Tuesday 30 December 2014

Rombongan Cik Kiah I : USJ


Dah macam ulang tayang lah pulak entry2 aku ni ek.  Tapi memang aritu kami pergi ke tempat2 yang aku pernah pergi jek. Masa nya tak sesuai nak pergi ke tempat2 lain.

Hari jumaat pulak, aku bawak budak2 tu ke sakae naik chikatetsu. Tak bawak pil sebab tau nanti mesti derang penat punya. Nak berjalan keluar dari subway tu pun dah cukup memenatkan. Kami keluar waktu solat jumaat. Baliknya bila kedai tutup. Pukul 8 malam. Itu pun sempat soping dalam bangunan skyle tu jek. Memang situ pun tempat soping golongan marhaen macam kami ni. Takkan aku nak bawak derang masuk mitsukoshi ke matsuzakaya yang banyak butik2 designer tu pulak kan. Kebetulan hari tu ada sale kat uniqlo. Seronok lah derang. Sebelum datang aritu memang derang cari baju kat uniqlo kat mines tu pun. Datang sini tengok lagi murah, separuh dari harga kat mesia. Sanggup tu beratur 2-3 kali kat kaunter walau pun barisannya panjang giler. Aku je yang tak beli pape sebab karenah birokrasi hehe.

Balik rumah, terus aku memasak untuk buat bekal besok. Besok tu kami nak ke osaka & kyoto. Aku cadangkan pergi kyoto je sebab bukan ada pape pun kat osaka tu kan. Takat usj jer, tu pun bukan nak masuk dalam pun. Kalau gi kyoto jer, sempat lah pergi beberapa tempat yang menarik. Tapi encik suami nak jugak bawak gi usj. Maka pergi lah kiter. 

Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi. Termasuk kat highway mana tah, tiba2 takde tol. Tapi speed limit 60. Bila masa nak sampainya oiii. 30 minit lagi lambat dari highway biasa. Nak keluar highway semula, masuk celah2 sawah padi segala. Makin melambatkan. Akhirnya sampai osaka dah pukul 10 pagi. Aku rasa googlemap yang baru update ni macam tingtong sikit lah. Tah celah mana2 dia bawak kita. Masa kat osaka siap kami berpusing kat tempat yang sama 2 kali lagik. Pening acik. 

Di osaka, kami terus pergi usj. Kat tempat parking macam takde orang. Tapi kat dalam macam semut. Ok, oleh kerana pergi sini sebab nak bergambar, maka gambar lah yang ada.

Tak sejuk pun kat sini. Selamba tak pakai jaket.
















Selesai membeli fridge magnet dan t-shirt hardrockcafe, kami pun bergerak ke kyoto. Tu pun dah lambat jugak ar. Alamatnya memang satu tempat je lah sempat pergi kat kyoto tu kang.


0 komen: