Thursday 29 May 2014

Kisah Aku & Ceklat


Ketika ini seluruh rakyat malaysia, muslim khususnya sedang bergelut dengan isu status halal ceklat poojaan ramai, kedberi. Rugilah kalau aku tak turut serta dalam membincangkan isu ini, kan. Dah lah aku dah terlepas dari membincangkan isu katebang yang mia itu. Jadi hari ini, di sini, aku nak stori mori kan sejarah aku dah ceklat hehehe. Kenapa sejarah? Haaa mari kiter trobek!

Kalau cakap pasal ceklat ni, aku maksudkan coklat yang warna coklat2 tu ya, bukan gula2.

Betul lah seperti yang ditulis oleh drmazleemalik dalam fb beliau, orang semekin tak mampu makan ceklat kedberi. At least dah terselamat dari memakannya. Tapi bila pikir balik, memang Allah swt melindungi mereka dari benda yang haram. Kedberi tu kategori ceklat mahal kot. Aku pun 'mampu' beli ceklat kedberi tu selepas keluar dari rumah. Sejak pegang duit belanja bulanan. Bukan zaman dapat duit belanja singgit sehari tu. Sejak duduk asrama.

Atas faktor ekonomi tersebut, maka boleh lah dikatakan secara puratanya aku makan ceklat kedberi sepapan dalam tempoh setahun. Dan seingat aku, aku tak pernah beli ceklat kedberi yang lain selain dari jenis black forest. Yang melekat2 celah gigi tu. Entah, kenapa tah aku suka beli yang itu. Mungkin bila dia melekat2, susah nak makan, maka ia akan lambat abis kot hahaha.

Dulu, zaman sekolah, pernah ada satu iklan ceklat vanhouten kalau tak silap. Dalam iklan tu seorang lelaki tu sanggup panjat gunung demi mendapatkan seorang gadis. Tah, aku pun lupa camne storyline iklan tu. Tapi yang pasti ada panjat gunung tu lah. Kenapa aku ingat pasal iklan tu? Sebab kerana iklan itu lah juga ada seseorang telah memberi aku sepapan ceklat vanhouten tersebut, bersama sekeping surat chenta hahaha. Bukan, bukan encik suami. Tapi, pun aku tak makan ceklat tu. Sebab takut kena guna2 kot. Isy, kenapa aku rasa aku dan ceklat ni macam tak serasi bersama jek ek?

Masa zaman 'shah alam' dulu, selalu lah jugak dengar orang cerita pasal 'jualan ceklat kedberi'. Ala2 warehouse sale la gitu. Dia buat sale ni secara tahunan kot. Dia akan gantung banner kat luar kilang. Pernah gak aku lalu dan nampak banner, tapi macam tak datang seru pun nak pergi.

Lagi pun, zaman shah alam tu jugak lah aku pantang makan ceklat. Masa tu aku menjalani rawatan jerawat. So, doktor cakap takleh makan ceklat, seafood dan telur. Giler strict! Lama jugak lah aku tak makan benda2 tu. Sampai lah satu masa, bila dah boleh makan semua tu, aku dah takde rasa nak makan ceklat dah. Milo minum lah. Agaknya nikmat makan ceklat aku dah ditarik kot. Tak kisah lah. Ada makan, takde tak cari. Sampaikan kalau pergi langkawi, orang lain dok borong ceklat, aku takde perasaan pun. Beli lah sikit wat bagi kat orang.

Jadi, bila sekarang ni orang dok sibuk nak tukar darah lah, samak mulut lah, tah haper2 lagi isu berbangkit yang lain, aku berasa sangat bersyukur kerana dijauhkan dari ceklat kedberi sejak lama dahulu. Kali terakhir aku beli ceklat kedberi rasanya 2-3 tahun yang lepas kot. Tiba2 teringin. Sepapan yang sedang2 tu. Itu pun aku tak sempat abiskan. Selalunya kalau beli ceklat, tak kira lah brand apa pun, aku mampu makan sepetak tu jek. Pastu keras kejung lah dia dalam esbok. Cukup masa, expired dan ke tong sampah lah ia. Rasanya sebelum datang jepun ni pun masih ada lagi ceklat tu. Tak ingat aku buang atau bungkus kasi kat orang.

Sekarang ni, kat jepun, lagi lah susah nak makan ceklat. Ada lah beberapa jenis yang boleh makan. Itu pun bila dah komfem boleh makan, baru lah aku makan. Yang diragui memang tak arrr. Macam ceklat kitkatgreentea yang famous sangat di kalangan rakyat malaysia yang suka bawak balik buat souvenir tu. Kami di jepun memang tak makan. So, lu pikir lah sendiri!

Dah, takde kesimpulan.


1 komen:

Irfa said...

AKU DAN COKLAT MMG TAK SERASI SBB GIGI SENSITIF..TP ANAK DAN SOMI SUKA SGT NGAN COKLAT.HUHU