Thursday 22 May 2014

Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi : Tsuruma Park



Kalau ingat lagi, dulu aku pernah lalu tsuruma park ni untuk pergi ke aeon. Alaaa yang ada pokok maple merah2 tu. Yang korang kata baju aku senada ngan warna alam tu. Haaa masa tu aku dah tau yang kat situ ada taman bunga ros, cuma time tu tak berbunga sangat lah pokoknya. Tapi sekarang, semua pokok tu dah berbunga dengan lebatnya dan ini sudah tentu suatu moment yang tidak patut dilepaskan! Cuma yang bagusnya bunga ros ni bertahan agak lama la jugak. So, takde lah kena berpusu2 kat situ pada satu2 masa. Tapi, dalam pada tak perlu berpusu2 pun, ramai jugak orang. Lagi lah, tsuruma park ni merupakan spot untuk budak2 muda ber'cosplay' kan. Sedangkan takde apa2 pun derang ramai jek bergambar2 kat situ, apatah lagi time bunga banyak ni kan. Jadi, kiter yang tak bercosplay ni terpaksa lah jugak bergambar dengan derang yang bercosplay sebagai background (faham tak ni?).

Kami pergi kali ni pada hari ahad yang lepas. Mula2 dah lalu kat tempat parking dia, sekali tengok kena ambik tiket. Mesti kena bayar tu, kan? Pastu kami park kat aeon hahaha. Gila kedekut. Dulu dari subway kat park, berjalan ke aeon. Kali ni dari aeon, berjalan ke park. Serupa jek. Cuma kali ni berpeluh jugak lah. Dah macam mesia panasnya. Angin je sejuk sket.

Okeh, tengok gambar bunga ros lagi lah ye? Kualiti gambar kali ni agak kureng sebab cuaca sedang panas terik. Aku pun tak geti cemana teknik ambik gambar dalam keadaan sedemikian huhu. Tapi kali ni aku tujukan ros2 ni khas untuk kakak2 ku yang diberi nama Ros belaka... Rosni, Rosnita dan Roslinda. Ikhlas dari adikmu Rosasiah hehe.

Di antara mereka yang berbaju comel2. Ada macam2 tema aku tengok derang ni. Hari ni aku perasan ada yang tema ninja hihi.

Dari jauh nampak ini. Banyak nyaaa! Ni belum pergi ladang buga ros lagi ni. Kalau kat ladang tak tau lah macamana reaksi aku. Ini pun dah keliru nak ambik gambar dengan saper dulu (saper=bunga). 

Kalau kembang camni tak macam ros, kan? Ros yang biasa kiter tengok sepatutnya kelopak berlapis.

Tapi daun dia daun ros, kot.

Subhanallah... patut lah bunga tiruan dibuat guna kain baldu. Yang betul pun macam baldu! Banyak jugak bunga2 ros ni yang aku tengok macam bunga tiruan. Boleh? Sepatutnya terbalik, kot?








Yang oren. 



Ni selalu jumpa yang plastik, kan?





Belakang tu hospital meidai.



Ungu lembut... cantik!












Di samping bunga ros yang wangiiiiiii. Bau dia macam bau sirap ros. 

Ermmm wanginya diaaa...









English Rose, alahai...

Ada macam background blog ni tak?

Teringat bunga dalam pasu kat ruang tamu rumah.



Banyak putik.


Cair hati tengok.

























Okey... dah habis dah kot musim bunga (dalam blog ini) untuk tahun ini. Semakin hari, suhu semakin panas. Tido pon dah bukak kipas, ekon pun dah tukar mod cool. 7 bulan duduk dalam kesejukan, hari ini (hari pergi tengok bunga ni) barulah aku dapat menikmati semula cuaca Malaysia ku yang tercinta. Sekejap tu je lah tapi. Balik rumah dah sejuk balik. Hmmm biarlah lambat lagi musim sejuk datang. Aku rela.

Ulala tropika! Tiba2.

1 komen:

Irfa said...

ENTRI NI SESUAI NGAN AKU
SBB NAMA AKU BERMULA DGN PERKATAAN 'MAWAR' HIHI

PERTAMA KALI AKU TGK BUNGA MAWAR/ROS SEBESAR PINGGAN IALAH DI LONDON (TAMAN DEKAT MUZEUM PERANG) RASA GATAL JE NAK PETIK LETAK DLM BUKU. HIHI