Thursday 4 December 2014

Dikejutkan dan Terbalik

Yuhuuu!!! Anybody home? Anybody miss me? I'm back. Back from... come back home baby come back home yeah... sambung nyanyi sendiri.

Sebulan lebih tak update blog. Macam2 berlaku sebenarnya. Rugi rasanya kalau tak update langsung lebih2 lagi banyak peristiwa penting yang berlaku.  Tapi takpe, aku update pelan2 la eh. Semuanya bermula pada 24 Oktober yang lalu.

Pagi Jumaat, 24 Oktober 2014 kami berdua telah dikejutkan (rujuk tajuk) dengan satu berita kematian. Sebelum ni pun kami pernah menerima berita kematian juga, tapi bukan dalam kalangan keluarga nukleus. Jadi kami tak bercadang untuk balik. Tapi kali ni, adik-beradik sendiri. Ya, adik encik suami meninggal dunia! Ini jatuh hukum wajib balik dah! Jadi pagi tu, sebelum pukul 12 tengahari, kami terus mendapatkan tiket AA. Alhamdulillah... ada flight petang tu juga.  

Kebetulan pula, kata encik suami, @rai nak pergi airport, jemput kawannya. So, boleh la kami ikut sekali. Yang bestnya, encik suami tak cakap pun yang kami nak balik mesia. Dia ingat saje2 nak ikut agaknya. So, @rai pun lenggang kangkung je balik dari lab, walau pun waktu tu dah pukul 3 petang. Flight pukul 5.30 oi! 2 jam setengah je lagi! So, dapat bayangkan tak betapa resahnya aku yang takut kena tinggal katebang ni? Pukul 3 petang, almira pun baru balik dari sekolah. Bila tau kami nak balik mesia, hah... kelam kabut la... bukan @rai je, tapi my la sekali sebab my pun lupe yang petang tu nak gi airport. Nak tercabut jantung ni. Eee boleh pulak encik suami tak bagitau awal2? Padahal balik dari solat jumaat aku dah tanya dah, dah confirmkan dengan @rai? Dia kata dah, kita gerak pukul 2.30. Ni kalau kena tinggal memang sedap lah aku membahan. 

Lebih kurang pukul 4.30 petang, kami baru nak check in. Kalau kat mesia ni, harus dah bungkus. Sibbaik masih ramai yang masih beratur. Malaysian pun ramai. Eh, cop. Sebelum tu sebenarnya kami sempat pergi seiyu jap tadi, beli ceklat. Itu je lah buah tangan yang sempat dibawa. Nama pun emergency kan. 

Selesai check in, kami terus masuk. Tak sempat nak menunggu2. Sampai kat gate pun terus je boarding. Kira ngam2 la. Masa sampai kat epot tu, rasa macam tak percaya je yang aku nak balik mesia. Tak terfikir langsung. Kalau boleh memang aku tak nak balik langsung sepanjang 3 1/2 tahun ni. Tapi kami terbalik (rujuk tajuk lagi) juga. Kita hanya merancang, kan.

Dalam flight, perut dah mula lapar. Tengahari tadi sempat makan kebab jek. Tu pun sibbaik encik suami dah tapau kan kebab masa balik malam tadi. Nak order makan masa beli tiket, order dah ditutup pulak. Memang tak boleh kot order kalau beli tiket last minute. Nak dijadikan cerita, kami cuma ada rm13 duit malaysia. Dulu masa datang ada lah puluh2 ringgit, tapi dah guna, segitu je yang tinggal. Tengok menu makanan yang dijual in flight, sumer belas2 hengget. Nasi lemak paknasir tu pun rm19. Paling murah dan mampu pun megi ke mami tah, rm5 satu. Boleh lah takat nak buat alas perut. Sedih jek. Teringat macam kes kami pergi langkawi dulu. Macam ni lah lebih kurang kes nya. Lagi lah masa tu tak cukup duit nak bayar sewa bilik. Siap pinjam duit abang tp lagi hahaha. Sebenarnya bukan takde duit, tak sempat keluarkan duit. 

Pastu encik suami cuba2 tanya FA tu, kot2 derang terima duit yen ker, boleh lah order nasi. Sekali boleh! Yeay! Terus order nasi rendang! Sedap pulak tu. Berbaloi lah. Dah makan2, orang duduk sebelah ajak sembang pulak. Orang thailand, tokleh cakap english, boleh cakap jepun sikit. Dia pergi jepun untuk shopping katanya. Orang kaya ke? Tapi, asik la dok sembang, pastu suh convert currency. Jenuh la aku dok mencongak. Pastu cakap takai takai (mahal). Dah lah bercakap macam ayam dengan ayam belanda. Sikit2 dia suh kami belajar nihongo lagi. Dah, perkataan jepun yang aku tau, dia tak tau dan vice versa. Kompius i. Tapi bagus jugak lah melayan dia, tak terasa masa berlalu hahaha. 

Encik suami makan nasi goreng. Nasi lemak dah habis.

Dalam katebang tu jugak, aku belajar matematik. Siap dapat idea kalau nak buat soalan pmr lagik. Gini. 

Kan tadi aku takde duit ringgit nak beli makanan kan. So, kami bayar guna duit yen. Tapi, FA tu pulangkan duit ringgit! Hah, caner tu? 

Harga makanan rm38.

Bayar 5000yen.

Dia pulang balik rmxxx.

Soalannya, berapakah kadar tukaran wang yang digunakan oleh FA tersebut? Adoiyai... tak pepasal aku terpaksa memerah otak kat dalam katebang tu ha. Sibbaik dapat ilham dalam mimpi dan masalah tersebut dapat diselesaikan di situ juga hahaha. Habis keluar pemboleubah x y z semua.

Okeh. Kami sampai di klia2 awal 20 minit dari eta. Keluar2 je dari gate imigresen, terjumpa ex-student aku, si taufiqdin. Dia tengah jaga mesin scanner passport tu. Rupanya dia dah keje technical support kat klia2 tu. Seronok dengar.

Time ambik beg pulak, betul2 beg kami baru keluar. Pastu kami gi solat dulu. Selesai solat, terus abang tp datang jemput. Kiranya sepanjang perjalanan pulang kami ni takde episod menunggu langsung lah. Smooth je semuanya. 

Dari klia2, kami terus ke balakong, nak ambik kete. Encik suami nak balik kota terus malam tu jugak. Pas ambik kete, kami terus bergerak. Singgah makan sat kat bandar baru bangi. 

CKT di restoran hijau kuning. Port tengok bola kedah ni. Dah balik baru perasan yang malam tu kedah kalah semi final melawan pahang. Patut lah kedai tu ala2 lesu je malam tu hihi.

Milo ais. Pergh! Sedap giler rasa.

Lepas makan, kami terus menuju ke johor. Keluar kat bangi. Singgah isi minyak kat mana tah. Teruja giler bila tengok air ngan jajan2 kat kedai kat stesen minyak tu. Semua boleh dimakan!!! 

Sampai kat tol kulai, betul2 masuk waktu subuh. Lepas solat, kami teruskan perjalanan. Singgah lagi kat kota sebelum terus balik semenchu. Huargh!!! Ngantuk giler tak tido satu hari.

Sekarang pun aku ngantuk juga. So, nak tido dulu lah. See you!

0 komen: