Friday 2 May 2014

Saya Sudah Ada PETAK LETAK Kereta


Gambar takde kaitan. Sekadar takmo gambar seterusnya nanti keluar kat sidebar orang lain. BTW, itu tempat pertama kali belajar isi minyak.

Sesuatuh kan tajuk tu. Macam nak menyampaikan sesuatu tapi berkias2 gitu haha. Cakap je lah ko dah beli kereta, kan...

Tak! Aku belum beli kereta LAGI, ok. Tapi aku dah ada kereta. Tapi tetap rasa macam bukan kereta sendiri sebab kereta tu kami tak beli. Tak dapat rasa nikmat ownership tu melainkan nama atas geran tu nama kami (read:encik suami).

Alhamdulillah... 'murah'nya rezeki bila hidup di rantauan ni. Itu maknanya doaku selama ini telah diperkenankan. Selalu minta dimurahkan rezeki, kan. Memang betul dapat yang murah hihi. Tapi rasanya aku minta dimurahkan rezeki yang mahal2...? Betul lah juga. Benda tu asalnya mahal, tapi dah jadi murah. Syukur.

Di sebalik harga semua benda yang mahal2 ditambah pula dengan gst yang meningkat bermula april yang lalu, masih juga kami hidup mewah. Takde lah mewah tahap tetiap hari soping moping designer henbeg. Mewah cara aku, makan kena cukup dan TIDO kena lebih hihu. Takde lah sampai kena kerja 'baito'. Betul lah orang kata, study kat jepun ni, duit gaji pun tak terusik. Lebih dari cukup. Alhamdulillah...

Eh, dah melalut pulak... Berbalik kepada kisah petak letak kereta. Bermula 1 mei iaitu semalam, kami telah pun menyewa 'sebentuk' parking lot. Sama seperti kebanyakan barang dalam rumah aku ni, kereta itu juga diberi orang. Ingat lagi kereta yang pertama kami pinjam hujung tahun lepas tu? Alaa yang member balik mesia kasik pinjam kete tu... Haaa kereta tu lah. Bukan kereta yang kami pergi kyoto-osaka tu.

Kisahnya kereta ni pun asalnya milik orang paghit ghaja juga. Sekarang ni sirih pulang ke gagang. Biasalah, sebelum balik malaysia, derang biasanya akan beli kereta untuk dibawa balik. Takkan nak bawak kereta yang dah puas dilenjan kat sini, kan. Mestilah cari yang masih baru atau at least selevel dengan kereta recon kat mesia. Oleh kerana encik miti mensyaratkan kereta yang nak dibawak pulang itu mesti dimiliki sekurang2nya 9 bulan sebelum pulang, maka kalau ada kereta lama, sila lah jual, atau lupuskan. Dan kalau murah hati, pass je kat sesiapa yang mengkehendaki. Cuma dalam kes kereta kami ni, dari pemilik orang paghit ghaja, turun ke orang shah alam dulu, sebelum jatuh ke tangan orang paghit ghaja balik.

Arakian, bulan 4 biasanya bulan untuk memperbaharui insurans dan 2 tahun sekali pemeriksaan 'puspakom' atau 'shaken'. Oleh kerana dah tiba masanya untuk kedua2 proses ini, maka pada bulan 3 yang lepas, terus lah kami buat semua tu dan menanggung kesemua kos ini. Kiranya walau pun tak beli, tapi still ada kos untuk memiliki la. Jadi, kalo ada orang tanya berapa rege kereta tu? Boleh la aku cakap kos shaken tersebut. Lebih kurang RM4000. Betul, tak terkurang zero di situ. Tapi selagi derang belum beli kereta baru, dan kami takde petak parking, selagi tu lah aku anggap kete tu masih milik derang. Nak guna pun tanya dulu derang nak guna juga ke tidak. Tapi hari ni derang gi ambik kete baru, so dah settle semuanya lah. Boleh la kalau nak jenjalan ke mana2 pasni. Sesuka hati. Nak gi mana? Entah, aku pun tak tau lagi.

Besok cuti 4 hari sempena golden week. Kombinasi cuti showa day (maharaja jepon dahulu kala), greenary day (maharaja showa tu suka kehijauan, hence the day) dan childrens' day. Takde plan nak gi mana2 lagi. Takut jam je kalau pergi ke pusat2 perlancongan ni. Tak kisah lah. Ke mana encik suami bawak, aku ikut aje. Jangankan gunung fujiyama, puncak himalaya ku ikut kamu... Eh, tapi betul tau. Memang aku ada plan nak panjat gunung fuji suatu hari nanti. Tapi kena kumpul stamina dulu lah. Eee bestnyaaa! Encik suami kata, nak tengok matahari terbit dari puncak gunung fuji. Nak menyaksikan apa yang dikatakan 'negara matahari terbit' itu. Whatever...

Ok, sekian entry rojak saya.






0 komen: