rinduawak200% tu ha? kompius i.



Tuesday 19 August 2014

Sudan?


Tiba-tiba.

Sebenarnya aku bukan tau sangat pasal negara sudan. Tapi nak cite sikit secebis kisah tentang sudan yang aku dengar sepanjang masa aku berkursus o&g kat instep tahun lepas.

Masa aku sampai di sudan, eh, di instep, aku jumpa ramai orang berkulit hitam. Hitam ya. Bukan gelap. Derang sama2 makan kat cafe yang kami makan. Sama2 minum pagi dan petang kat luar bilik kuliah/lab. Pakai baju uniform budak instep. Pendek kata, derang sama2 lah mengambil kursus di situ. Pastu sambil2 mengajar tu, pengajar instep ni pun cerita lah sikit2 pasal orang2 sudan nih. Pengajar ni antaranya ada yang pernah bertugas di sudan. Dari situ lah baru aku tau pasal negara sudan ni. Selama ni macam tak pernah je nak ambik tau, orang tu berperang ke haper. Kisahnya...

Negara sudan ni dah berpisah utara dan selatan. Maksudnya ada sudan utara dan sudan selatan la sekarang. Tapi sebenarnya belah selatan yang mintak berpisah ni. Kenapa ek? Negara2 ni suka berpisah utara selatan? Macam jarang dengar berpisah timur barat (kecuali german la kot, kan?). Takpon barat daya-tenggara ke, timur barat-timur laut ke. Boleh? Satu lagi yang aku tak paham ialah kenapa banyak berlaku kes2 nak berpisah dari negara. Macam bangladesh, pakistan, india. Macam indonesia ngan timor timur. Tu yang dah berpisah. Yang tengah dok nak berpisah pun banyak sekarang ni, kan? Macam kat ukraine tu. Ada puak pemisah. Kat filipina. Eh, toksah cakap orang lah. Tu kat sabah tu, bukan ke mintak cerai jugak ke tu? Okeh, dah nampak idea nya di situ, kan? Toksah cite palestin la kan. Itu cerita lain.

Nak dipendekkan cerita, dalam kebanyakan kes2 berpisah ni, sudah tentu ada orang2 luar yang dok sebelah mana2 pihak. Sama lah juga dengan sudan. Oleh kerana negara derang ni kaya dengan minyak, sape lagi yang akan menyibuk nak jadi pendamai kalau bukan pakcik sam tu kan.

So, dalam kes ini, pakcik sam menyebelahi pihak selatan. Dah sorang tu berada di pihak selatan, mestilah pihak satu lagi kena ada yang memihak jugak. Dan dia ialah china. Haaa nampak tak permainannya di situ?

Nak dijadikan cerita, tah macamana, sebelum berpisah ni pun, dah sedia ada pembahagian kawasan dalam industri o&g ni, di mana lokasi telaga2 minyak (atau dipanggil upstream) banyak terdapat di sebelah selatan, manakala lokasi pemprosesan (atau dipanggil downstream) pula terletak di sebelah utara.

Jadi, dalam derang dok perang2 nak berpisah tu ari, maka telaga2 minyak di selatan ini telah pon dibom kebabom kedebush pom! Maknanya? Maknanya tiada lah pengeluaran minyak berlaku, sekaligus tiadalah minyak yang nak diproses. Atau dengan kata lain. Shutdown. Bila shutdown, duit tadak, kerja pun tadak. Maka, sebagai salah sebuah negara yang melabur di sana melalui petronas, maka di instep lah lokasi bagi orang2 sudan ni dilatih semula sementara nak bina balik apa yang dah lebur tu tadi.

Gitu la lebih kurang kisahnya. Menurut ceritanya lagi, orang utara ngan selatan ni pun ada beza dia. Lebih kurang india la. Yang belah selatan ni kulit dia hitam pekat, yang utara ni cerah sikit. Ada la unsur ceklat di situ. Dan derang yang hitam tu tak suka dipanggil gelap. I'm black, not dark, katanya. Orang mesia je yang suka putih. Eh?

Eh, tapi cerita aku ni surface je tau. Apa berlaku sebenarnya di sebalik tu korang baca lah sendiri. Erkkk dan satu lagi, sorry kalau ada fakta yang terbalik utara-selatan sebab aku dah lupa huhuhu.

Monday 18 August 2014

Harum Lavender


Macam ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Satu sebab takde pergi jalan2 dalam erti kata cuti2 jepun, maka takde lah benda best nak diceritakan. Dua sebab ncis. Ya, aritu aku dah khatamkan ncis la dari season 4-5, pastu patah balik dari season 1-3. Ni aku patah balik ke ncis biasa dari season 1 sampai sekarang dah separuh season 3. Ada 8 season lagi tak khatam huhuhu. So? So, asal ada masa terluang je, aku akan mengadap cite tu lah. Sampai tido pun, cite tu pulak mengadap aku. Maka, ini lah dua sebab kenapa aku ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Sekian surat tunjuk sebab saya, tuan.

Walau bagaimana pun, aku ada banyak stok draft yang cuma diisi dengan gambar2 amatur separuh masak. Ini adalah salah satu daripadanya. Bila ek? Rasanya dalam bulan 6 gitu kot aku pergi taman yang ada lavender garden ni. Terletak kat minato yakni nagoya port. Area2 bookoff kegemaranku tu lah. Kami pergi ni dengan an dan rody. Rupa2nya taman ni dok sebelah je dengan aeon minato. Pernah lah aku pergi sekali aeon tu. Aeon mana yang aku tak pernah pergi, kan...

Haaa baru aku ingat. Kami pergi ni seminggu sebelum puasa sebab aku ada pergi outlet gap kat aeon tu dan beli baju untuk baby yang kami melawat keesokan harinya. Ok, settle bab 'bila?' tu tadi.

Nama taman ni ialah arakogawa park. Salah satu taman rekreasi yang ada kat nagoya ni. Spesel nya taman ni ialah dia ada playground yang agak mencabar. Maksudnya bukan setakat gelongsor dan buaian biasa la. Tapi kalau nak yang lagi mencabar rasanya playground kat kiso-sansen kot.

Tujuan utama kami pergi ke taman ni ialah untuk melihat dan menghidu bau bunga lavender yang menjadi pewangi rasmi rumah kami selama ini. Selalu tengok gambar je kan. Ni pun, tengok gambar jugak lah korang. Aku je yang pergi tengok. Bau dia tak dapat pulak aku rakam dan upload kat blog ni hehe.

Lavender ni ada banyak jenis. Aku pun tak tau apa bezanya selain rupa. Itu pun, rupanya tidaklah menarik sangat pun. Yang penting bau dia. Expectation aku dalam lawatan ini ialah akan dapat menghidu harum lavender yang semerbak, sama macam pewangi yang baru disembur ke udara. Rupanya tidak. Takde pun bau lavender yang dapat hidung ku tangkap selama berada di sana. Cuma ada satu bau yang tajam semacam bau herba yang entah, aku sendiri pun tak dapat nak terangkan. Cukuplah ia tersimpan dalam memori yang belakang2. Memang tak boleh nak ingat dah. Tahun depan aku pergi semula, baru lah boleh ingat balik kot.

Okeh, itu je cerita dia.

Meski dicium dihidu, namun tiada haruman dapat dibau. Kena proses kot baru keluar bau. Macam daun pandan la, kalau gitu je tak kuat pun bau dia. Tapi bila dah dihiris, diramas, barulah keluar bau bunga rampai tu. Atau bila dimasak. Eh, ye ke? Macam salah je analogi ni hahaha.


Dia tumbuh serumpun2 macam daun pandan. Lagi?



Gaya apakah?


Yang ni aku tak pasti warna dia memang ni ke, bunga ni belum matang lagi.



Spesis pendek2 dan rapat. Warna pun lagi pekat.

Hah, tu nama dia! Kerabat ni.

Yang ni yang dah layu kot.

Ini bukan lavender. Tah bunga apa tah.


Macam daisy, tapi kenapa tengah di terjojol?



Hydrangea!!! Time ni pun tengah musim bunga ssfhomedecomart ni. Ada banyak kaler. Putih, biru, pepel, pink. Tapi kat sini ada yang putih jek.













Ada juga sebuah taman jepun kat situ. Maksud taman jepun ialah kolam, momiji, water fountain, batu2 dan pokok ala bonsai.




Ini bunga iris. Time ni juga musim bunga iris, tapi taman bunga iris ni jauh sket, malas nak pergi.



Dah penat baru perasan area yang ditanam bunga lavender banyak2. Tadi tu sikit2, buat memperkenalkan jenis2 spesis dia je kot.








Di taman jepun.








Tapi banyak tebuan kat sini. Tapi dia tak kacau kiter lah. Baik dia lepak kat bunga yang wangi ni. Katanya.

Sekian cerita lavender saya.