Wednesday 30 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Alhamdulillah... setelah sebulan berpuasa, akhirnya tibalah hari kemenangan untuk kita semua iaitu hari raya. Pertama kali beraya jauh dari keluarga, ada juga rasa macam nak balik. Lebih2 lagi bila seminggu sebelum raya, tetiba an jadi balik beraya. Tergugat lah jugak. Encik suami kata, dia ikut aku. Kalau aku nak balik, kami balik lah. Tapi kalau nak ikut aku, alamatnya memang 3 kali raya lah kita kat sini hihuhihu. Dah 34 tahun ok aku beraya kat mesia. Dan tak pernah sekali pun aku tak balik rumah sendiri. Lagipun bukan lama sangat pun kan. 3 kali raya jek. Lebih kurang macam oramputih panggil 'escapisme' gituh. Takyah lah nak menjawab soklan2 dan sindiran2 sensitif. Kekadang orang tak tanya pun, tapi 'situasi'. So, nikmatilah sepuasnya nikmat kebebasan itu dalam tempoh 3 tahun ini hehe.

Beberapa hari sebelum raya, aku telah membuat kuih raya. 2 jenis je. Lambat sangat mulanya, tak sempat dah. Buat pun kuih bergoreng jek. Aku bukan makan sangat biskot2 ni. Takat 2-3 ketul boleh lah. Maka, terjadi lah 2 jenis kuih iaitu tepung bersira pedas dan kuih kapal terbang aka tiram aka selayang aka layang2.

Tepung bersira pedas ni memang dah lama aku nak buat. Sejak dari mesia lagi, boleh? Siap aku dah beli dah mesin penggelek mee tu, tapi sampai ke sudah tak buat pun. Mesin tu pun dari aku beli sampai sekarang, tak pernah pun aku keluarkan dari kotak. Tah2 dah berkarat kot. Masa kecik2 dulu, mesin tu macam benda yang wajib ada kat semua rumah kat kampung aku kot. Masa zaman sekolah menengah, bila mak takde kat rumah jek, kami dok buat kuih tepung ni. Sekilo tepung kami buat. Masa tu mak ajar buat sira pedas ni tokleh taruk bawang merah sebab nanti dia lemau. Tapi sekarang ni, bila aku tengok resepi sira ni kat tenet, semua taruk bawang merah dalam. Lalu aku pun derhaka lah kat petua mak. Natijahnya, jawab lah sendiri. Kalau dah durhaka tu, pepaham la kan.

Tempting sangat, kan??? Lagi best kalau masih rangup lagi. Tepungnya aku potong guna pisau jek. Macam tak berbaloi jek nak beli mesin baru.


Pastu hari jumaat pulak, aku buat kuih kapal terbang ni. Aku suka makan kuih ni. Bila makan ni, aku selalu terkagum dengan lapisannya yang nipis2 tu. Mesti memerlukan skill untuk membuatnya, kan? Sekali bila aku gugel resepinya, hek eleh... senang nya! Maka, terjadilah kuih ini. Best best. Boleh buat lagi bila kelapangan. Ni pun dah nak abis dah.

Menarik sungguh binaannya sebelum dilenyek. Patut lah boleh nipis...

Semasa digoreng.

Siap disira gula.

Hari jumaat malam, lepas terawih, kami keluar pergi cari daging dan bahan masakan kat zafar. Beli daging lembu 2kg, daging+tulang kambeng 2kg dan ayam 4 ekor. Macam2 yang aku nak masak. Kira macam open house tahun lepas ditunda ke tahun ni lah. Kan tahun lepas aku tak buat open house kan. Tapi, ada satu masaelah besar. Bawang merah takde stok! Dua2 kedai halal takde stok bawang merah.  Acaner? Dah lah aku geti masak pakai bawang merah jek. Maka terpaksa lah aku guna bawang besar. Pepandai lah adjust. Kalau tak sedap nanti, pepaham je lah yea.

Pastu hari sabtu pagi tu, kami pergi supa cari sayur pulak. Balik tu, terus operasi. Malam sebelum tu aku dah siap tulis jadual tentatif dah hihihi. Dah terbiasa, bila buat open house je, mesti aku buat tentatif memasak. Siap dengan piuk mana kuali mana nak pakai sekali hihi. Kalau ikut tentatif, pukul 12 malam sepatutnya dah siap. Let's do it!

Balik2 je dari supa, aku terus buat filling cheesetart. Oh, semalam tu aku buat tart shell jugak. Ada hati jugak nak makan cheese tart. Pastu aku siang ikan ayam daging bagai. Sambil2 tu, aku rebus ikan nak buat laksa jdt. Kononnya kan laksa makin lama makin sedap kan... Tu yang masak awal tu. Serentak dengan laksa, aku masak rendang daging. Dan sedikit nasi impit. Nasi impit tu aku buat sendiri. Masak nasi lembik kat piuk nasi, kendian impit kan dalam plastik. Reverse engineering lah kiranya. Nak beli ketupat mini tu kat kedai macam mahal sangat lah pulak. Sepeket kecik je dah lebih 300yen. Lagipun kalau masak nasi dalam rice cooker, dia tak kacau dapo gas. Dah lah banyak benda aku nak masak ni. So, malam tu sambil2 masak lauk, sambil2 jugak lah aku masak nasi. Kira saing2 jugak lah siapnya.

Rendang daging tu pulak sempat masak sebelum berbuka. So, kami berbuka dengan nasi impit dan rendang jek lah. Tapi masaelahnya lagi, tetiba rendang aku tu jadi rasa macam rendang pengantin lah pulak. Tau tak rendang kenduri kawen? Haaa camtu lah rasa dia. Cemana tah boleh jadi camtu. Aku menyalahkan bawang besar tu je.

Lepas berbuka, aku teruskan operasi dengan memasak sambal kacang. Sekajap je masak ni sebab kacang pun dalam 2 genggam je gitu. Dan kacang tu dah siap disangai dan dikisar semalam jugak. Sambil2 tu jugak, aku goreng ayam untuk masak kicap. Haaa aku rasa menu aku memang johor abis lah. Selain laksa johor yang terang2an menu johor, ayam masak kicap ni juga menu wajib orang jawa johor.

Settle sambal kacang, aku masak pulak beriani kambing. Bukan nasi beriani ok. Lauk dia jek. Nasi beriani aku belum terampil lagi. Settle ayam masak kicap pulak, aku masak ayam keramput. Yeay! Ini resepi turun temurun dari arwah nenek aku. Cuma aku durhaka sikit lah resepinya sebab tak jumpa cekur kat sini. Tapi tetap lah jadi seperti yang aku harapkan. Entah kalau guna cekur lagi lah sedap agaknya.

Last sekali, aku masak lodeh. Selalu nya lodeh ni mak akan masak pada pagi raya. Tapi, knowing me yang susah tido cepat dan susah bangun cepat ni, aku masak je lah siap2 malam tu. Bukan malam pun dah. Dah pagi pun... Pukul 2 pagi. Siap semua dalam pukul 3 pagi lebih kurang. Kemas dapur, mop sekali, panaskan balik lauk yang awal2, mandi dan baru lah aku tido. Lebih kurang pukul 4 pagi. Pinggang dan tumit adalah macam nak tercabut. Bila dapat baring tu, punya lah lega.

Tido tu pun tidak lah nyenyak sangat. Dalam kepala dok pikir, jangan lah tak terbangun besok pagi, takut basi lauk2 tu sumer. Setiap jam aku tersedar. Errr takdelah lama sangat. 2 jam jek aku tido pun. Pukul 6 pagi dah bangun. Terus panaskan lodeh dulu hahaha. Sampai ke pukul 8 aku dok memanaskan lauk, sambil2 kemas rumah. Kul 8.30 pagi, mandi dan bersiap2 nak gi solat raya. Kononnya. Sekali tak jadi pergi sebab takde member pulak. Sumer pompuan pun tak pergi. Keciwa. Balik rumah bukak baju raya semula dan sambung mengemas. Presentation memang fail habis lah. Sumer hidang pakai piuk jek. Lantak ler. Sibbaik aku rajin jugak beli piuk vision yang comel2 tu kat kedai chuko. Sambil2 tu aku potong nasi impit. Kira menjadi jugak lah nasi impit nih. Untuk rujukan, aku guna nisbah 1:3.5.

Lebih kurang pukul 11 pagi, baru aku nak melelapkan mata, kakak aku call kat skype. Layan sembang2 sat, encik suami pun balik. Lepas zuhur lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami pun keluar untuk beraya ke rumah fazli dan ana.

Ini lah baju raya saya! Dinding rumah tu pun baru cat sempena hari raya ni hihi.

Balik dari rumah fazli, kami terus balik yamatebiru sebab derang semua nak datang beraya. Sampai rumah lebih kurang pukul 3 petang, terus panaskan lauk sekali lagi. Aku rasa, ada 4 kali kot aku panaskan lauk dalam sehari tu huhuhu.

Antara tetamu onnanohito di rumah kami. Mula2 dah plan, budak2 pempuan gi rumah my, budak lelaki gi rumah zira, femili gi rumah aku. Supaya tak bersesak. Tiba2, semua ada kat rumah aku. Dah lah rumah cumil. (Ingat tak dulu2 ada pads jenama onnanoko? Rupanya onnanoko tu maksudnya girls)
Tetamu ottokonohito.


Hasil masakan ku yang 8 jenis katanya tu. 8 termasuk nasi impit sebenarnya.
Sayur lodeh dan ayam keramput.





Ayam masak kicap dan sambal kacang.



Kambing beriani. Seronok sebab jumpa tulang2 cenggini kat kedai zafar.

Rendang daging (pengantin).

Laksa JDT. Dukacita dimaklumkan bahawa aku terlupa keluarkan limau sambal. Maka derang makan kuah original je lah, takde masam limau di situ. Alamatnya kena buat air limau lah dengan limau2 yang banyak itu.


Nasi2 impit.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami semua bergerak ke rumah rahmat dan siti pula. Seronok pulak konvoi macam kat mesia.

Baju raya adam-chan adalah jahitan saya!

Antara yang join konvoi. Family jek.

5 kereta kot yang join konvoi ni. 

Balik dari rumah rahmat, kami penghuni yamate biru pulak beraya sesama kami. Sampai ke pukul 1 pagi ok... Balik tu, panaskan lauk lagi. Oh, sebelum beraya yamate biru pun dah panaskan. Ni panaskan lagi hahaha. Kesannya, sampai raya ketiga lauk2 tu masih ok. Lagi sedap pun ye jugak hihi. Kendian baru mandi dan tido. Tapi bukan tido biasa. Aku rasa aku pengsan kot. Langsung tak sedar bunyi jam. Mimpi pun tidak. Cenggini agaknya kalau orang pengsan. Ni kira qada' tido yang semalam lah ni. Tido untuk 2 hari terus.

Kesimpulannya, hari raya  di perantauan ini tidak lah sedih seperti yang aku sangka. Tak tau lah kalo orang buat2 happy? Tapi bagi aku, macam ok jek. Kalau cenggini lah gayanya, tak balik raya 3 tahun pun takpe kot. Cuma raya kedua dah takde apa2 lah kan. Tak dapat lah aku berganti2 baju macam selalu tu. Ni pun aku buat 2 pasang jek. Kalau takde gathering raya sabtu ni, jadi baju raya haji lah kot.


Lebih kurang cenggini lah rupa semorang selepas sehari suntuk beraya. Berlengas. Sibbaik pakai baju japanese cotton yang tak panas hehehe. Tetiba penutup dengan promotion.



6 komen:

Irfa said...

KO BUAT AKU KAGUM 8JUTA KALI
DUK JAUH PUN SEMPAT LAGI WAT OPEN HSE, MASAK PENUH MEJA. AKU NI MMG X PENAH LAGI KOT RAYA UMAH SENDIRI, MASAK PENUH MEJA LAGI LAH X PENAH
KESIANNNNNNNNN

AyunasiA said...

Semangat beraya di rantauan kot. Kengkonon tak nak terasa sangat perbezaan. Dan nak membuktikan bahawa aku tak menyesal tak balik raya hihu

Unknown said...

siap tulis nama menu semua ya asia...hihi.

Raya di perantauan ada aura dan keseronokkan tersendiri. Bagi kak yus sure tak menyesal punya tak balik raya di kampung, dan akan rasa menyesal kalau tak grab peluang merasa bagaimana raya di perantauan. Ada beza juga dan ada keistimewaannya tersendiri. Enjoy your raya di sana ya...

Salam aidilfitri dari kami di Malaysia...hehe.

Shila said...

Salam..

Selamat Hari Raya...

Memang betul...amik la peluang beraya diperantauan...memang ada keseronokannya yg kita takkan rasa raya di Malaysia...

Juga kagum boleh masak menu2 yg best 2 tu...nasik impit tu memang letak dlm plastik pastu tak himpit dgn apa2 ke?

AyunasiA said...

kak yus : abis, semua dtg dok tanya, ni apa, ni apa je... tulis terus la abis cite.

saya pun fikir macam tu. tapi ada pulak yg kata, sementara orang tua masih ada, beraya la dgn derang. erm... masing2 kan.

kalo ikut kan saya, bukan takat raya je tak balik, memang takmo balik selama 42 bulan!

AyunasiA said...

shila: pokoknya, kita yang buat raya di perantauan tu seronok ke tidak.

nasi tu diihmpit2 semasa panas2 supaya hilang bentuk biji nasi tu, kemudian dihimpit ikut bentuk yg dikehendaki teeheehee