Monday 7 July 2014

Berkelah Di Pantai Yang... errr (takde lah indah sangat)


Aktiviti berkelah ni berlaku pada 8 jun yang lalu. Aktiviti ni merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap kali musim panas. Bagi aku, dah semestinya lah ini pertama kali. Tapi berkelah di pantai musim2 panas camni, kat jepun ke kat mesia ke, takde lah beza pun. Cuaca hari tu pulak tersangat lah cerahnya. Sakit kepala aku yang tak berapa sihat ni. Baru lepas batuk selesema. So, tak boleh makan eskrem mesia pelbagai perisa (nak eskrem asam kecut tuuu!!!) itu. Jeles!!! Tapi yang pastinya bab makan sangat best ok. Kambing dan ayam bbq yang adik2 tu buat tersangat lah sedapnya. Isy, dah lah tengah puasa ni.

Okeh, nak dijadikan cerita, haritu kami tumpang kereta kawan. Macam biasa, aku masak nasi goreng hahaha. Takde benda lain nak buat agaknya. Dah, itu je yang paling senang dan cepat disediakan pagi2. Kami bergerak lebih kurang pukul 9 pagi. Sebab nak sampai sana dalam pukul 11 gitu. Tempatnya menghala ke airport chubu. Kira pantai mengadap lautan pasifik la ni. Di tengah lautan kelihatan banyak kapal2 sedang belayar. Eceh tiba2.

Sampai di Onoura Beach, tengok port biasa mereka dah ada orang. Boleh tahan ramai jugak orang hari tu. Ada pulak acara triathlon kat situ, maka ruang agak terhad la. Dah siap angkut2 sumer, tetiba sorang jepun ni cakap tempat tu takleh bakar2. Kalo bakar jugak nanti dia panggil polis, boleh? Aik? Tahun2 sebelum ni ok je derang berbakar-bakaran? Tapi sebenarnya tempat tu kat area bisnes sewa pit bbq dia. Sebab tu dia tak kasik kot. Ok lah... angkut semula ke tempat lain. Dapat lah area laluan acara triathlon. Boleh la jugak kiter jadi penonton, ye tak? Isy, ada peserta tu dah tua kot... mungkin umur 60-70 gitu. Gagah lagi tu berlari berenang bagai. Eh, cop! Betul ke triathlon ek? Sebab tak nampak pulak derang cycling? Eh, lantak lah. Yang penting aku terkagum melihat pakcik tua tersebut.

Okeh, cam biasa ar, kite bercerita melalui gambar...

Sampai2 je, terus pasang khemah. Masing2. Malam sebelum tu sumer pakat beli khemah macam nak tido kat situ pulak. Besar2 belaka. Tapi puas ati lah.

Pantainya bukan jenis ada pokok2 rimbun ke hape. Panas berdenting!

Tempat derang berlari-berenang.

Macam stand nak tengok bola pulak kan. Pemecah ombak kot...



Meriah, kan?

Solat zohor... alhamdulillah.


Acara bakar2 dah bermula!


Tengok pun dah tau sedap.

Memang sedap pun!


Rasa macam pengembara arab pulak hihi.

Perkampungan arab badwi hehe.

Kejam nya air ni! Nak minum ni pun kena tunggu dia tak sejuk hukhukhuk.

Eh, ada peserta sedang berlari!


'Rumah' kami. Syok ar aku tido dalam ni. Yang bestnya sejuk pulak duk dalam ni. Kat luar punya lah panas.


Mata masuk pasir ke fathi?

Cikami buat kek katanya.



Kek cikami dah siap.

Makan, mandi, ngantuk.

Owh halus nya pepasir ini!

Mandi tak hengat!

Daripada kulit terbakar, baik lah aku tido... kali terakhir aku mandi laut, kulit jadi gatal2. Memang tak ar aku mandi laut lagi.

Siling rumah kite.


Pemerap2 bbq (yang lelaki) dan pemakan2 bbq (yang pompuan) hehe.

Sun bathing ke ape ni?

Tak boleh berpisah dengan gitar.

Tak tanam orang kat pantai tak sah.

Paling junior.


Pastu?

'Ditalqinkan' huhuhu. Muka masing2 serius macam betul2.

Sebenarnya bot boya untuk pendayung ni dah hanyut. Tu yang sumer give up takmo mandi lagi dah.


Selvie?

Monopod lah sangat! Trick je lebih.

Kami semua...


Somi2.

Cukup lah tu... besok kembali ke sekolah.

Ibu2 dan anak2.


Anak2.



Tengah nak balik, ternampak orang sakit. Macam strok je makcik tu. Dari kami sampai sampailah kami nak balik ni nampak dia dudukkk je kat situ. Tiba2.

Di ufuk senja.


Sebelum maghrib, kami pun pulang. Singgah makan kat darvesh. Lapar la tak makan nasik...

Dah... sekian.

2 komen:

C.H.E.R.M.I.N said...

salam..mintak maaf, saya siti dari berita harian kuala lumpur. saya terbaca blog puan cakap ada tadarus secara online dengan kawan2...sudi tak share untuk artikel amalan bertadarus masa ramadhan.
mcmana saya nak hubungi puan ye.atau puan boleh emel saya di sitinuralmizan@mediaprima.com.my

terima kasih

Shila said...

Salam ramadhan..

baru dpt bersiaran...seronoknya berkelah..gambar air tu menyelerakan bila time2 puasa ni...

selamat berpuasa di perantauan..