Monday 29 December 2014

Rombongan Cik Kiah I : Jalan-Jalan Dalam Dai


Dai tu shorform bagi daigaku-universiti. Kalau kat mesia nama2 uni kiter gunakan acronym uthm, utm, uitm dll kan? Kat jepun ni derang panggil Xdai dengan X sebagai pembolehubah. Aku ni tak abis2 dengan pembolehubah hihi. Contohnya untuk nagoya university dipanggil meidai. Macam takde kaitan je kan? Sebenarnya mei tu diambil dari huruf kanji pertama bagi nagoya. Aaa jap2 aku tepek gambo kanji nagoya jap.

Ok, ada 3 tu kan? Mewakili kanji Na Go dan Ya.

Tapi, kanji pertama tu bila dia single, bunyi nya mei, bukan na. Bila bergabung baru dia bunyi na. Haaa faham tak? So, dari situ lah datangnya meidai tu. Sementara untuk nagoya-institute-of-technology pulak dipanggil meikodai. kodai tu mewakili institute of technology kot. Sebab kalau aichi-institute-of-technology dipanggil aikodai. Nampak tak kaitannya? So, ada macam2 la nama uni kat jepun ni seperti kyoudai, todai dan sebagainya. Dari nama panggilan tu kiter boleh agak la nama betul dia. Eh, tiba2 jadi cerita pasal nama uni pulak. Elok juga. Dah lama aku nak cite sebenarnya tapi takde motif.

So, keesokan harinya (rabu) kami tak ke mana2. Encik suami bizi kat lab. Memang minggu tu beliau tengah bizi pun. Memang time dekat2 nak zemi bulanan. Bulan lepas dah lah tak masuk zemi sebab balik mesia. Sepatutnya zemi bulan lepas pada hari sabtu yang jumaatnya kami balik tu. So bulan ni kena keje double la sepatutnya kot.

Selepas hilang penat, petang tu kami jenjalan sekitar dai. Aku pun memang belum sempat menyaksikan dedaunan yang mulai gugur kat area dai tu.

Bersiar2 ambik angin petang.


Rumput dah nak coklat.







Suka warna daun merah tu. Merah bata.




Ni sebenarnya aku nak ambik gambo orang kat belakang tu. Yang baju hitam tu labmate encik suami dak turki tu. Dating tawaf keliling padang tu hihi.


Apa orang panggil tempat duduk cenggini? Amphitheatre?

1st time jejak kaki kat sini.




Maksudnya? Persuratan?



Menuju ke lab encik suami.

Tiba di lab encik suami, terserempak dengan beliau yang nak pergi solat maghrib. Pastu kami pun balik rumah.

Sekian. Abis tiba2.


0 komen: