Monday 18 August 2014

Harum Lavender


Macam ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Satu sebab takde pergi jalan2 dalam erti kata cuti2 jepun, maka takde lah benda best nak diceritakan. Dua sebab ncis. Ya, aritu aku dah khatamkan ncis la dari season 4-5, pastu patah balik dari season 1-3. Ni aku patah balik ke ncis biasa dari season 1 sampai sekarang dah separuh season 3. Ada 8 season lagi tak khatam huhuhu. So? So, asal ada masa terluang je, aku akan mengadap cite tu lah. Sampai tido pun, cite tu pulak mengadap aku. Maka, ini lah dua sebab kenapa aku ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Sekian surat tunjuk sebab saya, tuan.

Walau bagaimana pun, aku ada banyak stok draft yang cuma diisi dengan gambar2 amatur separuh masak. Ini adalah salah satu daripadanya. Bila ek? Rasanya dalam bulan 6 gitu kot aku pergi taman yang ada lavender garden ni. Terletak kat minato yakni nagoya port. Area2 bookoff kegemaranku tu lah. Kami pergi ni dengan an dan rody. Rupa2nya taman ni dok sebelah je dengan aeon minato. Pernah lah aku pergi sekali aeon tu. Aeon mana yang aku tak pernah pergi, kan...

Haaa baru aku ingat. Kami pergi ni seminggu sebelum puasa sebab aku ada pergi outlet gap kat aeon tu dan beli baju untuk baby yang kami melawat keesokan harinya. Ok, settle bab 'bila?' tu tadi.

Nama taman ni ialah arakogawa park. Salah satu taman rekreasi yang ada kat nagoya ni. Spesel nya taman ni ialah dia ada playground yang agak mencabar. Maksudnya bukan setakat gelongsor dan buaian biasa la. Tapi kalau nak yang lagi mencabar rasanya playground kat kiso-sansen kot.

Tujuan utama kami pergi ke taman ni ialah untuk melihat dan menghidu bau bunga lavender yang menjadi pewangi rasmi rumah kami selama ini. Selalu tengok gambar je kan. Ni pun, tengok gambar jugak lah korang. Aku je yang pergi tengok. Bau dia tak dapat pulak aku rakam dan upload kat blog ni hehe.

Lavender ni ada banyak jenis. Aku pun tak tau apa bezanya selain rupa. Itu pun, rupanya tidaklah menarik sangat pun. Yang penting bau dia. Expectation aku dalam lawatan ini ialah akan dapat menghidu harum lavender yang semerbak, sama macam pewangi yang baru disembur ke udara. Rupanya tidak. Takde pun bau lavender yang dapat hidung ku tangkap selama berada di sana. Cuma ada satu bau yang tajam semacam bau herba yang entah, aku sendiri pun tak dapat nak terangkan. Cukuplah ia tersimpan dalam memori yang belakang2. Memang tak boleh nak ingat dah. Tahun depan aku pergi semula, baru lah boleh ingat balik kot.

Okeh, itu je cerita dia.

Meski dicium dihidu, namun tiada haruman dapat dibau. Kena proses kot baru keluar bau. Macam daun pandan la, kalau gitu je tak kuat pun bau dia. Tapi bila dah dihiris, diramas, barulah keluar bau bunga rampai tu. Atau bila dimasak. Eh, ye ke? Macam salah je analogi ni hahaha.


Dia tumbuh serumpun2 macam daun pandan. Lagi?



Gaya apakah?


Yang ni aku tak pasti warna dia memang ni ke, bunga ni belum matang lagi.



Spesis pendek2 dan rapat. Warna pun lagi pekat.

Hah, tu nama dia! Kerabat ni.

Yang ni yang dah layu kot.

Ini bukan lavender. Tah bunga apa tah.


Macam daisy, tapi kenapa tengah di terjojol?



Hydrangea!!! Time ni pun tengah musim bunga ssfhomedecomart ni. Ada banyak kaler. Putih, biru, pepel, pink. Tapi kat sini ada yang putih jek.













Ada juga sebuah taman jepun kat situ. Maksud taman jepun ialah kolam, momiji, water fountain, batu2 dan pokok ala bonsai.




Ini bunga iris. Time ni juga musim bunga iris, tapi taman bunga iris ni jauh sket, malas nak pergi.



Dah penat baru perasan area yang ditanam bunga lavender banyak2. Tadi tu sikit2, buat memperkenalkan jenis2 spesis dia je kot.








Di taman jepun.








Tapi banyak tebuan kat sini. Tapi dia tak kacau kiter lah. Baik dia lepak kat bunga yang wangi ni. Katanya.

Sekian cerita lavender saya.

2 komen:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kenal Ayu...

Dalam banyak-banyak bunga tu .. akak suka bunga warna putih tu..
Nyaman jer akak tengok.. apa lagi Ayu yg menikmati secara live kan .. bestnya.. akak ni memang hantu bunga haha :)

Akak follow #70, jemputlah ke blog kecik akak ye :)

AyunasiA said...

Salam perkenalan kak Nur Hayati... dah lama takde follower baru blog ni, tetiba sesat terus follow yea... thanks.

Puas juga lah musim bunga tu ari menengok bunga, dari ume, sakura, tulip, ros, lavender.

Sekarang ni tak sabar menunggu autumn sebab musim yang lepas macam tak puas berautumn di hatiku. Musim akan datang ni niatnya nak menjejak dedaun luruh puas2.

Eh, reply komen dah mcm satu entry. Jemput datang lagi yea kak.