Thursday 11 December 2014

Makan-Makan Lagi & Balik Parit Raja Lagi

Ahad 2 November 2014

Bangun pagi tu, sil belikan nasi kerabu. Wahhh... cakap je nak makan apa, mesti dapat. Tengahari tu tengok jjcm kat batu pahat. Dia makan beriani power, nasi ayam rengit ngan mee racun. Mee racun je aku tak sempat makan. Tapi tak kisah pun sebab tak berapa suka rasa mee racun. Tak tau la tang mana yang tak suka nya tu tah. Ada sesuatu rasa yang menolak gitu. Tapi tak tau lah kalau dilawankan dengan tulang tu boleh suka pulak ke. Kedai mee racun yang femes tu pun aku tak pernah pergi.

Mee racun batu pahat.

Lepas tu kami pergi rumah abang tp. Makan jeruk mangga asam boi lagiii!!! Kak shila buat. Banyak pulak tu. Kali ni memang makan sepuasnya, siap bawak balik lagi. Ni tak makan setahun lagi pun tak kisah dah. Pastu makan mee kari pulak. Eh, ni entry pasal balik mesia ke entry pasal makan eh?

Lepas maghrib, kami mintak diri dulu. Tak terus balik sebab nak makan poktek! Wihuuu! Sebelum pergi jepun dulu tak sempat makan, langsung asik teringat2 jek. Try buat sendiri pun tak sedap huhuhu. Lepas makan balik lalu jalan biasa. Dah ada jalan besar dari bandar bukit mahkota ke bangi lama. Tembus dekat2 dengan mint. Tapi jalan mint tu masih macam tu lah.

Poktek hana gearbox bukit mahkota. Takde ketam pulak kali ni. Dulu zaman awal aku makan ni, ikan pun ada. Pastu dah takde ikan. Sekarang ketam pulak yang takde? Tapi banyak lagi la isi lain macam lala, sotong, udang. Mangkuk ni besar ok, saiz makan 4 orang kot. Dan kali ni kuah dia sedang2 tak pedas sangat. Tapi kalau pedas lagi sedap kot!

Isnin 3 November 2014

Hari ni kami nak balik johor dah. Sebelum tu nak singgah jpj bangi. Konon2 ada hati nak ambik lesen kat sini. Baru je niat, dah dapat balik. Sedang elok lah tu. Boleh ambik rekod lesen memandu yang baru. Rupanya jpj bangi tu kat lot2 kedai jek.

Lepas tu, kami pergi makan ayam penyet wongsolo pulak. Haih... balik 2 minggu je, tapi list nak makan macam balik sebulan. Kalau ikut standard waktu makan ada 6 kali, kan hihi. Tapi lunch ngan dinner je lah dapat makan yang berat2 kan. Darabkan je lah 2 kali makan dengan berapa hari yang ada. Tu pun semalam sepatutnya nak gi makan patin tempoyak kat shah alam, tapi takde rezeki. Takpe lah... besok saper2 nak datang aku paksa suh bawakkan hehe.

Aku order pecel lele.

Encik suami order ayam penyet. Dapat rasa dua2. Lagi pun tak sempat kot nak makan nasi ambang pecel lele akak smiling face. 

Lepas makan, kami terus balik johor. Sampai nilai, encik suami dah mengantuk, maka aku lah yang drive. Selepas setahun tak pegang stereng. Masih boleh rupanya. Ingat dah tak geti dah.

Kami keluar kat pagoh sebab nak pergi bandar batu pahat. Nak cari bahan2 kek. Pastu terus balik rumah. Sebelum sampai rumah, singgah paritsapranlaut, nak tengok tanah. Sebenarnya nak tengok rumah orang. Ok, dah ada nama jalan. Jalan keluarga bestari 2. Baru ada 2 buah rumah. Bestnya kalau balik mesia nanti terus buat rumah. Ting!

Rumah yang terbaru. Rasa macam aku pernah masuk rumah ni masa tengah buat.

Malam tu konon nak makan char kuey tiow pak tam. Sekali tutup lah pulak. Selalu tutup hari selasa. Ke kedai ni dah tutup terus? Tak tau lah. Tapi aritu kan sampai2 terus makan ckt kan. So, takde lah terkilan sangat. Boleh makan benda lain pulak hehe. Dan kami terus ke kedai bubur ayam.

Bubur ayam dengan kangkung belacan. Rasanya setiap kali makan luar, mesti aku minum milo ais. Apakah?

Bubur je pun... tapi sedap ok.

Kat depan kedai bubur ni ada kedai jual esbok ngan mesin basuh terpakai. Kedai chuko!

Besok pagi kemas2 barang yang nak dibawa balik. Bestnya dapat bawak benda yang selalu rasa macam nak bawak ke sini. Kalau belum ada lesung pun rasanya aku akan bawak kali ni haha. 

Tapi benda ni tak boleh la nak bawak, kannn...

Buku2 yang tak sempat baca pun boleh bawak. Best2.

Aritu tiba2 terindu kat pemandangan ni. Alhamdulillah yang Maha Mendegar.

Rindu loteng pun terubat. Tah pape jer.

Balik nanti kiter beli tv sebesar songket tu okeh??? ;p

Sebelum meninggalkan parit raja, kami pergi menjenguk rumah contoh fasa baru taman ni. Sama je layout nya, cuma warna je lain. Pastu porch dia dah takde longkang kat tepi. Rasanya semorang taman kami tutup longkang tu.


Porch ditutup penuh dengan tiles. Cuma takde lah paip air ekon yang ditanam dalam ni kot. Kami dulu tanam paip siap2 sebelum timbus.

Googlestreet hahaha.

Babai rumah! Bila dah ada orang duduk ni, mula lah aku rasa macam nak jual je rumah ni kang huhuhu.

On the way balik tu, kami singgah makan nasi ayam hj. ali pula. Masih sama sedap. Dapat ayam 2 ketul lagik.


Minum pulak sirap bandung dengan ice blended mango dalam cuaca panas terik. 

Sebelum sampai rumah, singgah beli goreng pisang cheese kat simpang telok sengat. Dengar cerita macam best sangat.

Manis sangat! Pisang tu dah memang manis. Tambah pulak susu ngan coklat rice tu. Tak berapa boleh masuk ar dalam tekak aku. Baik lah goreng pisang cicah sambal kicap je.

Sampai rumah, rehat2 sekejap, pastu lepas maghrib kami keluar lagi. Kali ni nak hantar anak buah kat bus stand larkin. Nak balik kedah. Loqstaq baqhang! Naik bas malam pukul 10.

Sebelum pegi kl aritu aku dah order belangkas dengan melly. Melly ni kawan sekampung encik suami merangkap classmates kami masa form 2&3. Dia bisnes kedai makan. Dengan menu belangkas ni. Dah setahun aku dok perati je orang dok makan belangkas melly ni. Macam best sangat! Aku tak pernah makan belangkas sebenarnya. Pastu sekarang ni melly dah jual lauk belangkas frozen ni pulak, lagi lah senang. Takyah nak pergi kedai dia. Tah ada lagi ke tak kedai makan tu tah. Macam dah lama tak dengar cerita  pasal kedai makan. Ke dia dah fokus jual frozen pulak sekarang? Eh, lantak dia lah. Yang penting aku dapat makan belangkas ni ha. Dia jual 2 jenis lauk, asam pedas ngan black pepper. Tapi dia rekomen black pepper. So, aku pun order lah black pepper.

Hari ni sebelum kami sampai rumah, melly hantar ke rumah belangkas ni. Tak sempat nak makan malam, besok tengahari baru aku masak. Bukan masak pun, panaskan kuah dia, pastu campak je belangkas tu ke dalam. Seploh menet jek. Dia dah pre-cook. Bila aku makan, wahhhhhhh sedap nya belangkasss!!! Tak sangka tau. Lauk black pepper dia pun sedap, tu yang jadi sedap double trouble tu.  Korang yang kat jb kalau nak try cer lah belangkas melly ni. Dia ada COD sekitar jb. Bukan belangkas jer, lobster, siput gonggong, pepahat pun ada. PM for detail hehehe.

Belangkas best!  Banyak ni RM18 jek. Untuk 2 orang makan katanya. Tapi kalau aku makan sorang pun ok je hihi.

Malam tu MIL keluarkan koleksi keratan sotkabo ni. Tengok secara live macam tak percaya jek hihi.

Ucapan hari raya kami hihi. Siap dia quote pantun lagi.

Aku kah itu?

Okeh, itu jer cerita sekitar kepulangan kami. Satu entry lagi pasal perjalanan balik pulak. Itu pun ada destinasi jalan2 cari makan juga hehe.


5 komen:

nazayiena said...

Blk M'sia skjp bolehlah melepas keinginan apa yg nak di mkn di sini.

zura aini said...

untunggggnya makan banyak pun tak naik badan

AyunasiA said...

Nazayiena Ayiena: rezeki tak terjangka... time kat mesia pun rasa tak sangka dah ada kat mesia.

AyunasiA said...

zany: genetik kot... kakak2 pun semua makin lama mengecut hihi

Shila said...

Salam...bestnye balik Mesia...'

Lama juga tak singgah blog ni...tiba2 tgk balik mesia...

Hari yg sama jugak saya makan kat wong solo bangi tu....:)