Friday 26 September 2014

Wayang dan Baju


Tuhan tolong lembutkan hati dia... lalala

Sebenarnya nak tulis omg!, tapi macam sesuatuh sangat. Apakah? Aku ada blog ke? Macam terlupa gitu kan... Kali terakhir ialah entry branding, kan? Saya rasa teruk! Sampai blogger dah ubah template photo upload pun aku baru perasan ni. Okeh, lupakan tentang itu.

Kalau aku lama menyepi tu, semestinya ada sesuatu berlaku lah tu kan. Dan sesuatu itu biasanya kelekaan terhadap sesuatu. Untuk kali ini, aku nak bagi alasan leka tengok wayang. Dan dan dan. Menjahit. Yeay!

Untuk kelekaan pertama tu, kira tak mengejutkan sangat lah kan. Tetiap hari pun aku tengok wayang kot. Maksud di sini movie kat pc ya, bukan wayang kat pawagam tu. Tapi biasa nya aku tengok movie ni secara bermusim. Contohnya untuk kali ni aku tengok citer2 yang abang tp list kan kat fb dia hihihi. Pastu berjangkit pulak bila teringat musim yang lepas aku tengok movie yang tersenarai dalam filem2 period yang mesti tonton. Dalam pada tu, drama minggu ini still berjalan seperti biasa. Meh, aku senaraikan movie2 dan drama2 yang sedang dan telah aku layan recently...

Untuk drama, aku tengah follow 3 buah. KUCI, MJATS dan ACA. Kucinero cinta tu dulu aku dah follow masa mula2. Pastu tengah jalan stop sebab rasa macam menyampah bila banyak sangat campur aduk bm bi dalam tu. Kalau scene jerico tu aku paham lah kan. Ni tuan syed sesama dia pun nak spikinglondon. Tapi lepas raya aritu, tetiba aku rasa macam nak tengok balik citer tu sebab macam dah kehabisan drama nak dilayan. Masa tu cuma ada citer rinduawak200% yang aku pun tak kosser nak layan. Terpaksa. Dari segi cerita, kuci tu agak lain la dari citer2 lain, tapi tak lah best sangat pun. Ke sebab aku rasa erenaziz macam TIBA2 sangat dalam citer tu. Watak tak sesuai dengan umur dan 'sado' tiba2 hihihi. Tah, macam watak tu tak sesuai lah untuk dia. Bila tengok citer tu aku mengharapkan citer tu best macam cinta jangan pergi. Tapi tak. Boo!

Maaf jika aku tak sempurna pulak sama macam citer2 adaptasi novel yang lain. Takde apa yang mengejutkan sangat pun. Cuma aku layan sebab fahrin hikhikhik. Eh, kenapa ketawa gedik pulak? Ok sekian.

Manakala citer astana cinta aleesa ni pulak aku saja2 tengok. Mungkin sebab tengok ada nazimothman kot. Aku rasa nazim ni pelakon yang bagus. Dan aku anggap dia macam beto versi hensem hahaha. Tah pape. Citer ni pulak memang bikin aku emo tak hengat. Eee tensen aku menengok citer ni. Tapi nak tengok jugak! Perasaannya macam citer ramadhan jangan pergi time bulan poser aritu lah. Dia buat watak jahat tu tahap extreme punya. Gerammm jer. Huh!

Abis bab drama. Bab movie pulak. Sebenarnya aku ada beberapa movie yang dah download tapi belum tengok sebelum ni. Jadi bila ditambah dengan movie list abang tp tu, lagi lah bertambah banyak. Ni aku baru jumpa list movie romantic comedy yang wajib tonton pulak. Saje carik pasal la tu kan. Okeh, movie ni aku senaraikan je lah ek. Macam banyak la pulak nak review satu persatu.

1. When harry met sally - ketinggalan keretapi tul, kan? skrip citer ni best lah. i like.
2. Sommersby - period movie. boleh tahan la.
3. Shawshank redemption - best nyer citer ni! kenapa dah lama baru aku tau?
4. A time to kill - pun best jugak tapi macam tak perlu jek watak sandrabullock tu huhuhu.
5. Becoming jane - period movie gak. jenis citer orang putih kaya banyak tanah dulu2. pastu pompuan miskin bercinta ngan orang kaya.
6. Chennai express - citer hindustan tiba2. dah lama tak tengok citer2 shahrukhkhan.
7. Children of heaven - citer iran kot ni? citer pasal kasut. best. simple jek.
8. Empire of the sun - citer zaman jepun kena bom atom.
9. Jane Eyre - period movie jugak. lebih kurang jek citer jane2 ni.
10. Jerry maguire - tomkurus muda belia masa ni.
11. Platoon - citer perang vietnam. aku cakap kat encik suami, ni citer sarjan hasan hahaha.
12. Sense and sensibility - citer pompuan miskin bercinta orang kaya gak, tapi ni kisah 2 beradik pompuan.
13. Sleepers - macam citer juvana! tapi lagi best la. eh, best lah citer ni!
14. The counterfeiters - citer pasal duit palsu zaman german dulu. banyak gak citer zaman german yang aku download. in purpose. tapi citer ni pun best.
15. The four feathers - citer perang omputih ngan sudan. eh, sudan? (macam ada kena mengena jek hihi). tapi bukan perang sudan yang baru ni. ni dulu2.
16. Om shanti om - citer shahrikhkhan jugak. best.

Eh, dah siap taip baru perasan, banyak nyer la hai. Kadang2 sehari aku tengok 2-3 movie. Dari siang bawak ke malam. Kata cuti tanpa gaji... hehehe.

Bab menjahit pulak, baru2 ni aku telah membeli mesin jahit tepi! Ini dia...

Happy betul bila dapat parcel, kan?

Cantik bersih tak calar tak karat pun lagi walau pun terpakai. Harga lebih kurang 15k yen. Dalam rm500 la gitu.

Encik marjuki ku versi overlock. Kiranya aku dah merasa dua2 jenis mesin untuk dua2 jenama juki dan brother la. Sebab kat mesia, mesin highspeed aku brand juki, mesin jahit tepi pulak brand brother. Kat sini terbalik kot pulak. Ekceli aku beli mesin ni melalui yahooauction. Best rupanya membida ni ek? Macam mengujakan gitu. Tapi bila menang la. Bila kalah, rasa menyampah huhu. Sebelum menang mesin ni, aku dah kalah beberapa mesin yang best2. Takde rezeki lah namanya tu kan. Dah rezeki aku dengan mesin jahit ni, maka dapat lah aku menang yang ini. Mula2 aku cari mesin yang 4 benang. Tapi selepas beberapa kali kalah, 3 benang pun 3 benang lah. Kat mesia pun aku beli yang 4 benang, tapi pasang 3 benang jek hahaha.

Bersama mesin ini, dia bagi jugak beberapa buku benang warna putih, hitam, dark blue dan grey. Yang putih tu dah habis pun. Bukan benang baru. Yang tak habis dia kasik free. Pastu dia kasik juga macam2 aksesori mesin jahit biasa. Tah apa2 aku pun tak tau nak guna. Yang best nya aku dapat gunting kain. Tajam. Selama ni aku pakai gunting yang dibeli di kedai 100yen jek hihi. Masalahnya cuma dia tak kasi manual. Mula2 aku main agak2 jek. Lebih kurang sama jer ngan mesin brother. Memang standard kot. Tapi pastu encik suami donlodkan manual kat tenet. Tapi nihonggo lak. Tengok gambo je lah. Macam standard jugak manual ni haha.

Beberapa tools dan jarum mesin.

Besttt!!!

Bobbin untuk mesin apa pun tak tau lah ni.

Dah setting siap2.

Sampai2, terus test. Elok jer. Leh jahit halus gak.

Dan ini adalah hasil jahitan ku baru2 ini...

Blender cover.

Breadmaker cover.

Mixer cover. Encik suami suh buat fridge cover jugak. Okiesss...

Beg kedua sepanjang kat jepun. Macam tak teruja nak menjahit beg. Tak tau nak guna kat mana haha.

Beg sekolah ciqami. Frozen uolsss. Aku pun ada beli kain ni semeter. Tapi tak tau nak buat apa lagi. Membazir betul, kan?

Beg2 bunjut untuk sekolah anak2 su. Dah siap gunting tinggal jahit jek.

Baju kurung baby nuha. Dia nak pakai time aqiqah kat mesia raya haji sok. Ropol 6 macam orang dewasa gak tu tau haha.

Jubah raya haji almira dan arissa. Aku rasa comel bila jahit baju budak. Boleh? 

Cantik tak blaus iols??? Dibuka untuk tempahan jugak tau. Design ni aku kasi nama kak uni lah yea 'ONNIE'. Yayu yang cadangkan hahaha. Cuma rasanya aku nak cantum kat tengah2 pinggang tu. Kalau tak macam mengepak sangat lipatan tu. Pakai brooch pon ok.

Aku ada satu baju macam ni, tapi leher dia jenis seksi kalau tak pakai tudung. Beli kat parkson. Mahal, kan blaus2 kat parkson? Ini design simple jek, so takde nama lagi hihi. Besok kalau aku re-design canggih sikit baru bagi nama, okeh?


Tutup mesin basuh pun ado uolsss. Guna kain yang buat payung. Zip keliling tu panjang kot.

Baju sejuk sempena dah masuk autumn ni. Takde lah bil letrik tinggi sangat kalau pakai baju ni time winter nanti.

Dan ada satu dress jubah aku buat untuk raya haji nanti. So, takleh tunjuk sekarang. Kat fb pun aku taruk gambo monochrome jek. Poyo betul.

Eh, diam tak diam, panjang jugak entry aku ni, kan? Stop di sini dulu lah. Nak tengok konsert af minggu kedua hahaha.

6 komen:

Unknown said...

Kenapa semuanye nak bercover ngan peti ais skali?? Huhu tp mesin basih bagus gak kalau cover kn asik kotor je berdebu2...

AyunasiA said...

cover atas je zira, mcm yg selalu jual tu... yg ada poket kiri kanan tu.

Shila said...

Citer shawshank redemption tu saya dah tgk sejak sekolah menengah lagi...mmg best...!

cantik la blouse tu..kalau nak tempah brp rm?

AyunasiA said...

Shila:maknanya memang ketinggalan shinkansen la ni huhu.

Harga rm95. Serius nak ke?

Shila said...

hihi...

mmg nak..blous yg ONNIE tu..labuh kan baju tu?

AyunasiA said...

Paras lutut.. boleh custome nak panjang mana. Email plis.. ayunasia@yahoo.com